Friday, June 7, 2013

Guru


" Alamak, lepas ni kelas cikgu X. Kalau tak pergi boleh tak?" rengus A. A menarik muka yang kelat. B masih lagi khusyuk dengan pembacaannya. Asap nipis kopi menjadi peneman sejak dari tadi masih lagi tidak dihirup.

" Ikut suka kau lah," B memberi cadangan acuh tak acuh. Mukanya tidak diangkat. B mencapai highlighter  kuning di tepi dan menggaris sesuatu di dalam buku. 

" Aku rasa malas lah. Bukannya seronok pun pergi kelas cikgu tu. Bosan. Dah lah suara mendayu-dayu. Alamatnya aku syahid lah kejap lagi," tambah A. " Kau pergi ke kelas cikgu X kejap lagi?"

" Hmmm," B mengiakan sahaja.

" Nanti kau sign kan untuk aku boleh? Aku malas nak pergi. Boleh eh? Thanks!" pinta A. " Nanti esok aku belanja kau. Chow dulu."

B memandang sahaja kelibat A meninggalkan meja mereka. Satu keluhan kecil dilepaskan.

***

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Okey, niat sebenar takde lah nak karang cerpen berjela-jela.  Ni saje je. Selingan. Tapi sebelum tu, nak bagitahu yang entri kali ni tiada kaitan pun dengan sesiapa. Tak bermaksud untuk ditujukan kepada sesiapa pun. Cuma ini merupakan pemerhatian saya. Pengalaman saya. So takde kaitan antara yang hidup mahupun yang meninggal dunia. This is just a random story of mine. Don't worry! :)

Okey, back to the story. Saya tak tahu lah macam mana nak mula, tapi actually saya pandang tinggi pada insan yang bergelar pendidik. Tak kesah lah cikgu tadika ke, cikgu sekolah rendah ke, cikgu sekolah menegah ke, pensyarah ke, ustaz/ustazah ke. Apa-apa je lah.. Asalkan bergelar pendidik. Saya sangat sanjungi dan hormati mereka. Bagi saya, kedudukan mereka jauh lebih tinggi daripada mana-mana pekerjaan kat dalam dunia ni. Ditambahi pula saya mempunyai keluarga yang mempunyai latar belakang pendidik, hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi saya. 

Bagi saya tugas pendidik ini bukannya senang seperti yang disangka. Orang mungkin menganggap bahawa tugas sebagai pendidik hanyalah datang sekolah atau institusi pendidikan, mengajar. Cukup bulan gaji masuk. Pastu ada cuti pulak tu. Bagi saya, tugas itu tidak terhenti setakat itu sahaja. Sebagai contoh, kalau cikgu sekolah tu, banyak lagi yang harus difikirkan. Nak bentuk peribadi anak murid lagi misalnya. Bukan senang. Tu belum lagi masuk nak layan karenah anak murid yang pelbagai ragam dan juga para ibu bapa. Bukan senang. Percayalah!


Begitu juga tugas sebagai pensyarah. Nampak macam senang, namun hakikatnya tak siapa tahu. Nak mengajar anak murid yang sudah 'besar' ni kadang-kadang lagi besar cabarannya. Kalau budak sekolah jika diberi arahan, sami'na wa ato'na (kami dengar dan kami taat). Tapi kalau yang dah besar panjang ni, ketegaq. Mungkin sebab diri dah terasa besar, dah rasa bagus, dah makan lebih banyak garam lagi.. tu pasal yang rasa angkuh semacam.

Ya, harus diakui. Mungkin ada sesetengah pendidik tu yang culas, mengajar sambil lewa sahaja. Tapi kita tak boleh lah nak assume semua pendidik macam tu. Sesetengah pendidik mempunyai cara mengajar yang berbeza. Ada yang suara sampai oktaf 7, ada tu garangnya mengalahkan singa, ada yang jenis lemah lembut. Semua tu bergantung kepada setiap individu. Namun begitu, tak kesahlah macam mana sekalipun cara mengajar seseorang guru itu, sebagai anak murid, kita seharusnya hormat pada guru tersebut.

Kalau nak dibandingkan kita dengan guru, jauh bezanya. Siapalah kita. Ilmu tak cukup lagi di dada, dah nak berlagak gaya macam ilmu seluas Lautan Pasifik. Cuba kalau kita ditempat guru, mampukah kita nak mengajar sedemikan rupa? Mampukah kita nak mencurahkan segala ilmu yang kita ada kepada anak murid? Berjayakah anak murid kita faham 100% apa yang kita ajar? Nampak mengajar itu mudah, namun belum cuba belum tahu. Jangan diduga lautan yang dalam kalau kail panjang sejengkal.

Apa kata mulai hari ni, kita ubah diri kita. Jangan terlalu mudah condemn guru-guru kita. Hormatilah mereka. Memang kadang-kadang cara mereka mengajar tak kena dengan jiwa kita. Tapi apa pun, mereka masih guru kita. Kita jadi orang yang berilmu pun sebab mereka. Walaupun ilmu yang dicurahkan tu tak banyak, tapi hakikatnya tanpa mereka siapalah kita. Kita mungkin tak akan jadi orang yang berjaya tanpa mereka.

Saya tahu, saya bukanlah orang yang terbaik nak cakap pasal ni sebabnya saya sendiri pun bukanlah anak murid yang baik. But hey, sampai bila nak jadi macam tu? Change for good. Bukannya dosa pun kan? 



without wax,
haniyahaya :)

No comments: