Thursday, May 1, 2014

A trip to Bangalore, India (Part 1.0)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Well, actually dah lama nak kongsi pasal benda ni. Aha! Bajet gila kan bunyinya? Kehkehkeh. 
Anyway back to the point, trip ke India ni memang unexpected. Pakai main redah je. Tak terfikir pun nak jejakkan kaki ke India. Hahaha. Tapi trip ke India ni memang best. Seriously!

At first, Ms Ros lecturer Malaysian Studies saya ajak Jiha dan saya untuk pergi ke Bangalore. Ms Ros ada urusan kerja. Awal-awal tu in doubt juga, nak pergi ke tak. Lepas discuss dengan Jiha, kami berdua setuju nak pergi. Dari dulu memang plan dengan Jiha nak pergi backpack or jalan-jalan together. So sebagai langkah awal, kita bermula dengan India. Yeayy!

To make long story short, saya pergi ke India 3-7 April 2014. Masa tu memang plan untuk pergi time posting sekarang sebab tak hectic sangat. (O&G hectic but not as hectic as Medicine). Untuk tiket.. tiket saya agak mahal juga sebab beli sebelum tragedi MH370 tu. Tapi takpelah, naik MAS. Saya memang suka naik MAS sebab service dorang memang best! Masa pergi tu, just kami bertiga je orang Malaysia. Kelakar betul. Passengers pun tak ramai. Flight attendants semua baik-baik. Lagi-lagi bila tahu kami ni student medic. Wah! Terasa mendapat perhatian yang lebih pula :) 

Boarding pass

Masa ni lepas makan dalam flight.
Perjalanan ke Bangalore memakan masa lebih kurang 3 jam setengah

Taraaa!! Dah sampai Bangalore International Airport.
Masa kat imegresen dia, benda pertama dia soal,
"Is this your handwritting?" (refer kepada borang)
"Yes, madam. Why?"
"No, it's beautiful."
:)
Lepas sampai tu, kami terus ke Hotel Basera Inn. Ha, actually hotel ni dekat je dengan rumah students Malaysia, tapi tak tahulah pasal apa nasib kami, setiap kali kalau keluar, bila nak balik, cakap hotel ni, memang akan sesat barat punyalah. Padahal dekat je! 
Teori 1: Masyarakat tempatan sana tak faham apa yang kami kata.
Teori 2: Kami salah cakap.
Ni lah Hotel Basera Inn. Harga dia kira not bad jugaklah.
Untuk 5 hari 4 malam (termasuk breakfast sekali) = RM220
Kalau nak murah duduk rumah student Malaysia. LOL
Pemandangan di hadapan hotel tempat kami menginap.
Perasan tak yang ada atap kuning tu?
Tu klinik. Tahu tak ramai je yang beratur untuk dapatkan rawatan kat situ.
Rasa nak menangis je tengok T__T
Lepas unpacked barang-barang, kami pergi Orion Mall dengan menaiki auto ( macam tuk-tuk). Wah!! Seronok! Awal-awal tu rasa teruja gila. Yelah, kat Malaysia mana ada. Orion Mall ni macam Midvalley versi India lah (kot?). Ada panggung wayang, fast food restaurants (i.e. McD), kedai-kedai (i.e. Body Shop, Hush Puppies, Bata, Crocs etc). Besar jugak. Tapi yang anehnya, setiap kali nak masuk, kena lalu mesin yang scan macam kat imegresen airport. Pulak dah! Beg pun kena scan. I cannot brain this! 

Disebabkan baru je sampai, timing pun still ikut Malaysia. Masa tu kalau ikutkan Malaysia pukul 6:00 pm. (Beza waktu Bangalore - Malaysia : Bangalore lambat 2 jam 30 minit dari Malaysia). Dah time dinner kot! Laparnya tak usah kata. Harap makan masa kat flight je. Tu pun dah berapa jam lalu. Akhirnya kami bersepakat nak makan kat satu restoran ni. Kobe ke apa ntah namanya. Sedap & murah. Kalau bagi kita murah lah (bila convert duit Malaysia). 

Ni lunch.. Lupa nama dia apa. Tapi basically dia chicken with black pepper.
 Harga dia lupa dah berapa. Tapi sedap!
 Dah lah portion dia banyak! Memang berbaloi :)

Ha, ni pulak dessert. Brownies with ice cream on top and sizzling chocolate.
Entah betul ke tak namanya. Pakai main tibai je. Tapi serious, sedap gila!!! ^__^

Ni lah auto. Naik auto ni best sebab cepat sampai.
 Masuk hari kedua dah pandai bergaduh dengan orang bawa auto ni.
Hahaha. Brutal tak brutal. Nak survive.
Naik auto ni kena hati-hati sebab bila dia tahu kau tourist,
saje je nak charge mahal-mahal. 

Masuk hari ketiga, kami jalan-jalan sekitar Bangalore. Banyak juga tempat yang kami lawati. (Eceh ayat macam karangan budak sekolah lah pulak rupanya.)


In front of The Sri Bull Temple. Tak masuk dalam pun.
Just amik gambar depan ni and beli key-chain je.
Sebagai pengumpul setia key-chain, menjadi satu kemestian
untuk beli key-chain bila pergi mana-mana :)
p/s: Keychain kat sini murah! 13 keychain = Rs 100.
(Rs 100 tu bahagi 18 lah senang untuk tahu berapa nilai dalam RM)

Tippu Sultan's Palace

Time kat Tippu Sultan's Palace ni, ternampak budak kat sekolah sebelah tu.
Ha! Nak ponteng ye! 

Oh lupa, nak masuk sini kena bayar. Tak sure either Rs 10 ke berapa.

Lalbagh; Ala-ala Taman Botanik gitu. Cumanya takdelah banyak bebenor bunga,
tapi dorang dah cukup bangga dengan taman ni.
Bayaran masuk dia agak mahal juga sebab
dia charge kalau kau bawak kamera. Chait!
Bangalore Palace. Tapi tak masuk dalam pun sebab malas nak bayar entrance fee dia
. Kalau student, dia bagi %. Dengan syarat belajar kat sana la then tunjuk student ID. 


Petang tu, kami plan nak melawat IMS Bangalore. Yelah, tak berpeluang belajar kat sni pun, dapat jejak kaki kat sini pun jadilah kan. Alang-alang tu nak beli buku medic. Travel jauh-jauh pergi beli buku. Ada ciri-ciri pelajar contoh tak ni? Hahaha. 

In front of M.S. Ramaiah Hospital.
Kitorang beli buku kat bawah tu je ha. 

We're here at last!!

Oh sebelum tu, meh kita main uji minda nak? Meh kira berapa harga petrol dengan diesel kat India ni.
Senang cerita RM ? = Rs x/18



Okay sekian sahaja. Dah ngantuk ni. Esok nak pergi hospital. InsyaAllah akan disambung ke episod yang akan datang. 

without wax,
haniyahaya :)

No comments: