Wednesday, September 26, 2012

Syukur Alhamdulillah!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih lagi diberikan kesempatan untuk terus hidup di bumi-Nya ini.

Pagi tadi, saya ada satu kata-kata ini memang menyentap jiwa dan perasaan. Sangat menusuk kalbu.

" Kita kena bersyukur, walaupun kita tak dapat melihat, kita masih lagi dapat mendengar.
Kita kena bersyukur, walaupun kita tak kaya, tapi kita masih lagi dapat melihat, dapat bercakap,"

Sebagai hamba-Nya, kita memang perlu sentiasa bersyukur kepada Allah.
Yalah, siapa kita kalau nak dibandingkan dengan Allah?
Kita ini tidak lain tidak bukan ialah hamba-Nya, sedangkan Allah itu Tuhan, Yang Menguasai segala-galanya.

Sedar atau tidak, kita ini sememangnya sangat bertuah kerana segala-galanya Allah dah beri kat kita. Kita ada mak ayah, ada adik-beradik, ada tempat tinggal, cukup makan minum, ada pakaian, cukup segala sifat dan tiada cacat-cela. Tapi, kita je yang tak pernah nak bersyukur kan?

Sumber : iluvislam.com

Saya masih ingat lagi, masa zaman SPM dulu ada belajar tentang syukur dalam subjek PAI. Ada tiga cara untuk kita bersukur sama ada melalui hati, perbuatan dan juga ucapan.

Melalui hati, kita hendaklah sentiasa sedar bahawa segala nikmat yang kita kecapi di dunia ini adalah pemberiaan daripada Allah SWT. Melalui hati juga, kita hendaklah bersyukur dengan cara melaksanakan segala perintah Allah dan tidak menggunakan nikmat yang dikurniakan itu ke arah maksiat.

Melalui perbuatan, kita hendaklah bersyukur dengan setiap anggota tubuh yang kita miliki ini. Hendaklah kita sentiasa melakukan perbuatan yang mendapat redha-Nya. Sebagai contoh, nikmat mata yang Allah beri ini, hendaklah kita guna dengan melihat perkara-perkara yang baik sahaja.

Akhir sekali, cara bersyukur melalui ucapan adalah dengan zikrullah. Sentiasa basahkan lidah dengan menyebut ucapan zikir seperti 'Alhamdulillah'.

Sumber : Google.com
Ayuh, kita sama-sama berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur! Insya-Allah, kita mula amalkan sedikit demi sedikit. Lama-lama nanti diri kita akan sebati. InsyaAllah :)

Akhir kata.... Masih ingatkah anda dengan lagu ini?


Ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas nabi, Muhammad ya Rasulallah
Saeawat ke atas nabi, ya Rasulallah

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku

Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera

Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia, aman dan makmur

Syukur, syukur, syukur ya Allah
Syukur alhamdulillah

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman tulus sedekah

Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan

Syukur - Raihan



Sumber : islamic-testi.blogspot.com


without wax,
haniyahaya :)

No comments: