Sunday, July 14, 2013

Berbuka

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya masih ingat lagi, kalau masa kecik-kecik dulu bila datangnya Ramadhan, salah satu perkara yang saya paling suka ialah berbuka. Yelah, setelah penat puasa, berbuka adalah saat yang paling ditunggu-tunggu. Lagi syok bila dapat tahu, harini berbuka kat luar.

Sebenarnya, keluarga saya bukanlah jenis yang suka makan luar. Tapi bila tiba Ramadhan, Alhamdulillah keluarga kami akan mendapat undangan untuk berbuka puasa di hotel. Dulu masa zaman kecik-kecik memang saya suka makan kat hotel. Masakan tidak, kat hotel ada macam-macam jenis makanan. Namakan sahaja! Lepas tu boleh ambil banyak mana yang kita suka sampai nak pecah perut. Kalau nak lagi ekstrem, tapau bawak balik makanan yang sedap-sedap tu. Tapi bukan benda yang besar-besar lah! :)

Sumber : Google.com


Tetapi lama-kelamaan, perasaan tu kian luput. Saya dah tak rasa se-excited macam dulu lagi bila dapat tahu harini berbuka kat hotel. Balik-balik benda yang sama. Bagi saya, best lagi berbuka kat rumah atau di surau/masjid. Bak kata ibu, ada barakahnya di situ. Mungkin juga. Kalau diikutkan berbuka kat surau atau masjid sangatlah menyeronokkan walaupun kita jamah sikit je waktu berbuka. Tak rasa pun lapar. Bila tengok suasana berbuka di situ pun cukup untuk membuatkan kita kenyang. (Itu apa yang saya rasalah.)

Mungkin bila lihat suasana berbuka di tempat lain, penuh dengan pembaziran. Tu yang tak syok tu. Bulan Ramadhan sepatutnya ialah bulan untuk pesta ibadah, bukannya pesta makanan. Namun keadaan sudah terbalik. 

Saya rasa sudah tiba masanya kita ubah. Hidupkan Ramadhan dengan ibadah, bukannya makanan. Bulan Ramadhan ialah bulan yang istimewa, datangnya setahun sekali membawa barakah yang tidak terkira. Takkanlah kita nak jadi orang yang rugi?

without wax,
haniyahaya :)

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan, here it comes again!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ni hari pertama untuk bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali Ramadhan tiba, saya akan buat satu wishlist, special untuk bulan Ramadhan. 

Untuk Ramadhan kali ini, antara wishlist saya ialah :

1) Nak khatamkan Al-Quran at least sekali.

2) Nak try iktikaf kat masjid, kalau boleh malam 10 terakhir Ramadhan. 

Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah iktikaf kat masjid masa bulan Ramadhan. Namun haritu masa usrah, tajuk tazkirah yang disampaikan ialah berkenaan iktikaf lantaran itu membuatkan hati saya membuak-buak untuk try iktikaf di masjid. Insya-Allah :)

3) Nak solat terawih dengan penuh di masjid

4) Kurangkan aktiviti yang lagha.

5) Kurangkan mengumpat, omong kosong dan sama waktu dengannya.

6) Jadi lebih produktif. Say NO to laziness and procrastination!

Untuk memastikan kesemua wishlist saya tercapai, saya dah buat borang mutabaah amal / checklist untuk Ramadhan kali ni.

Ni lah booklet yang saya maksudkan.
Kalau tak nak buat sendiri pun takpe sebab kat internet banyak je yang dah siap. Tinggal print je.

Ni antara borang mutabaah amal yang boleh diprint. Senang kan? Tinggal kita je yang nak laksana!

Ha! Yang ni pulak antara amalan yang kita boleh buat sepanjang Ramadhan yang diterjemah melalui kartun-kartun comel. Awwww! So cute :)


Last but not least, here's the Top Ten Productive Ramadhan Tips made by ProductiveMuslim.com :D


without wax,
haniyahaya :)

Final exam sem II

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, saya telah selesai menduduki peperiksaan Semester 2 minggu lepas. Jujur saya katakan, peperiksaan kali ini agar sukar buat saya. Salah sendiri juga sebab kurang menelaah. Menelaah pun last minute. Banyak main sahaja dan kurang fokus. (sigh)

Sedih juga bila mengenangkan kembali. Soalan tu sebenarnya takde lah susah mana especially SEQ & MEQ. Senang, direct. Tapi disebabkan tak belajar, maka terkontang-kantinglah menjawabnya :P Untuk MCQ, memang agak mencabar. Part Pathology boleh tahan sebab daya dah cuba jawab past year exam questions, tapi untuk Pharmacology, Subhanallah! Memang mengucap panjang. Saya dah lah tak sempat buat revision untuk antipsychotic drugs. Marah kat diri sendiri sebab malas belajar. Jadinya memang padan muka! Untuk OSPE, saya dah silap letak nama microorganism, which is supposed to be Giardia lamblia, tapi disebabkan terkocoh-kocoh nak menjawab, saya pergi letak jawapan dengan penuh yakin Trichomonas vaginalis. Chaitt!! Walhal dah terang tang-tang ada cyst kat sebelah. Haih lah.. Part Pharmacology untuk OSPE pun memang menduga betul. Apa pun benda dah lepas. Sekarang ni saya berdoa agar saya mendapat keputusan yang baik. Insya-Allah amin :)

Sumber : Google.com

Sebenarnya dua hari sebelum exam saya demam. Exam hari Rabu, tapi hari Isnin tu memang tak larat. Nak baca Forensic pun memang tak daya. Suhu badan agak tinggi masa tu. Selepas makan ubat demam dan selsema, saya tidur. Petang tu memang terbaring sahaja. Pening, loya, panas, sakit tekak semua ada. Ibu ada call dan suruh saya pergi klinik berdekatan, namun saya ni degil orangnya. Saya mempunyai satu tabiat yang mana kalau saya dah ada kat rumah, saya tak suka keluar pergi mana-mana melainkan ada urusan yang betul-betul penting. Haaa.. Pemalas sungguh! 

Keesokan harinya, ibu call lagi untuk mengetahui perkembangan saya. Ibu dah siap-siap bagi warning, by tomorrow you must be healthy! Esok nak exam, kena sihat. Alhamdulillah demam tu dah beransur kebah. Suhu badan dah tak tinggi macam semalam. Cumanya sakit tekak tu masa tu masih ada lagi. 

Apa pun, bila fikir balik, ini semua ujian Allah. Sakit tu kan kifarah dosa.

***
Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku.

And when I am ill, it is He who cures me. 
[ Ash-Shu'ara' 26:80]



without wax,
haniyahaya :)


nota kaki 1: Tips bila nak exam, try jawab past year questions sebanyak mungkin. Mana tahu soalan yang sama boleh keluar :)

nota kaki 2 : Prepare tables or mind map or whatsoever yang sesuai dengan cita rasa masing-masing awal-awal. Bukannya bila nak exam baru nak buat! (Ni peringatan buat diri sendiri).

nota kaki 3 : Professional Exam II after raya. Ramadhan ni kena study balik semua subjek Sem I and Sem II. Eleh, macam tak biasa pulak kan exam lepas raya. Hehehe :)