Friday, September 21, 2012

List of books for Year I

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

This is a random post. Entah kenapa tiba-tiba rajin bebenor nak mengupdate blog. Tajuk kemain lagi. Hahaha. Maybe sebab buku second year tak beli lagi sedangkan member lain semua dah beli. T___T

Untuk first year, subjek yang dipelajari hanya ada 3. Anatomy, Physiology dan juga Biochemistry. Tapi untuk Anantomy tu, termasuklah juga Histology dan juga Embryology.

1) Anatomy

Buku Anatomy yang sangat disarankan oleh pensyarah ialah Gray's Anatomy. Kitorang panggil Gray's for short. Gray's ni senang nak faham since dia takde lah cerita details sangat sampai pening nak hadam. Lagipun, gambar dia cantik, senang nak dapat gambaran yang jelas tentang sesuatu. Lecturer lagi prefer this one compared to other books.

Gray's Anatomy for Students

Ada lagi satu buku, Clinically Oriented Anatomy. Kitorang panggil Moore sebab author dia Keith L. Moore. Buku ni banyak explains pasal clinical, compared to Gray's. Explanation dia memang superb. Detail. Biasanya kalau time tutorial kitorang suka refer ni sebab kadang-kadang apa yang lecture tanya ada dalam ni. Tapi gambar dia tak berapa lawa sangat.

Clinically Oriented Anatomy

Untuk Histology, lecturer kitorang recommend buku DiFiore's Atlas of Histology. Lukisan dia cantik, explanation dia pun bagus.
Atlas of Histology with Functional Correlations

Tapi, ada satu lagi buku dari India, Textbook for Human Histology with Colourful Atlas by Inderbir Singh. Buku ni tak sure lah lecturer ada recommend ke apa, tapi best juga pakai buku ni. Selalu jugaklah pinjam kat library sebabnya selalu pakai bila nak buat conclusion bagi lab report histo. Hehehe :)

Textbook of Human Histology with Colour Atlas

Untuk Embryology, buku yang direkemen ialah buku Langman's Medical Embryology. Buku ni nipis dan kecik juga saiznya compared to buku-buku yang lain, semua besar gedabak dan berat! Tapi nak membacanya, punyalah liat.

Langman's Medical Embryology
Buku paling liat nak baca dan
paling banyak jumlah ternakan habuk :)

Untuk subjek Anatomy, disyorkan anda semua membeli Atlas.Atlas ni sebenarnya bertujuan untuk memberi gambaran yang jelas tentang sesuatu lebih-lebih lagi masa dissection. Kalau nak tengok muscle tu apa, refer pada atlas sebab tu lah fungsi atlas. The best atlas is Atlas of Human Anatomy by Frank H. Netter. Serious kalau tengok si Netter ni lukis, memang superb gila. Detail!

Atlas of Human Anatomy
Kalau 6th edition punya warna kelabu

Kalau tak nak usung atlas besar gedabak tu gi Dissection Hall, bolehlah beli atlas yang pocket book punya. Oh, gray's pun ada tak silap.

2. Physiology

Kitab Physiology yang highly recommended by lecturer is Guyton & Hall Textbook of Medical Physiology! Kitab ni memang perlu kesungguhan yang jitu bila nak bacanya. Tebal dia mengalahkan Kamus Dewan dan juga Yellow Pages. Pernah sekali kawan saya try timbang buku ni kat mesin penimbang berat. Katanya berat benda ni 3kg! Wah!! Tak percaya? Ini serius!
Tapi tulah, berat-berat si Guyton ni pun, buku ni memang best sebab every single thing pasal physio dia akan explain kat sini. So, berbaloi benda ni. Saya suka buku Guyton ni sebab bila kita in doubt atau nak carik something, cari dalam ni :)

Guyton & Hall Textbook of Medical Physiology

Selain Guyton, buku physio yang lain yang boleh dibeli ialah buku A.K Jain. Buku ni dari India. Yang menariknya, buku ni ada dua volume. So, tak payah nak susah-susah heret sana-sini. Bawak buku yang mana perlu je. Tambahan pula, explanations dia tak meleret macam esei. Senang nak faham.

Textbook of Physiology Volume I

Textbook of Physiology Volume II

3. Biochemistry

Biochem saya tak banyak belajar sangat. Paling banyak belajar pun rasanya masa last module, Nutrition. Buku yang lecturer saya recommend ialah buku Lippincott's Illustrated Review Biochemistry.
Illustrated Review Biochemistry


Satu lagi buku ni, Medical Biochemistry. Buku ni dari India. Best sebab dalam bentuk point form. Maklum sahajalah, saya ni memang lemah sikit bila masuk bab nak kena baca benda yang panjang berjela. So, buku ni best lah jugak. 

Medical Biochemistry

Okey, sekian sahaja list buku untuk first year ni. Tapi depends juga kepada orang tu selesa pakai yang mana. Setengah orang suka buku yang ni, setengah orang suka buku yang tu. Tapi nasihat saya satu, jangan tamak nak beli semua buku. Kita ni memang suka betul membeli. Jangan beli banyak-banyak tapi end up, tak baca pun. Kalau nak buat rujukan tambahan, saya rasa better pinjam kat library :)

without wax,
haniyahaya :)

No comments: