Thursday, December 1, 2016

Rukun Negara

Semalam bersembang dengan cikgu Bahasa Mandarin aku tentang SPA (sebab dia pun medical graduate macam aku juga yang tengah menunggu panggilan). Entah macam mana boleh masuk bab rukun negara. 

Bercakap pasal rukun negara ni aku ada satu pengalaman menarik tentang rukun negara. Dulu masa aku darjah satu, cikgu Bahasa Inggeris aku sangat garang. Kami panggil beliau Miss H. Beliau memang tegas orangnya, ditambahi pula dengan suaranya yang kuat. Memang tiada pelajar yang berani menentang atau tidur di dalam kelasnya. 

Aku masih ingat, hari pertama persekolahan sewaktu darjah satu, beliau telah masuk ke kelas aku, 1 Bakawali. Biasalah, hari pertama sekolah mana ada belajar sangat. Sesi ice-breaking je la. Dipendekkan cerita, Miss H masuk ke kelas aku pada waktu akhir (so dah nak balik). Masa tu beliau suruh kami semua senyap. Memang sunyi sepi kelas. Nyamuk terbang pun boleh dengar. Nak dijadikan cerita, masa tu memang ramai ibu-bapa sedang menunggu anak mereka di luar kelas. Biasalah, nak tengok anak masing-masingkan. Tiba-tiba, aku nampak ibu aku berada di luar kelas aku lantas aku berteriak kecil memanggil, "ibu!". Pada masa itu aku memang terlupa akan arahan Miss H yang menyuruh kami senyap. 

Miss H seraya itu terus menjegilkan matanya ke arahku lalu berkata dengan nada tegas,"diam!". Malu aku tatkala itu bukan kepalang. Malu kerana telah dimarahi guru. Lebih malu lagi bila aku menjadi orang pertama yang dimarahi guru dalam kelas itu. Namun demikian, aku tak menaruh dendam padanya. 

Ok, berbalik semula kepada cerita tentang rukun negara tadi. Pada suatu hari, Miss H telah memberi satu tugasan kepada kami. Tugasannya ialah: menghafal Rukun Negara dalam Bahasa Inggeris. Esok setiap orang dikehendaki membacanya tanpa melihat teks di hadapan kelas! Gulp! Kalau dalam Bahasa Melayu boleh tahan lagi, sebab selalu baca dekat belakang buku rampaian tu kan. Tapi ni Bahasa Inggeris. This is insane! Para pelajar lain termasuk aku akur sahaja dengan arahan Miss H. Pulang sahaja ke rumah, aku menangis di hadapan ibuku sebab takut tak boleh hafal. Ibuku membantu aku untuk menghafal. 

Pagi keesokkan harinya, terkumat-kamit mulutku menghafal. Nak belajar kat sekolah agama pun tak tenang, apatah lagi nak makan. Tak senang hidup aku dibuatnya. Aku tak bertanya kepada kawan-kawan aku yang lain, sebab aku takut kalau-kalau aku seorang sahaja yang tak hafal dengan lancar. Masuk sahaja waktu Bahasa Inggeris, aku sudah kecut perut. Aku hanya mampu berdoa supaya mood Miss H baik dan aku mampu mengingati semuanya jikalau Miss H memetik nama aku untuk ke hadapan kelas. 

Miss H kemudiannya bertanya kepada seluruh kelas, siapa yang sudah menghafal rukun negara tersebut. Aku mengangkat sebelah tanganku ke udara. Tanpa aku sedari, aku seorang sahaja yang berbuat demikian. Miss H kemudiannya menyuruh aku ke hadapan kelas dan membaca rukun negara tersebut. Alhamdulillah, aku berjaya membaca dengan lancar. Sangkaan aku ianya akan berhenti pada takat itu sahaja. Namun, sangkaanku meleset. Miss H kemudiannya menyuruh aku mengetuai bacaan rukun negara tersebut pada perhimpunan petang itu. Jantung aku seakan-akan mahu gugur pada waktu itu! 

Sumber: Google.com
Untuk pengetahuan semua, aku mempunyai 'stage-fright' yang amat tinggi. (P/s: Stage fright or performance anxiety is the anxiety, fear, or persistent phobia which may be aroused in an individual by the requirement to perform in front of an audience, whether actually or potentially (for example, when performing before a camera --Wiki). Memang zaman sekolah dulu kalau kena pengucapan awam, even kena bercakap depan kelas tu memang tak keruan aku dibuatnya. Kalau duduk dengan member macam tu suara mengalahkan orang pegang mikrofon gitu. Hahaha. Akhirnya, aku dapat juga mengetuai bacaan rukun negara tersebut dengan jayanya. Tak tahulah suara aku dengar sampai belakang atau tak. Aku rasa macam suara aku tenggelam timbul, sayup-sayup dipuput bayu je. Haish.. horror sungguh time tu. Nasib baik lah sekali tu je aku kena. Kalau dibuatnya tiap-tiap kali perhimpunan kena, memang aku mogok untuk tak datang perhimpunan la gamaknya.

Oh sebelum itu, masa darjah 1, aku bersekolah pada sesi petang bersama dengan pelajar darjah 2. So selalunya yang akan baca rukun negara (dalam BI), ikrar sekolah semua tu selalunya pelajar darjah 2 sebab mereka lebih tua (senior). Tambahan pula  ada pengawas kantin (comel kan nama dia?) dalam kalangan mereka. Kira ni dah macam langkah senior la ni. Bila nama aku dipanggil untuk mengetuai bacaan Rukun Negara, memang mata aku hanya tertumpu ke lantai. Langsung tidak mendongak untuk memandang wajah rakan-rakanku di lain. 

Tulah kenangan masa darjah satu aku dulu. Seronok betul masa tu. Pergi sekolah, main dengan kawan.. Sekarang semua orang dah besar dah. Masing-masing membawa haluan sendiri.

without wax,
haniyahaya :)

No comments: