Monday, April 15, 2013

Oh Keretaku!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari Isnin dua minggu yang lepas, sepatutnya ada usrah. Namun di saat akhir, usrah tersebut terpaksa dibatalkan kerana kakak naqibah kami tidak berapa sihat. Oleh yang demikian, saya dan sahabat saya, FA mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

Dalam perjalanan nak balik rumah tu, kami singgah di stesen minyak. Selepas membayar RM30 di kaunter, saya pun pergi ke kereta nak isi minyak. Saya ada satu habit yang mana saya suka tengok nombor-nombor di pam minyak tu berubah. Entah kenapa. Tapi tu memang habit dari kecik sampai sekarang. Agaknya suka sangat tengok duit kena sedut kot. Saya pun isi je lah minyak sampailah ke angka tu dah tunjuk RM30, saya mengangkat nozzle, tiba-tiba ada seorang pak cik menegur. 

Sumber : Google.com


" Eh dik, kenapa tu?" tanya pak cik tersebut sambil dirinya membongkok untuk melihat keadaan kereta saya. 

Saya pelik. Kenapa dengan kereta aku? Saya membongkokkan diri sedikit. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat minyak dah melimpah keluar dari bawah kereta. Ibarat banjir. Tapi ni bukan banjir kilat ke banjir air, tapi banjir petrol. Fuh!

Saya kaget. Apa yang harus dibuat? Saya bab-bab enjin bagai ni memang wassalam, memang bungkus awal-awal. 

Keadaan menjadi semakin genting apabila kelihatan ramai orang mengerumuni saya. Ada seorang pak cik yang bekerja tengok keadaan kereta saya dan suruh saya alihkan kereta. 

"Alihkan kereta ke tepi sana. Nanti orang lain nak isi minyak. Bahaya ni. Jangan start enjin. Karang meletup satu Shell ni. Saya tak nak mati awal," seloroh pak cik tu.

Pak cik ni la.. Dalam keadaan gawat macam ni pun sempat lagi bergurau. Orang dah macam nak putus nyawa, dah kecut perut.. Namun, saya akur. Mujur saya matikan enjin awal-awal sebelum isi minyak. Kalau tak, mungkin dah ada scene ala-ala Die Hard 4 agaknya. Eh.

Pak cik yang merupakan pekerja Shell tu menolak kereta saya ke tepi dan terus mencari, apa punca yang menyebabkan kereta saya boleh jadi macam tu. Masa tu memang dah tak fikir apa. Nak balik dengan selamat. Tak nak meletup tengah jalan!

Selepas beberapa minit, pak cik tu cakap yang kereta saya tu dah boleh dipandu semula. Ada something problem dengan paip katanya. Saya mula-mula macam tak yakin. Serius ke boleh bawak? Kalau dibuatnya meletup tengah jalan, tak ke naya? 

Tak dapat bayangkan kalau tiba-tiba meletup macam ni
Sumber : Google.com

Pak cik tu sengih je. Dia tetap convince saya yang kereta saya dah okey. Selepas call ayah saya, saya beranikan diri untuk drive. Drive pun slow-slow je. Dah tak heran orang bagi hon ke apa. Asalkan boleh balik rumah!

Lepas sampai di kawasan rumah, saya terus pergi bengkel. Ni lah kali pertama saya pergi bengkel sendiri. Kalau selama ni pergi bengkel pun sebab apa je, kali ni ambik kau! Mekanik Cina tu kata, paip minyak saya mengalami kebocoran. Namun disebabkan hari sudah lewat petang dan bengkel pula dah nak tutup, mekanik tu suruh saya datang esok pagi. Dia cakap caj ganti paip tu mahal pun. Around RM60-65 macam tu. 

Esoknya, saya pergi ke bengkel. Mujur kelas saya start lambat hari tu. Abah datang tepat-tepat kereta saya tu dah habis dibaiki. Hehehe :)

Syukur Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku. FA, sahabat saya cakap, "Nasib baik kita dah solat Asar tadi. Kalau tak solat, naya je kalau dibuatnya meletup tengah jalan."

Kata-katanya membuatkan saya tersedar. Betul. Memang tak dinafikan lagi. Bagi saya, peristiwa ni memang cukup bermakna dan memberi 1001 pengajaran buat saya. Kadang-kadang Allah nak bagi kita peringatan. Kita ni selalu lupa, selalu leka. Benda-benda macam ni sebenanrnya nak bagi kita sedar yang kita ni hamba. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan Dia yang Maha Berkuasa.


without wax,
haniyahaya :)

nota kaki: Entri ni dah berada dalam draft hampir tiga minggu. Haih.. Saya sudah semakin malas untuk meng-update blog.