Sunday, November 4, 2012

Pengorbanan


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi peluang untuk terus hidup di muka bumi ini.


Setelah sekian lama menyepi tanpa sebarang entri, kugagahkan juga diri untuk mencoret sedikit nukilan. Ecewah! Berbahasa-basi pulak. Eh.

Sebelum tu, bagaimana dengan sambutan Aidiladha yang lepas? Moga-moga kita semua mendapat ibrah di sebalik Hari Raya Aidiladha itu. Bukannya dok fikir berapa kilo daging korban yang kita dapat.

Lepas solat sunat Aidiladha yang lepas, saya berkesempatan mendengar khutbah. Antara isi khutbah yang terpahat di minda saya ialah berkaitan dengan pengorbanan. Kita semua sudah sedia maklum, bila tiba sahaja Hari Raya Aidiladha, perkataan pengorbanan itu sudah begitu sinonim dalam masyarakat kita, terutamanya kisah Nabi Ibrahim A.S dengan anakandanya, Nabi Ismail A.S. Kan kan? Tapi coretan saya kali ini bukanlah ingin bercerita tentang kisah Nabi tersebut, tetapi tentang pengorbanan ibu bapa. Ya! Itulah isi khutbah haritu yang ingin saya kongsikan bersama.

To make the long story short, pengorbanan ibu bapa ni sangat-sangat besar. Pernah diceritakan, ada seorang sahabat di zaman Rasulullah SAW telah membawa ibunya ke Makkah untuk mengerjakan haji. Anak itu tidak menunggang unta sebaliknya telah mendukung ibunya dan berjalan kaki ke Makkah. Anak itu tetap sabar melaksanakan tugasnya dalam membantu ibunya yang sudah tua itu untuk mengerjakan ibadah haji.


Setelah selesai melaksanakan ibadah haji, pemuda tersebut pergi berjumpa Rasulullah SAW. Pemuda itu bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, adakah dengan semua yang aku lakukan ini dapat membalas jasa ibuku?" 
Rasulullah SAW pun menjawab, "Tidak, walaupun setitik susu ibumu."


So, kita dapat lihat kat sini betapa besarnya jasa dan pengorbanan ibu bapa kita. Memang tak ternilai hatta bagilah segunung emas ibarat Gunung Everest pun kan?

Sumber : Google.com

I don't want to talk more about this because we all know what we are suppose to do to our parents right? Just a simple take home message;  reflect ourselves, am I a good son/daughter? Am I going to enter Jannah? :)


without wax, 
haniyahaya :)