Tuesday, February 19, 2013

Habis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah. Nafas lega ditarik sedalam-dalamnya. Final exam dah habis. It's holiday!

Sumber : deviantART

Kalau ikutkan gaya menjawab soalan exam, agak horror. Masakan tidak? 

Paper SEQ, dia mintak microorganism untuk dengue, diberinya Aedes aegypti. Itu vector, bukan microorganism lah woi! 

Paper MEQ, memang hancur lebur bila dia bagi case study pasal Acute Lymphoblastic Leukaemia (ALL) tapi akibat tersalah diagnose, pergi letak Haemophilia. Jauh benor tersasar kan? Jawab dengan penuh yakin dan bergaya pulak tu.  Masuk pulak Pharmaco, hati ini semakin hancur luluh bila dia mintak pasal anticancer drug! T______T

Lihat pada sudut positifnya, sebenarnya banyak lagi benda yang kena revise. Kena fokus, takleh main-main. Habis nanti kalau salah diagnose, tak ke naya patient? Kot dibuatnya patient kena TB, tapi diagnose sarcoidosis. Pastu bagi steroids. Kesian sungguh kat patient tu nanti.

Plan untuk cuti ni, memang berehat sunguh-sungguh kat rumah. Takde nak gi mana-mana. Jealous betul tengok kawan-kawan yang dok merantau negara orang sana-sini. Takpelah, takde rezeki lagi. Lagipun nak kena menyimpan, guna untuk study. Duit yang diterima tu amanah daripada Allah. Tak boleh sewenang-wenangnya nak belanja ikut suka hati. 

Sekian,

without wax,
haniyahaya :)

1 comment:

mun said...

wahh.. berbelit lidah nak sebut penyakit nye.. btw,, semoga berjaya ! blaja leklok :)