Sunday, March 24, 2013

Tak sedap!

A : Haish.. Lepas ni tobat aku tak mau pergi kedai tu.

B : Apasal?

A : Tak sedap langsung makanan kat situ. Dah lah mahal. Rugi je aku pergi. 

Sumber : www.cutefoodforkids.com


Dialog ni pernah terjadi pada anda tak? Saya rasa mesti pernah dengar, at least sekali. Mungkin tak semua seperti A, yang kerjanya dok merungut je. Tapi hakikatnya, sedar atau tak, kadang-kadang ringan je mulut kita nak cakap macam tu.

Sedar atau tak, perasan tak kita ni sebenarnya sombong dan angkuh dengan rahmat Allah? Sepatutnya, kita kena jadi hamba yang bersyukur, bukannya mengomel, mencemuh dan mencaci tak tentu fasal.

Bayangkan, kita kat sini at least dapat makan, sedangkan saudara-saudara kita yang lain terkulat-kulat nak mencari alas perut. Cuba bandingkan kehidupan kita kat Malaysia ni dengan saudara kita di Palestin dan Syria. Ada mereka dapat makan nasi lemak? Tak payah cakap nasi lemak, sedangkan roti pun payah nak dapat.

Saya menulis ini bukan nak refer pada sesiapa, tapi sebenarnya untuk peringatan diri sendiri juga. Sebab saya rasa, kita kurang bersyukur. Jangan sampai Allah tarik balik semua nikmat, baru kita nak terkial-kial mencari Tuhan ketika itu. Jangan kufur nikmat diberi percuma. Kalau Allah nak tarik, sekelip mata je boleh, kan? 

Ayuh, kita sama-sama didik diri dengan sifat syukur! :)

***
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
(Al-Baqarah 2:152)



Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.
(Al-Baqarah 2:172)


without wax,
haniyahaya :)

Saturday, March 23, 2013

After 5 years

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

5 tahun. Lama sungguh kita tak berjumpa. Kali terakhir jumpa rasanya masa Form 3. Lama sungguh. Lepas tu, kita masing-masing buat haluan sendiri. Contact memang contact, tapi boleh kira berapa kali sangatlah kan?

I really want to meet. Why shouldn't I? You've been a great friend to me.
Tapi tulah, it's not that easy kan? Masing-masing pun kemain busy.

Alhamdulillah, semalam dapat juga jumpa walaupun sekejap. Seriously, memang rasa seronok sangat. After all these years at last we got a chance to meet, face-to-face. Though we hadn't talked much, but I was really happy. You didn't changed a lot. Just like the one that I used to know before. 

Apapun, semoga berjaya kat tempat baru. I wish you all the best in your future undertakings. Take good care of your iman and do keep in touch. I'll always pray for you. InsyaAllah :)

Cherry blossom @ Sakura. I really want to see them :)


without wax,
haniyahaya :)

Sunday, March 17, 2013

Untukmu sahabat


Aku sayang sahabat-sahabat aku.
Aku doakan yang terbaik untuk kalian.
Insya Allah.

without wax,
haniyahaya :)

Parasites

Just wanna share with you guys something as I went through the Medical Parasitology book. I found it was very interesting and quite helpful for medical students like me :) 

Location of protozoa in various organs of body
This week was a Parasitology week for me. I didn't know how it could happen. I just realized that I'd showed a great interest to all those parasites although they might be disgusting. Geez. I even slept late during last Saturday just because I watched the documentary about them. Scary and disgusting I believed, but hey it wasn't that bad :) 


without wax,
haniyahaya :)

Kau dan aku; Kita mungkin berbeda

Orang kata, benih yang baik kalau dicampak ke darat akan menjadi gunung, kalau dicampak ke laut akan menjadi pulau. Pucuk pangkalnya, kenalah jadi benih yang baik terlebih dahulu.

Bagi aku, belajar di mana-mana sama sahaja. Yang penting usaha kita. Memang benar, faktor lain juga perlu diambil kira untuk berjaya. Tapi aku rasa, faktor paling utama ialah daya usaha kita. Setakat mana kita berusaha? Adakah usaha kita itu sudah di tahap paling maksima? Adakah semua usaha itu niatnya 'Lillahita'ala'? 

Bak kata pepatah Melayu, 'rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain.' Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeda. Terpulang. Aku bukan ingin memaksa.

without wax,
haniyahaya :)

nota kaki : Aku perlu berusaha lagi!