Monday, September 15, 2014

#5books7days challenge - Part 3

It's a wrap people for this #5books7days challenge!
I actually took about 8 days actually to complete it. HAHAHA. Well, Maybe I can do better next time!

So, since the forth and fifth books were written in Malay, I shall proceed the book reviews in Bahasa Melayu :)

.
.
.

Sebenarnya gambar kedua-dua buku ini tiada kerana 
1) untuk buku yang keempat, ianya merupakan buku yang saya pinjam daripada sahabat saya, Mimi.
2) untuk buku yang kelima, ianya pula telah dipinjam oleh Mimi. Tak sempat nak ambil gambar walaupun saya sudah membelinya sudah sekian lama (masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 tempoh hari)

Baiklah, kita teruskan..

Untuk buku keempat

Tajuk/Penulis : Kopi-ah/ Abrar Shafie & Munirah Rashid

Sumber : Google.com

Buku ini merupakan antologi cerpen Islamik. Buat pertama kalinya dalam sejarah saya membaca buku terbitan Lejen Press. Sememangnya saya sendiri ialah penggemar cerpen dan tatkala membaca naskah ini saya merasakan kedua penulis telah melakukan yang terbaik. Ingat senang ke nak tulis cerpen? Tu belum lagi novel. Jujur saya katakan, penulisan Abrar lebih saya minati kerana gayanya yang bersahaja namun untuk Munirah saya amat kagum kerana beliau mampu mengupas tentang isu Pattani yang rata-rata kebanyakan dalam kalangan kita tidak cakna langsung tentang isu tersebut.

Rating : 3/5

Untuk buku kelima pula..

Tajuk/Penulis : Tongkat Warrant Ini Saya Punya Kerja/ Sasterawan Negara Usman Awang

Saya amat suka sekali membaca hasil karya penulis-penulis veteran. Dalam buku ini terdapat koleksi cerpen dan juga puisi hasil nukilan Sasterawan Negara kita, Usman Awang. Bagi saya buku ini amat menarik. Dalam buku ini juga terdapat cerpen-cerpen yang saya kira saya pernah baca sebelum ini, tetapi tidak ingat bila dan di mana. 

Rating : 4/5

Sekian sahaja untuk kali ini.
Anda pula bagaimana?
Sudah berapa banyak buku yang sudah dibaca?

without wax,
haniyahaya :)


No comments: