Thursday, August 16, 2012

Maut

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pejam celik, pejam celik, tak sampai tiga hari sahaja lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita. 

Pagi tadi, kami sekeluarga baru sahaja mendapat berita yang anak lelaki kepada kawan ayah saya meninggal dunia akibat denggi. Hari Sabtu minggu lepas baru sahaja berjumpa dengan arwah semasa iftar bersama. Nampak sihat wal afiat sahaja. Arwah kalau tak silap saya masih lagi bersekolah rendah. Muda lagi. Tup.. tup Subuh tadi dapat berita yang dia sudah tiada lagi. Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

Sumber : Google.com

Kelmarin, kami sekeluarga (keluarga besar; yakni termasuk nenek, pak cik, mak cik dan lain-lain) mendapat berita bahawa Kak Yanti, pembantu rumah kepada mak cik saya telah kembali ke rahmatullah pada jam 8 pagi waktu Indonesia. Kak Yanti sebelum ini telah di-diagnose menghidapi kanser tulang. Saya tidak berkesempatan untuk menzirahi Allahyarhamah sebelum pulang ke Indonesia kerana pada ketika itu saya terikat dengan peperiksaan semester II saya. Allahyarhamah sangat baik dan rajin orangnya. Kalau di kampung, dialah yang mengemas, dialah yang memasak, dialah yang membasuh dan bermacam-macam lagi yang dia buat. Pendek kata, dialah orang yang paling sibuk sekali jikalau kami semua pulang ke kampung, tambahan lagi pada Hari Raya.

Kedua-dua cerita ini saya kongsikan bersama supaya kita semua refleksi diri kita balik. Ajal maut itu tidak mengira waktu dan tempat. Bila-bila masa sahaja nyawa kita bakal dicabut oleh Malaikat Izrail. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita sebenarnya dekat dengan kematian. Dan cuba bayangkan, adakah kita bersedia untuk bertemu dengan Allah? Cukupkah amalan kita?

Ada diceritakan bahawa orang-orang yang beriman dan hebat suatu ketika dahulu pada waktu malamnya, mereka akan tidur sebentar di dalam lubang yang digali sendiri seperti di dalam kubur. Tujuannya ialah untuk merasakan bahawa betapa hampirnya mereka dengan mati. Mereka juga berbuat demikian untuk berehat sebentar sebelum menyambung semula ibadah mereka kepada Allah SWT. Subhanallah! Betapa hebatnya mereka ini. Betapa kerdilnya diri ini jika dibandingkan dengan mereka! T______T

Ayuh, mari kita sama-sama muhasabah diri. Semoga segala amalan kita di sepanjang bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT dan semoga apa yang telah kita didik jiwa kita ini akan berkekalan sampai bila-bila, bukan hanya di bulan Ramadhan ini sahaja. Jadikanlah bulan Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik. Insya-Allah :)

Sumber :  khadimulquran.tumblr.com


without wax,
haniyahaya :)

nota kaki : Saya tujukan entri ini buat peringatan diri sendiri yang selalu lalai ini terutamanya. Semoga kalian juga mendapat pengajaran. Insya-Allah :)

2 comments:

aqu hanya seorang penulis said...

to tell the truth kan
aku penah msuk ke hosp
n hmpir sudden dying
aku tak citer kat semua orang
ak cuti semingu kmudiannye
tpi smua owng anggap ak ponteng tu
tak slhkn dorang sib ak mmg kuat ponteng
hehe teruk kn

post kau ni sngat mengingat kan ak
betul la
ajal tu bile2 mase bole dtng
tak kenal masa
tringat mase tu ak
tak solat isyak agy
takut gila mati mase tu
rase sngt tk bersedia
rase xnk mati
rase diri ak lyk ke nerake je
hnye bole berdoa dan berharap
hnye pde saat tu ak tak mampu buat ape2

alhamdulillah masih diberi
peluang bernafas

haniyahaya said...

Aqu hanya seorang penulis : Seriously? Bila kau masuk hospital? Kenapa? Tak pernah tahu pun. Sorry. Hopeless and helpless betul aku as a friend. Langsung tak amik berat pasal kawan sendiri. Too bad! :(

Hurm.. Kan. Kadang-kadang kita ni selalu lupa. Kena ada orang ingatkan.