Saturday, December 8, 2012

Surgery

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah syukur. Hari ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk hidup. Kadang-kadang kita ni selalu leka dengan dunia. Imam Ghazali pernah berkata bahawa ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekkan.

Last Tuesday, I had minor surgeries on my body (near to the pelvic to be exact) and foot. Kecil je pun, takde lah besar mana. Kes saya ni terpaksa refer kepada doktor ortopedik. Sebenarnya, benda ni dah lama. Tapi, dok buat diam je. Cuti dua bulan haritu pergi jumpa doktor, dan cuti kali ni baru buat pembedahan.

Malam sebelum surgery tu terpaksa puasa. Makan dinner pukul 8 dan lepas tu bermulalah tempoh puasa saya. Pagi sebelum surgery tu, ada nurse yang in charge ambil berat badan. Dia terkejut bila tengok berat badan. Siap kena nasihat lagi suruh tambah berat badan. Oh nurse, tahu tak berat badan saya tu pun dah naik 2kg? :)

Sebelum masuk OT, saya terpaksa transfer ke ICU sebab wad daycare tu ada ramai pesakit. (Itu mengikut apa yang nurse tu cakap lah, walhal saya nampak ada sebahagian katil je berpenghuni. Mungkin untuk masa yang akan datang.) Rasa kelakar bila baring atas katil dan ada orang tolong tolakkan. Ala.. feel macam cerita  medical drama gitu. Ecewah!

Before operation, jumpa dengan Dr Saleh. Kecil je orangnya. Peramah. He even said that my veins were too thin, hardly to recognize. LOL :) Dia sempat juga tanya subjek apa paling susah so far since he knew that I'm a medical student. And of course my answer was Pharmacology! He just laughed when I said that. Bila masuk OT tu, rasa macam..whoaa!! Seriously? Macam tak percaya. Dr Saleh suruh selawat banyak-banyak  masa dia nak masukkan ubat bius and after that, memang tak sedar.

Sumber : Google.com
Sedar-sedar je rasa nak marah sebab orang kejutkan. Nurse tu cakap operation dah habis. Dalam keadaan separa sedar tu, cepat-cepat rasa kaki, takut-takut kalau hilang ke apa. Alhamdulillah, ada. Cuma dalam keadaan berbalut lah :)
Keadaan dalam OT sangatlah sejuk. Memang menggigil satu badan. Dan dalam keadaan separa sedar tu jugak, saya kelubungkan diri saya dengan selimut. Tak tahan! Lepas operation, masuk ICU. Pun sama.. Sejuk jugak. Sampaikan nurse bagi dua selimut. Entah berapa agaknya temperature air-cond tu agaknya.

Lunch. Seriously lapar lepas surgery!
Dipendekkan cerita, petang tu baru boleh discharge. Jenuh juga menunggu bila boleh balik. Kesian kat ibu sebab dah lah sejuk, dengan laparnya lagi sebab tak makan sejak pagi. Dr Mazlan cakap, yang kat badan tu takde apa-apa. Memang sebaceous cyst. Tapi yang kat kaki tu dia tak tahu apa. Kemungkinan giant cell tumor.

Nak jalan memang agak terbatas sebab kaki berbalut. Nak mandi pun kena jaga-jaga sebab badan dengan kaki still berbalut. Tak boleh kena air. Pagi tadi buat check-up pun, doktor pesan jangan banyak bergerak sebab takut bentan. Cuti dia bagi seminggu lagi. Hip hip hurraayyy!! Tapi.. tak nak lah miss kelas. Harap-harap first week ni takde lah pack sangat. So far tengok jadual tak pack sangat. Sabtu next week pun ada lagi follow up. Harap-harap takde apa-apa lah.

Last but not least, thank you so much for all your du'as and supports! May Allah bless you InsyaAllah. Jazakumullahu khairan katheera! :D

without wax,
haniyahaya :)

5 comments:

dayot ^,^ said...

eh? takpaham la hani. kenapa kaki?? sakit ape??

aqu hanya seorang penulis said...

mesty sakitkan operate , btw ak pena
terpasang cite2 nak jadi specialis ortopedik
sebab biasenye doktor2 ortopedik ialah lelaki2 and they must be handsome2 heeee .

get well soon :D

haniyahaya said...

dayot : yang kaki tu sebelum ni dia membengkak. Sakit juga kalau tekan. Tu yang gi check kat doktor, nak tahu sakit apa. Dr suruh buang :)

Amir Syafiq : Sakit tu rasa.. tapi after operation. Ni pun actually still sakit lagi., Tulah.. aku pun macam nak jadi orthopedic, tapi bila fikir balik.. Macam tak sesuai dengan jiwa je. Ecewah! InsyaAllah amin. Thanks Nubhan! :D

mun said...

get well soon my dear hani :)
g tambah berat badan skett.. :P

Amira said...

Hani, indeed youre a very strong girl. Youre superwoman ! MasyaAllah syafakillah Hani. Sorry sangat sangat sebab tak tahuuu ya Allah rasa bersalahnya jadi kawan tapi tak tahu yeahhhh hit me :(
Semoga terus sihat dan terus terus sihat serta dimurahkan rezeki.
Miss you Hani.
Kalau saya di Malaysia boleh saya menjenguk anda ttp apakan daya Dia hantar saya ke Alex dlm medan mencari ilmu :)
Takpelah, saya tembak doa banyak banyak utk awak ye Hani. YA Allah, rindunya kat Hani. Lillahita'ala <3