Tuesday, March 3, 2015

2

Pagi itu aku ke Klinik B. Aku berasa agak janggal juga kerana ini kali pertama aku dan rakan-rakan ke Klinik X untuk posting kami kali ini. Selalunya kami ke Klinik A tetapi minggu ini rotation untuk group kami pula ke Klinik B. Tak kesah sangat pun sebab bagi aku mana-mana sama sahaja. Semua itu bergantung pada diri sendiri yang nak berusaha dan belajar.

Suasana di Klinik B pada pagi Isnin itu sangat sibuk. Disebabkan Klinik B tidaklah sebesar Klinik A dan ditambahi pula dengan jumlah pesakit yang ramai maka suasana di situ ibarat tong sardin. Pesakit rata-rata terpaksa berdiri sambil menuggu giliran masing-masing untuk bertemu dengan doktor.

Aku mengambil keputusan untuk clerk patient antenatal (ibu mengandung) disebabkan aku jarang clerk case antenatal untuk posting kali ini. Tambahan pula O&G ni dah berapa bulan ditinggalkan, oleh yang demikian tersangatlah wajar untuk aku clerk case antenatal ni. 

Dipendekkan cerita, setelah aku clerk patient aku mengambil keputusan untuk berada di bilik doktor sebab nak observe ultrasound dan tengok macam mana doktor counsel the patients. 

Tiba-tiba, masa Dr X tengah buat ultrasound ke atas patient Y, aku terdengar perbualan doktor tersebut.

Dr X : Congratulations, Puan! Puan dapat baby kembar ni.

Masa tu aku tengah dengar Dr Z tengah counsel patient, then Dr Z cakap dengan aku, " Pergilah tengok twin pregnancy tu."

Setelah dapat green light macam tu, aku pun bergegas pergi tengok ultrasound. Seperti biasa, greeted the patient, smiled and asked for her consent. The patient agreed and smiled back at me.

Seusai ultrasound, patient tersebut pergi ke arah Dr Z untuk consultation. Since she had twin pregnancy, she had to be referred to the hospital as twin pregnancy is always a high risk case. 

Dr Z : Kita kena refer awak ke mana-mana hospital sebab twin pregnancy ni high risk. Awak dah decide nak kita refer ke mana sebab saya nak buat referral letter?

Patient Y : Kalau saya nak refer ke Hospital W boleh?

Dr Z : Boleh. 

Dr Z continued with her history taking. She then wrote for the patient's referral letter. Then...

Dr Z : Ni kandungan kedua puan kan. Kandungan yang pertama dulu ok?

Patient Y : Alhamdulillah ok. Sihat cuma Allah bagi ujian dekat dia masa umur dia setahun empat bulan... Dia kena neuroblastoma.

Dr Z : Sabar ye puan. Ni ujian Allah untuk puan sekeluarga. Sekarang dia kat mana?

Patient Y : Sekarang dia under Hospital W. Tu yang saya nak refer ke situ sebab senang sikit satu tempat yang sama. 

Dr Z : Baiklah. Sabar banyak-banyak ye puan. Ni semua ujian Allah. Allah duga satu, tapi sekarang Allah bagi dua rezeki untuk puan sekeluarga.

Patient Y : InsyaAllah. Terima kasih doktor.

So that's how the story went. Well, the dialogue wasn't exactly the same, but it was pretty much like that. 

Masa aku dengar tu, macam nak berjujuran air mata. Tabah sungguh Patient Y and the rest of her family. Battling with cancer is not that easy, especially in a such young age. 

I really adored how the doctor reacted because yeah.. in this kind of situation, it was not that easy as it might be turned out badly, fulled with emotions and etc.

Betul kata doktor tu. Semua yang berlaku ni ada hikmah. Even though patient tu diduga macam tu, but in the end of the day, there was something that could cheer her up :)

I really love meeting new people as I can always broaden my mind. Takdelah orang kata ibarat katak di bawah tempurung kan. 

Well, that's all for today. Gtg. I'll write more soon.

Till then.

without wax,
haniyahaya :)

No comments: