Wednesday, April 23, 2014

Kanser

Semalam, tengah dok sibuk-sibuk berlegar dalam wad Gynae nak cari case, mata aku tiba-tiba tertumpu kepada seorang patient ni tengah buat blood transfusion. Tubuhnya kurus di samping alat bantuan penafasan di sisi. Aku lihat dadanya turun naik. Entah macam mana aku tergerak hati nak menghampiri patient ni. Ada seorang wanita dalam usia lewat 40-an setia berada di sisi patient ni.

Bila aku sampai, aku lihat fail dia atas meja di hadapan katil patient tu tebal yang amat! Dalam hati memang dah curious nak tahu, patient ni sakit apa? Bila buka je first page fail tu, aku membulatkan mata.

Advanced cervical cancer

Aku memang tak go through semua yang ada dalam file tu. Tapi yang aku tahu, dia dah metastasized ke bone. Patient pula sebelum ni tak complete pun chemotherapy. Now in palliative treatment. 

Masa tengah belek-belek fail tu, aku lihat wanita yang menjaga patient ni mukanya sedih. Matanya berair. Mengapakah?

Akhirnya, aku memberanikan diri untuk bertanya. Selepas memperkenalkan diri, akhirnya wanita itu memberitahu aku akan hal yang sebenar. Rupa-rupanya wanita itu merupakan kakak ipar kepada patient tersebut. 

Banyak yang kami bualkan, terutamanya berkaitan dengan patient tersebut. Masa tu memang tahan je air mata supaya tak tumpah. Sebak bila mendengar ceritanya.

"Kita semua ni ada bahagian masing-masing. Macam dia (refer kepada patient), ujian dia macam ni," ujar wanita tersebut.

***

Hari ini aku lihat suami dan anaknya datang seawal pagi untuk menjaga patient tersebut. Patient itu masih lagi dalam keadaan lemah namun tidak lagi memerlukan alat bantuan penafasan. Dia sudah boleh bercakap walaupun tidak berapa jelas.

Petang tadi masa bed-side teaching (BST), aku dapat tahu bahawa patient tersebut sudah meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirajiun. Sungguh, Allah lebih menyayanginya. Semoga Allah mengampunkan dosanya dan termasuk dalam golongan yang beriman. 

----

Semalam dan hari ni memang aku clerk case cancer. All that I could say, hats off to all cancer survivors! 


----

Don't get hung up on the hard times, the challenges. Tell your story by highlighting the victories. Because it's your victories that will inspire, motivate, encourage other people to live their stories in grander ways.
~Iyanla Vanzant

without wax,
haniyahaya :)




No comments: