Saturday, June 1, 2013

Post Mortem, CNS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

1 Jun 2013
12:06 a.m.

Sedar tak sedar, dah masuk bulan Jun. Dan pagi semalam, maka berakhirlah module CNS. Dengan berakhirnya module CNS ini menandakan Year 2 pun dah nak habis. Cepat je kan. Pagi semalam just ada satu kelas je, yakni kelas Pharmaco. Elok benar lah tu. Kami juga dapat tahu yang Dr Mahfoudh, lecturer Pharmaco kami akan berpindah, so meaning to say, semalam hari last beliau di MSU :(

Sekejap je dah habis 10 module. Tak terasa pun dah nak hampir setahun. Lepas ni tinggal module Ethics and Community Medicine je. Then study week. 1st July FINAL EXAM SEM 2! Say whaaaattt!!

Minggu ni jugak, macam-macam benda jadi. Hari Isnin lepas, saya berpeluang tengok post mortem (bedah siasat) di HKL. Benda ni memang wajib. Teruja juga sebab ni pertama kali kan nak tengok post mortem. Selama ni tengok CSI, takde feeling sangat. Ni dah nampak depan mata, baru faham macam mana kan. 

Kes yang saya dapat tu kes accidental death. A 30 year old Bangladeshi man suddenly collapsed at the construction site and died. He didn't have any medical history before. After post mortem tu, dapat disimpulkan bahawa cause of death is due to accidental death because of brain injury. It was believed that he had been hit by something onto his head since he got a contusion and fracture at his frontal lobe. 

Maybe tak thrill sangat sebab bukan kes homicidal kan. Tapi it was not half bad. Best lah jugak. Dulu kan, saya pernah bercita-cita nak terjun ke bidang forensic ni. Blame the CSI! Up till now pun, Forensic Medicine is my favourite subject. Sampaikan ada kawan saya cakap, saya ni memang patut further dalam Forensic. Tapi tak tahu lah. Infectious disease pun menarik juga bagi saya. Saya suka je bab-bab infection yang melibatkan mikroorganisma yang berbelit lidah nak menyebutnya ni. Bukan sebab pengaruh House ke apa (oh itu mungkin juga salah satu faktor!). Tapi yelah. Orang kata selagi tak masuk clinical year, susah nak decide nak further dalam bidang apa. Kang berubah lagi. Dulu nak jadi neurosurgeon lah, kejap nak jadi orthopaedic lah, anaesthesist lah. Tak tetap pendirian betul kan?

Okey, jam pun sudah menunjukkan 12:23 a.m. Saya perlu beradu memandangkan esok pagi ada program. Logbook tak siap lagi. Alhamdulillah post mortem report yang 10 cases tu dah siap. Heeeeeee :)

without wax,
haniyahaya :)

nota kaki 1: Hari ni dah khatam House M.D Season 6. Tapi nota memang langsung tak tulis. Start season 4 malas. Teruk betul perangai -__-
nota kaki 2 : Haritu dapat result Progress Test. Alhamdulillah. Tapi kena tingkatkan lagi usaha, especially MCQ. Seriously haritu jawab memang tak pikir apa dah. Pikir nak balik je. Haihhh -_____-
nota kaki 3 : Kena start study dari sekarang. Final tinggal 4 minggu je lagi!
nota kaki 4 : CNS banyak nak kena cover!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Oh, DSL exam lagi. 

No comments: