Saturday, October 13, 2012

[untitled]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dah lama tak menulis kat blog. Kalau ikutkan banyak juga nak cerita. Tetapi memandangkan sekarang ni teramatlah sibuk, maka hasrat itu hanya mampu dipendam sahaja. 

Untuk pengetahuan semua, bila dah masuk Year II ni kemain busy nya. Dengan 4 subjek baru dan thrill semuanya, memang tak de masa nak mengarang ayat panjang-panjang. Assignment yang berkoyan-koyan tak usah kata. Tu belum lagi nak buat revision semua. T___T

Penat memang tak payah cakap. Balik je rumah, rasa macam zombi tak jejak tanah. Perkara pertama yang akan dicari ialah katil. Malam memang tidur awal. Letih yang teramat! Makan pun tak menentu. Kadang-kadang skip jugak lunch. Ini baru second year dah horror macam ni. Agaknya kalau masuk clinical year entah macam mana agaknya? O.o

Next week, 18/10/2012 dah nak kena jawab MUET. Speaking test pulak tu. Aiseymen. English berkarat gila kot! Lama tak cakap. Dah lama tak practice. Aiyyyyoooo!!!

Sekian sahaja buat kali ni. Actually dah plan nak share pasal talk Dr Zakir Naik masa kat UiTM Shah Alam tu. InsyaAllah. Masih lagi dalam proses untuk menulis. Doakan ya!

without wax,
haniyahaya :)


No comments: