Sunday, March 24, 2013

Tak sedap!

A : Haish.. Lepas ni tobat aku tak mau pergi kedai tu.

B : Apasal?

A : Tak sedap langsung makanan kat situ. Dah lah mahal. Rugi je aku pergi. 

Sumber : www.cutefoodforkids.com


Dialog ni pernah terjadi pada anda tak? Saya rasa mesti pernah dengar, at least sekali. Mungkin tak semua seperti A, yang kerjanya dok merungut je. Tapi hakikatnya, sedar atau tak, kadang-kadang ringan je mulut kita nak cakap macam tu.

Sedar atau tak, perasan tak kita ni sebenarnya sombong dan angkuh dengan rahmat Allah? Sepatutnya, kita kena jadi hamba yang bersyukur, bukannya mengomel, mencemuh dan mencaci tak tentu fasal.

Bayangkan, kita kat sini at least dapat makan, sedangkan saudara-saudara kita yang lain terkulat-kulat nak mencari alas perut. Cuba bandingkan kehidupan kita kat Malaysia ni dengan saudara kita di Palestin dan Syria. Ada mereka dapat makan nasi lemak? Tak payah cakap nasi lemak, sedangkan roti pun payah nak dapat.

Saya menulis ini bukan nak refer pada sesiapa, tapi sebenarnya untuk peringatan diri sendiri juga. Sebab saya rasa, kita kurang bersyukur. Jangan sampai Allah tarik balik semua nikmat, baru kita nak terkial-kial mencari Tuhan ketika itu. Jangan kufur nikmat diberi percuma. Kalau Allah nak tarik, sekelip mata je boleh, kan? 

Ayuh, kita sama-sama didik diri dengan sifat syukur! :)

***
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
(Al-Baqarah 2:152)



Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.
(Al-Baqarah 2:172)


without wax,
haniyahaya :)

No comments: