Monday, October 19, 2015

Hypnopompic

Semalam aku tidur awal kerana terlalu keletihan. Tidur di atas sofa bertemankan buku disebelah. Jam tatkala itu menunjukkan pukul 9 lebih. Tiba-tiba aku terjaga dari lenaku. Tak tahu kenapa. Mata tutup tapi otak ligat berfikir sesuatu. Apa yang berlegar dalam fikiran aku ialah, aku tengah terjaga ni. Bukan kena 'tindih'. Tengok, aku siap boleh gerak jari lagi. Otak masa tu pun dah terfikir tentang Allah. Aku seboleh-bolehnya nak percaya yang aku bukan berada dalam situasi hypnopompic. Dan selang beberapa minit selepas itu, aku pun sambung tidur semula -.-

Pukul 12.30 pagi aku terjaga lagi sebab sakit badan akibat tidur di atas sofa. Masa ni memang betul-betul terjaga. Bila fikirkan balik pasal yang aku terjaga tu membuatkan aku tersenyum sendiri. Tulah, tidur tak ingat Allah. Bukannya nak baca doa sebelum tidur ke, ambil wudhuk ke. Dan aku rasa salah satu faktor yang membuatkan aku terfikir pasal benda tu ialah pagi sebelum tu aku terbaca pasal hypnopompic and hypnagogic yang pernah aku belajar ketika dalam posting Psychiatry masa Year 4 yang lepas. Hahaha. Kelakar betul sampai terbawa-bawa ke tidur. Aku dah ingat awal-awal aku berhalusinasi. 

Alhamdulillah, aku sebenarnya tak kena 'tindih' pun. Hanya mainan tidur je tu.

* Hypnogogic hallucinations occur just before sleep, and may be accompanied by sleep paralysis, a state in which the subject is physically immobile, but fully conscious. Hypnogogia and sleep paralysis often cause fear, more so than in sleep paralysis during hypnopompia which is often considered as part a dream by the subject, as well as feelings of difficulty breathing and muscle tightness. 
* Hypnopompia occurs upon waking, and may also be accompanied by sleep paralysis. Sleep paralysis is much more common in hypnopompia than in hypnogogia. Sleep paralysis is often confused by the person experiencing it as part of a lucid dream, which accounts for the high number of recalled dreams with elements of being frozen in place, or being unable to move. Common hypnopompic experiences include the sensation of falling and the feeling of a presence in the room.

P/S: Sebenarnya aku baru baca yang kalau orang kata dia kena 'tindih' tu maknanya dia sedang mengalami 'hypnopompic'. 

without wax,
haniyahaya :)

No comments: