Sunday, July 14, 2013

Berbuka

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya masih ingat lagi, kalau masa kecik-kecik dulu bila datangnya Ramadhan, salah satu perkara yang saya paling suka ialah berbuka. Yelah, setelah penat puasa, berbuka adalah saat yang paling ditunggu-tunggu. Lagi syok bila dapat tahu, harini berbuka kat luar.

Sebenarnya, keluarga saya bukanlah jenis yang suka makan luar. Tapi bila tiba Ramadhan, Alhamdulillah keluarga kami akan mendapat undangan untuk berbuka puasa di hotel. Dulu masa zaman kecik-kecik memang saya suka makan kat hotel. Masakan tidak, kat hotel ada macam-macam jenis makanan. Namakan sahaja! Lepas tu boleh ambil banyak mana yang kita suka sampai nak pecah perut. Kalau nak lagi ekstrem, tapau bawak balik makanan yang sedap-sedap tu. Tapi bukan benda yang besar-besar lah! :)

Sumber : Google.com


Tetapi lama-kelamaan, perasaan tu kian luput. Saya dah tak rasa se-excited macam dulu lagi bila dapat tahu harini berbuka kat hotel. Balik-balik benda yang sama. Bagi saya, best lagi berbuka kat rumah atau di surau/masjid. Bak kata ibu, ada barakahnya di situ. Mungkin juga. Kalau diikutkan berbuka kat surau atau masjid sangatlah menyeronokkan walaupun kita jamah sikit je waktu berbuka. Tak rasa pun lapar. Bila tengok suasana berbuka di situ pun cukup untuk membuatkan kita kenyang. (Itu apa yang saya rasalah.)

Mungkin bila lihat suasana berbuka di tempat lain, penuh dengan pembaziran. Tu yang tak syok tu. Bulan Ramadhan sepatutnya ialah bulan untuk pesta ibadah, bukannya pesta makanan. Namun keadaan sudah terbalik. 

Saya rasa sudah tiba masanya kita ubah. Hidupkan Ramadhan dengan ibadah, bukannya makanan. Bulan Ramadhan ialah bulan yang istimewa, datangnya setahun sekali membawa barakah yang tidak terkira. Takkanlah kita nak jadi orang yang rugi?

without wax,
haniyahaya :)

No comments: