Wednesday, January 9, 2013

Mencari cahaya yang hilang

Hati kecilku merintih
Mencari-cari
Akan sinar cahaya
Untuk membantu diriku yang dalam kemelut kegelapan
Dapat aku rasakan bahawa hatiku gersang, tandus
Apa sebenarnya yang kau mahukan wahai hati?

Jiwa ini terasa kosong
Kosong ibarat jasad tanpa roh
Kumencari akan ubat mujarab untuk menghilangkan rasa gelisah ini
Ah, tidak berhasil
Aku mula memberontak
Persetankan sahaja semua ini!

Namun aku sedar
Jiwaku ini kian hanyut
Hanyut dalam arus modenisasi masa kini
Hanyut dengan segala kemanisan dan keindahan syurga dunia
Sehingga aku lupa pada Dia Yang Kekal Abadi

Memang benar
Ujian itu sebenarnya tanda yang Dia mahu menguji kita
Tanda kasih dan sayangnya Dia pada kita
Walaupun perit ujian itu
Tapi Dia Maha Mengetahui

Aku sedar
Betapa jauhnya aku telah pergi
Jauh meninggalkan Penciptaku yang tidak akan mati
Allahu rabbi
Kau ampunilah hamba-Mu ini

without wax,
haniyahaya :)

No comments: