Tuesday, April 15, 2014

Hari ini dalam sejarah

" Dah habis dah ke?" tanyaku kepada sahabatku. 

" Dah. Jomlah kita discuss. Ada masa lagi 30 minit lagi ni sebelum doktor sampai. Sempat lagi kita tambah apa-apa yang patut," jelas sahabatku.

Aku mengangguk tanda faham. Setelah mengucapkan terima kasih kepada patient yang baru kami clerk sebentar tadi, kami pun berlalu pergi. 

" Kita discuss dekat kantin nak tak? At least ada tempat duduk, selesa sikit," cadangku.

Sahabatku bersetuju dengan cadangan aku, maka kami berdua lantas mengatu langkah menuju ke kantin hospital yang tidak jauh dari wad.

Sedang khusyuk kami berdiskusi tentang case yang bakal kami present sebentar lagi, tiba-tiba aku terdengar satu suara.

"Doktor, doktor! Tolong!" panggil seorang pak cik tua yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat duduk kami. 

Aku kaget. Sudah, kenapa pula ni? Aku masih lagi duduk di bangku. Tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Aku membuat isyarat tangan untuk berkata tidak, demi menjelaskan bahawa aku bukanlah doktor. Aku hanya pelajar perubatan yang baru tahun ketiga.

Pak cik itu terus meninggikan suaranya terhadap aku.

" Saya panggil awak ni sebab nak suruh tengok patient ni. Takkanlah awak tak nak tengok langsung? Takkanlah tak boleh tolong?"

Aku lihat seorang sister telah menyuruh sesorang untuk memanggil MA yang berada di Emergency Department. Sister tersebut juga telah check pulse patient tersebut.

Aku terus menuju ke arah pak cik itu. Aku lihat patient tu sedang mengalami seizure. Memang otak aku ligat berfikir, apa yang aku patut buat? Aku memang panik tatkala itu. 

" Pak cik, saya sebenanrnya bukan doktor. Saya student sahaja.." terang aku.

" Ya, saya tahu. Tapi saya bukan MA ke apa. Sebab tu saya panggil awak. Kat sini punya ramai student, takkan sorang pun tak boleh tolong?" potong pak cik itu.

Aku pandang tepat ke arahnya. Mukanya kelihatan menyeringai. Orang ramai yang memenuhi kantin tersebut memandang sahaja ke arah kami. Gayanya seperti aku baru sahaja membunuh orang.

Sejurus kemudian seorang MA dan doktor datang dan memeriksa patient tersebut dan membawanya pergi. Keadaan yang tegang kembali normal. Aku kembali ke tempat duduk aku dan mengambil barang. Kelas dah nak mula.

***

Kalau cerita benda ni kat medical student yang lain, bila aku tanya, apa patut korang buat bila berhadapan dengan situasi ni, mesti dengan pantasnya ada yang akan cakap, " Kau check lah airway dia, breathing dia, make sure dia takde telan apa-apa, pastu bla..bla.. bla.."

Cakap senang, cuba bila kau berhadapan dengan situasi macam ni! Bila kau panik, segala benda teori yang kau hafal tu sekelip mata hilang. 

Terus terang aku katakan, memang terasa diri ni hina gila, terasa macam tak berguna pun ye. Kau biar betul nak jadi doktor?! Handle situation macam ni pun dah gelabah tak tentu hala. Boleh pulak lah kan kau buat macam tu.

First, aku admit memang aku salah. Tak sepatutnya aku pergi buat isyarat tak nak kat pak cik tu. Tapi sungguh, aku ni medical student. Ilmu pun takat mana sangat la hai. Kalau jadi apa-apa kat patient tu aku yang akan dipertanggungjawabkan. 

Second, jangan nak gelabah sangat bila encounter this kind of situation. Frankly speaking, ni first time aku hadapi situation macam ni. Kena maki depan public disebabkan kebodohan kau dan sikap kau. Orang pandang aku macam aku ni selfish gila. Apahal kau tak nak tolong patient tu? Bias gila kau!

Bab kena maki tu aku tak heran sangat. Tapi apa yang buat aku jadi mental breakdown ialah aku tak dapat tolong patient tu. Rasa sedih sebab macam I'm not competent enough to be a doctor. Why I can't handle this kind of situation? Ni baru seizure, belum lagi accident yang dah putus anggota ke apa! Rasa macam apa guna kau belajar sebelum ni? Apa kau buat kat dalam kelas hah? Tidur?

Sumber : Google.com
Pengajaran:

1) Jangan panik bila ada situasi emergency macam ni.
2) Tolong selagi mana kau mampu. Jangan refuse. Lagi-lagi kau pakai labcoat ni, semua orang assume kau doktor. Help! Be with the patient. 
3) Belajar macam mana nak handle emergency situations.  Well, at least simple steps that you can do to help the patient. 

without wax,
haniyahaya :)




No comments: