Thursday, September 5, 2013

My 2nd year story

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, I have finally finished my 2nd year in medical school  (last week, to be precise.)

Frankly speaking, 2nd year wasn't that easy. Trust me. I didn't know if it was just me or everybody felt the same way as I did.

Subjects

In terms of subjects, we got four subjects for this year.

- Pathology
- Pharmacology
- Microbiology
- Forensic Medicine

Sumber : Instagram - @haniyahaya

As for me, the toughest one would definitely be PHARMACOLOGY. Tak tahulah kenapa, tapi Pharmaco ni dia punya thrill, lain macam sikit. Tapi yelah, nak tak nak, memang kena hadam semua tu. Kalau tak, macam mana nanti nak prescribe ubat kat patient. Tak ke naya nanti? Kalau silap bagi ubat, tak pasal-pasal kena saman free je.

Favourite subjects would be Forensic and Microbiology. Tak tahulah, sejak awal lagi memang jatuh cinta dengan Forensic ni. Maybe sebab dulu suka sangat tengok cerita Witness to a Prosecution dengan CSI, tu yang gila forensic. Microbiology tu pulak sebab dia main dengan microorganisms like bacteria, virus, fungi and parasites which seemed amazing and interesting. Seriously. Kot lah mana tahu nanti boleh jadi macam House ke kan? Hehehe :)


Time-management

Time management is a must for medical students. Frankly speaking, I'm not really good in this. Theoretically yes, but in terms of practical, it's a big NO for me :P

Orang selalu akan cakap, jadi medical students ni kena rajin buat revision. Definitely yes! Kalau jenis yang macam saya ni, yang cepat lupa, memang kena buat revision. Tapi masalah yang timbul ialah saya ni jenis suka study last minute! Heh. Teruk betul. So, jangan jadi macam saya. Study last minute ni memang tak efisien langsung. Dah lah module banyak setinggi Gunung Everest, masa pulak rasa macam berlalu dengan begitu cepat sekali. End up nanti, kepala rasa nak pecah macam Krakatoa. 

Apa yang saya boleh sarankan, plan betul-betul masa tu. Bila tiba je musim exam, salah seorang lecturer saya, Dr Durgadas selalu berpesan supaya kami ni deactivate facebook or jangan main facebook pada musim peperiksaan. Last Pro II Exam, I finally did it! Believe me, it was hard. Nak nak orang yang gila main social networking macam saya ni. Hehehe :) Memang dekat dua minggu juga tak buka internet. Memang masa tu rasa macam detox daripada Facebook, Twitter & Instagram. Pulak tu, laptop memang saya sengaja tinggal di rumah, maka nak tak nak, kena mengadap nota-nota yang bertimbun tu sahaja. Kalau nak best pun, tengoklah TV. Itu pun bukan ada cerita menarik sangat pun. Seriously, kalah orang yang undergo withdrawal of alcohol ke apa. (over betul cerita!)

Practice 

'Practice makes perfect.'

Yeah, it surely did! 

Satu je, kena rajin! Seriously, takkanlah nak berjaya senang-senang gitu je. Kena ada usaha, barulah tawakal, ye tak?

Sumber : Google.com


Satu tips berguna - Selalu buat latihan, soalan tutorial & past year exam questions. 
Seriously, benda-benda ni semua memang banyak membantu. Ini adalah pendapat saya. Sebabnya kadang-kadang soalan exam akan keluar daripada soalan-soalan tu jugak. Kadang-kadang lecturer dah bagi dah soalan sebijik macam tu kat kelas, bila keluar exam, mulalah nak menyesal. Apasal lah tadi aku tak selak bab ni. Padahal ada je depan mata tadi. Kalau nak menyesal tengah-tengah jawab exam, memang tak guna dah lah. Menyesal pun bukan boleh jamin dapat A pun kan? Mungkin sesetengah orang rasa tak perlu. Depends. Lain orang, lain cara belajar. Tapi ini adalah salah satu cara belajar saya.

Best moments

Actually banyak je pengalaman yang menarik. Tapi benda yang paling best yang saya tak boleh lupa sampai sekarang ialah :

1) Pergi tengok post-mortem
Benda ni paling exciting sekali. Even though dapat satu case je, rasa seronok sangat sebab dapat pengalaman baru :) 
[Klik di sini untuk entri tersebut]

2) Buat khidmat masyarakat dengan masyarakat orang asli
Saya sebenarnya dari dulu memang teringin sangat nak join program khidmat masyarakat. Alhamdulillah, berkesempatan juga akhirnya. Seriously. satu pengalaman yang indah dan membuka minda saya. Memang masa tu rasa bersyukur sangat-sangat sebab kita ni dilimpahi dengan nikmat yang tiada tolok bandingnya, tapi we always take it for granted. 

Sumber : Harriz Izwan

That's all for me. Actually this post dah buat seminggu yang lalu, tapi sekarang baru sempat nak menyudahkannya. Tak tahu pasal apa malas sungguh nak bukak laptop. Seriously -____-

without wax,
haniyahaya :)