Friday, September 7, 2012

Salam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Baru-baru ini saya berkesempatan berjumpa dengan Asilah, sahabat saya di MRSM Gerik dahulu. Kami boleh dikatakan rapat juga. Selalu main dan buat kerja gila bersama-sama. Dan yang paling utama, dia adalah rival terdekat saya. Hehehe :)

Sekarang ni Asilah belajar kat Alexandria University dalam bidang medic. So sekarang ni dia tengah bercuti. Tu yang kami cadang nak jumpa setelah almost setahun jugak tak jumpa. Al-maklum sahajalah, orang jauh di perantauan.

Banyak yang kami bualkan. Tapi ada satu ni saya rasa macam nak kongsikan bersama. Saya tanya Asilah, apa yang menarik Mesir sana? Asilah cakap banyak.. Tapi yang paling dia salute ialah budaya masyarakat di sana suka memberi salam. Tak kiralah di mana sahaja. Dan haritu pun, masa Asilah pergi travel ke UK & Amsterdam, ada seorang brother memberi salam dan menyapanya, sungguhpun mereka tak mengenali antara satu sama lain.

Sumber : islamic-quotes.com

Kalau dibandingkan dengan masyarakat kita di sini, sangat susah nak jumpa orang yang beri salam. Bukankan beri salam itu sunnah? Bukankah dengan memberi salam itu sebenarnya kita mendoakan kesejahteraan orang tersebut instead of saying "hey dude! What's up?". Tetapi masyarakat kita ni sinonim dengan beri salam bila nak mengorat anak dara orang. "Assalamualaikum dik. Nak berkenalan boleh?" Betul tak? Rasa macam nak bagi penampor Jawa time-time tu jugak kan? Hehehe :)

Oleh yang demikian, selepas ini apa kata kita jadikan amalan memberi salam itu sebahagian daripada amalan hidup kita. Maybe awal-awal tu kita akan rasa malu atau segan atau malas dan apa-apa lagilah rasa yang bercampur baur dalam benak hati kita, tapi kalau dah selalu buat, tak jadi masalah bukan? Let's revive the Sunnah of giving salam. InshaAllah. May Allah bless :)

Sumber : iluvislam.com

This is especially dedicated to myself. Take note dear Hani!


without wax,
haniyahaya :)

No comments: