Saturday, January 26, 2013

Reminiscing the old days

[2012]


Tatkala sedang menyusun baju yang sudah dilipat ke dalam almari, saya disapa oleh kawan saya dengan soalan yang tak pernah terlintas di kepala saya.

"Macam mana boleh jadi bertudung macam ni?"

Tudung bidang 50 saya dipegang oleh sahabat saya.
Saya merenung wajah sahabat saya itu. Berfikir. Macam mana ya?


***

[2006]


Kini tiba masanya berhari raya
Muslimin dan muslimat sembahyang bersama
Menyembahkan diri pada yang kuasa
Bermaaf dan maafan di antara kita

Sesudah bersembahyang di pagi hari
Menziarah pusara kaum keluarga
Bunga ditabur doa pun dibaca
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat

Selamat hari raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda dan juga keluarga
Putera puteri negara di sempadan sana

Lagu Aidil Fitri dendangan Sanisah Huri berkumandang di seluruh dewan. Maklumlah, sambutan Hari Raya. Memang seronok. Makanan yang disediakan DS pun harini lain daripada yang lain menunya. Takde lah makan nasi putih dan ikan jaket pada petang itu. Menurut senior, kalau sambutan hari raya ni je lah time makan sedap sikit. Entahlah, aku rasa makanan kat DS sedap je. Tu pasal berat mendadak naik! Setiap pelajar dikehendaki duduk bersama homeroom masing-masing. Yelah, homeroom tu kan ibarat adik-beradik kita di asrama ni. Ecece. 

" Weh, kuah kacang ni dah habis," kataku. " Siapa nak pergi tambah?"

Aku memandang ahli homeroomku yang lain. Hanya tinggal berapa kerat je. Yang lain semua dah bertebaran mengunjung homeroom lain. Food hunting kata mereka. 

" Biar aku amik lah," kata A lalu berdiri. 

Selepas beberapa minit, A datang bersama kuah kacang yang baru diambil. 

" Weh Hani, aku nak cakap sikit," ujar A.

" Apa dia? Cakap je lah," kataku sambil mencedok kuah kacang ke pingganku. Masuk kali ni, entah berapa round agaknya aku makan. Nafsu makan mencanak-canak naik. Balas dendam setelah penat di kelas pagi tadi.

" Kenapa kau pakai tudung jarang?"

Hati saya tersentak. Selama ni, tak pernah ada budak lelaki tegur saya tentang cara saya bertudung. First time! Dan ni lah pertama kali saya pakai tudung ni. Sebab kononnya nak padankan dengan baju kurung?Yelah, takkan nak pakai tudung yang jahit tengah yang selalu dok pakai time prep tu kan. Malulah!

***

[2009]

" Itu apa? Kenapa saya selalu tengok awak pakai benda tu?" tanya saya kepada roommate saya pada suatu hari.

Pelik. Tak pernah saya tengok orang pakai. Tapi roommate saya ni pakai. First time nampak. Saya tertanya-tanya juga, tak panas ke? Dah lah pakai tudung, pastu pakai lagi benda tu. Double. Mak aii.

" Oh, ini inner tudung," jawab roomate saya sambil menguntum senyuman.

" Untuk apa?" soal saya lagi.

" Sebabnya tudung yang saya pakai ni jarang. Tu yang saya pakai inner ni. So nanti takde lah nampak leher."

" Ooo. Mana nak dapat? Saya nak jugak satu!" ujar saya.

" Nanti saya carikan satu untuk awak. Yang ni buat sendiri. Pakai tudung yang lama-lama tak nak pakai tu. Jahit sendiri."

Oh, gitu. Ada rupanya solusi untuk masalah tudung jarang ni. Baru saya tahu. Semenjak pernah kena tegur dulu, saya memang tak berani dah pakai tudung jarang-jarang, especially kat maktab. Takut kena tegur lagi macam masa Form 1 dulu. Haru dibuatnya.

***

[2010]

" Bismillahirrahmanirrahim."

InsyaAllah. This is the new me! I need to change. Slowly. Baby steps Hani, baby steps! You can do it. 

***

[2011]

Masuk PLKN, saya menjadi culture shock. Ibarat rusa masuk kampung. Itulah saya. Selama ni duduk asrama. Sekali tengok dunia luar, memang terasa kejutan budaya itu. Rasa sedih, perit. Rindu dengan suasana di asrama dulu. Dulu mesti ada je peringatan dan teguran oleh BADAR. Awal-awal memang rasa jelak dan muak dengar. Tapi bila masuk PLKN, rasa.. Ya Allah! Saya perlukan semua tu. 

Namun, percaturan Allah sangat hebat. Walaupun tidak lama dalam PLKN, saya rasa itulah turning point dalam hidup saya. Walaupun selama ni, dah tutup aurat, tapi still..saya rasa macam kosong. Jiwa ni rasa macam perlu ada banyak lagi yang saya kena belajar.

Masuk U pun, jadi culture shock. Tapi terasa sangat sebab dah pernah kena masa PLKN dulu. Pernah suatu ketika, rasa macam nak nangis sebab rasa diri lemah sangat. Pernah saya mengadu pada roommate saya masa Form 5 yakni merangkap seorang BADAR. Alhamdulillah, sedikit sebanyak jadi perangsang untuk saya terus bangkit.

Alhamdulillah, lepas masuk U, saya berpeluang join usrah. Banyak yang saya dapat. Dan jiwa yang kosong dahulunya, semakin terisi.

Ramadhan tahun 2011, saya menanam azam untuk bertudung labuh. Entah mengapa, namun saya rasa Ramadhan ni lah masanya untuk saya berubah. Bukanlah bermakna bertudung labuh litup terus. Slowly. Saya  bermula dengan tudung bidang 50.

***

[2012]

Bertudung labuh bukanlah bermakna kita paling alim. Kita juga tak ketinggalan dalam membuat dosa. Pernah suatu ketika, saya pernah tersilap langkah. Orang-orang tua kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. 

Disebabkan itu, ada seorang sahabat pernah menegur saya,

" Harap je tudung labuh, tapi cakap kasar. Perangai pun suka kutuk-kutuk orang."

Masa dengar tu. Memang tersentap juga. Memang betul apa yang dikatakan. Ya Allah. Dah makin jauh rupanya aku ni.

***

Menutup aurat itu wajib bagi setiap muslimah. Bertudung tidak semestinya menutup aurat. Dan yang paling penting sekali, niat kita. Lillahita'ala. Jangan sebab kita malu ke apa. Dan sebenarnya, jika kita mendapat teguran yang positif itu, terimalah dengan hati yang lapang. Janganlah mudah melenting. Itu salah satu cara Allah nak kita dekat pada-Nya. 

Bertudung labuh tak bermakna kita ni alim. Kita juga manusia biasa yang tak lari daripada dosa. Tapi apa yang saya dapat rumuskan, kita hendaklah menutup aurat seperti mana yang diperintahkan oleh Allah. Tidak bertudung labuh bukan bermakna kita tidak mampu meraih Jannah. 

Jika kita bertudung labuh, hendaklah kita menjaga akhlak seiring dengan labuhnya tudung itu. Ini memang peringatan buat diri saya terutamanya sebab saya sedar, saya bukanlah perfect, saya bukanlah baik mana. Tapi, kita perlu berusaha untuk jadi baik. Semua orang nak jadi baik dan semua orang mahu syurga-Nya. 



Wallahu'alam. Mohon maaf sekiranya entri ini mengguris hati mana-mana pihak.

without wax,
haniyahaya :)



Wednesday, January 9, 2013

Mencari cahaya yang hilang

Hati kecilku merintih
Mencari-cari
Akan sinar cahaya
Untuk membantu diriku yang dalam kemelut kegelapan
Dapat aku rasakan bahawa hatiku gersang, tandus
Apa sebenarnya yang kau mahukan wahai hati?

Jiwa ini terasa kosong
Kosong ibarat jasad tanpa roh
Kumencari akan ubat mujarab untuk menghilangkan rasa gelisah ini
Ah, tidak berhasil
Aku mula memberontak
Persetankan sahaja semua ini!

Namun aku sedar
Jiwaku ini kian hanyut
Hanyut dalam arus modenisasi masa kini
Hanyut dengan segala kemanisan dan keindahan syurga dunia
Sehingga aku lupa pada Dia Yang Kekal Abadi

Memang benar
Ujian itu sebenarnya tanda yang Dia mahu menguji kita
Tanda kasih dan sayangnya Dia pada kita
Walaupun perit ujian itu
Tapi Dia Maha Mengetahui

Aku sedar
Betapa jauhnya aku telah pergi
Jauh meninggalkan Penciptaku yang tidak akan mati
Allahu rabbi
Kau ampunilah hamba-Mu ini

without wax,
haniyahaya :)

Saturday, January 5, 2013

Twins of Faith - A great start for 2013! :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah.

Pejam celik-pejam celik, dah masuk 2013. Tak sangka. Cepat betul masa berlalu kan? Umur pun semakin meningkat, maknanya itu sudah hampir kepada kematian.

Alhamdulillah, sebagai menutup tirai 2012, saya berkesempatan join program Twins of Faith kat PICC, Putrajaya. Subhanallah. Seronok sangat! Serius best! ^^

For those who don't know what is the Twins of Faith; Twins of Faith (TOF) is actually a family event which has been organized by Mercy Mission. The event is also held in UK and Australia. It is actually an international conference which there will be lots of speakers across the globe will give talks. Amazing!


Actually dah lama dah plan nak pergi TOF ni. Alhamdulillah, Allah mudahkan juga urusan. Ramai international speakers yang datang, tapi Brother Yusha Evans tak dapat datang since ayah dia sakit masa on the way kat airport untuk datang ke Malaysia. Sedih juga dia tak datang sebab suka dengar cerita dia, especially cerita dia reverts to Islam. Subhanallah!

Picture speaks louder than words right? So, here you go!

Wrist bands

Rabbi zidni ilma, warzuqni fahma.
At the Marriage Corner :)

Sheikh Daood Butt's talk - Free, Single and Available

We have this kind of stigma, those who are going to be married only should attend this kind of course. Well actually, it is not true at all. It is knowledge. You can learn so many things by attending this kind of course although you didn't plan to get married (I mean, to get married dalam masa terdekat ni). 


The hall

Sheikh Omar Suleiman. I just couldn't believed it that he is here,
right in front of me. Before this, I only listen to his lecture in Quran Weekly.
Go and try listen to his lectures. I recommend you to listen to Superstars
series lecture

Bro. Omar Esa is performing on the stage. Subhanallah,
his voice is really good. 

 Cubizm by Bro. Mohammad Ali. His masterpiece was
beautiful mashaAllah! :)  

Sheikh Daood Butt is on the stage for 'Q&As session with Sisters'.
He's really funny. Oh ya! He got a new talent in the second day.
He was trying to imitate what Shazet had been doing - Beatbox

Dr Tawfique Chaudhury. He's the chairman of Mercy Mission.
He's also a medical doctor :)

Sheikh Abdurraheem Green. He's the founder of iERA and the
author of 'The man in the red underpants'.

Books that I've bought during the event. I just love books!

Sebenarnya ramai je lagi speakers and artists yang perform, tapi tak sempat amik gambar. Ada Omar Regan, Uncle Jawad, Bro. Aiman Evans @ Tommy Evans, Shinji Moriwaki, Muadz, Shazet. Omar Regan is a funny and hilarious comedian. Rasa sangat best sebab hiburan yang disajikan tak de lah yang bertentangan dengan syariah Islam.

Last but not least, the best part is the fund raising. I'd never seen such a fund raising like that before. Ramai sangat orang berpusu-pusu nak donate, as if like ada sale 100%. Siap ada yang donate gelang emas, rantai emas. Memang rasa seronok sangat tengok. Malam tu je, dapat kutip RM250000. Allahu akbar! :)

InsyaAllah, I hope that I can join the same event this year. For those who couldn't make it last year, you could attend this year. InsyaAllah. Let's start saving the money from now on! Eh :)

without wax,
haniyahaya :)