Friday, September 7, 2012

Positifkan diri anda!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Apa khabar hati? 
Kenapa saya tanya berkaitan dengan hati? Hal ini demikian kerana hati ini sangat mudah untuk berbolak-balik. Hari ini kita rasa tenang sangat. Biat apa pun rasa seronok je. Tapi esok lusa, dah rasa keluh-kesah. Tak tenang je rasa. Apa yang dibuat hari itu, serba tak kena. Lagi pun pernah dengar tak hadith yang berbunyi,


 "Di dalam jasad manusia itu ada segumpal darah. Jika baik, maka baiklah keseluruhan jasad itu. Jika buruk, maka buruklah keseluruhan jasad tersebut. Ketahuilah, itu adalah hati." 
(H.R Bukhari dan Muslim)

Bercakap tentang hati, pagi tadi saya berpeluang mendengar slot Prof. Dr Muhaya di ikim.fm masa on the way jemput adik saya dari sekolah. Actually kalau ikutkan, banyak je yang Prof kata. Tapi saya tertarik dengan satu point ni.

Prof. Dr Muhaya ada beri nasihat, kalau kita bangun pagi, cuba lihat diri kita di hadapan cermin. Set kan minda dan hati kita untuk mulakan hari kita dengan positif. Insya-Allah, kalau permulaan hari kita dah niatkan yang baik-baik, Allah SWT akan permudahkan semua urusan kita pada hari itu.

Sumber : positivenotes.tumblr.com

Oleh yang demikian, apa kata mulai hari ini, lepas bangun dari tidur, kita baca doa dan set kan niat kita. Niatkan pada hari ini apa yang kita nak buat semuanya lillahi ta'ala. Dan jangan lupa, mulakan hari anda dengan senyuman. InsyaAllah, your day will be brighter! Always be positive! :)

Sumber : gastrawnomica.com



without wax, 

haniyahaya :)

No comments: