Sunday, February 3, 2013

Rehlah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pagi tadi kami ada rehlah. First time join rehlah macam ni. Program ni diadakan di Dataran Kemerdekaan, berhampiran dengan Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Sejujurnya, saya pada mulanya agak keberatan untuk join program macam ni. Yelah! Nak exam kot. Orang nak study. Tapi, tetap pujuk hati kecil ini. Hey, it's not half bad aite? Give a shot huh? Join je lah. Bukannya kejap. Sebelum Zuhur dah habis.

Stress oh exam!
Sumber : deviantART 

Ahli bulatan gembira kami telah ditugaskan untuk membawa bihun goreng sebagai juadah sarapan. Seawal jam 5:30 pagi, Arina, FA, Mimi dan saya dah mengerah tenaga, bertungkus lumus masak bihun goreng. Ecece~ First time kot masak untuk ramai orang makan. Arina ketua chef di dapur. Hehehe ^^


Program rehlah ni banyak games. First, game pijak belon. Setelah dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil, kami diberi belon dan tali untuk diikat pada kaki masing-masing. Setiap ahli kumpulan kena pegang tangan dan dalam pada masa yang sama kena pecahkan belon milik ahli kumpulan yang lain. Haaaa..  tengok sisters ni main, memang boleh tahan ganasnya. Ibarat macam nak main ragbi dalam ktm. Kumpulan saya kalah sebab belon kami terpecah dengan sendirinya.
T__T


Game kedua, mini futsal. Game ni paling best bagi saya sebabnya dah lama gila tak main futsal. Rindu sangat! Last main masa program KIKA kat MRSM Gerik. Kumpulan saya menang 2-1. I managed to score one goal. Lulz! :)

Actually ada banyak lagi games. Teka lukisan, siapa paling panjang dan game ukhuwwah. Lepas games, kami dikehendaki beri ibrah berdasarkan kesemua games yang dah kami sertai. Sesi taujih lepas tu pun santai. Tak berat. Tapi cukup untuk mengingatkan diri tentang pentingnya keseimbangan roh, akal dan juga jasad.

Main-main juga, tapi ibrah di sebalik tu jangan lupa. Yang penting, ukhuwwah tu! Walaupun baru first time jumpa, tapi terasa macam dah lama kenal. Subhanallah! :)

Hopefully, saya dapat join lagi program macam ni. Seronok sangat sebab boleh lepaskan stress sebab sibuk menghadap buku (ceh..konon). Hilang sikit rasa stress nak exam.

Okay.. Dah dah. Dah penat main, dah refill energy baru, dah tanam azam baru. Now, get back to your study Hani!

Final exam - Bring it on!

Sumber : deviantART 



without wax,
haniyahaya :)

No comments: