Wednesday, April 1, 2015

Accident

Maghrib tadi usai pulang dari usrah, saya accident. Saya otw balik dari universiti. Masa tu pun dah nak dekat maghrib. It happened at Section 14. Kat traffic light yang nak ke arah SACC, dekat-dekat nak ke pejabat pos tu tak silap. Gelap dan hujan jadi memang tak berapa nak cam sangat plus jalan jammed tadi. Saya kat lane kanan sekali. Kereta tu kat lane kedua, tapi nak masuk simpang. Dia dah bagi signal. Saya masa tu nak straight, tapi macam teragak-agak. Ingat boleh la straight, tapi bam! Kena langgar. Masa tu cuak la jugak pastu tak fikir apa. Just fikir macam mana nak breaking the bad news to ayahanda dan bonda di rumah. 

Alhamdulillah takde siapa yang cedera. Kereta je lah yang cedera. Kereta saya sebenarnya baru je rasmi 2 weeks. Sedih juga lah kan. Mileage baru sampai 400 km. Tapi benda nak jadi.. Kereta saya yang belah passenger kat bahagian depan tu je lah kemek ke dalam. So pintu belah passenger tu takleh buka. Calar pun ada lah jugak. 

Kereta yang saya berlanggar tu kereta Kelisa. Dia punya calar boleh tahan teruk dan kena ketuk lah jugak. Pintu belah driver dia tu pun bila bukak ada bunyi.

Ironinya, saya accident ni dengan lecturer yang sama tempat saya belajar. Nasib fakulti lain. Alhamdulillah dia pun ok je nak settle kat luar without lodge police report. 

Long story short, apa yang saya dapat after accident ni, saya kena jadi pemandu yang berhemah di masa akan datang. And not too forget I think it was apart of my punishment from Allah. Sebabnya tada sekarang ni macam futur. Rasa jauh sangat dari Tuhan. Memang lah benda wajib tu ada buat, benda sunat tu pun ada juga buat kadang-kadang tapi apa yang saya perasan, hati tu tak rasa pun nikmat beribadah. Rasa makin jauh je dengan Tuhan. 

And yeah, I have told my mom. The moment I just told my intro, "Orang ada berita buruk ni.." 

And my mom quickly asked me," Kenapa? Kau langgar orang?"

I was like.. Dang! My mom truly hit me on the spot! Sepertinya bonda tidak marah namun apa yang dirisaukan kini reaksi ayahanda. Moga ayahanda berlembut hati. Saya sanggup bayar ganti rugi walaupun terpaksa mengorbankan duit elaun MARA bulan ini. 

So that's all for today. I need to be off soon since we'll be having class for tomorrow. 

Till then.

without wax,
haniyahaya :)


No comments: