Friday, August 24, 2012

Ibrah di bulan Syawal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur dengan izin-Nya, kita masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini. Suatu nikmat yang tiada tolok bandingnya bukan?

Hari ni dah masuk 5 Syawal. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri (masih tidak terlambat lagi, bukan?) . Di samping itu memohon maaf seandainya ada salah silap saya terhadap kalian. Mohon ampun sangat-sangat! Last but not least, semoga amalan kita di sepanjang Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah dan semoga kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan di masa akan datang. Insya-Allah :)

Sumber : Google.com

Kalau diikutkan, raya tahun ni takde lah semeriah dulu. Kalau dulu, bila sebut raya je, mesti dah tergambar ketupat, rendang, kuah lodeh, kuah kacang, lontong, kari dan juga beraneka kuih raya. Tidak ketinggalan, jumlah kutipan duit raya yang kaching-kaching $____$ serta kemeriahan pesta bunga api, mercun dan juga meriam. Sinonim betul raya dengan benda-benda macam tu. 

Tapi tahun ini, rasanya suasana tak semeriah dulu. 

Sudah menginjak dewasa?
Barangkali ya.
Entah.

Namun, Aidilfitri kali ini ternyata memberi 1001 pengajaran buat diriku.

Pertama, masa pergi beraya di Shah Alam. Seperti biasa, bila dah lama tak jumpa sanak-saudara, sudah tentu banyak benda yang nak diceritakan. Macam-macam. Pendek kata, kalau buat hikayat, agaknya memang Hikayat 1001 Malam lah jawabnya! 

I always heard from my friends tentang soalan-soalan yang mencabar IQ tahap dewa yang selalu ditujukan khas kepada mereka seperti, " Eh, bila nak kahwin?" " Dah ada calon belum?". Even I, myself had came across with such questions too! Tapi tu dulu lah. Sekarang mujur tidak lagi. Yeaayy! :) 

Tapi, haritu pergi beraya pun, dah nampak gambaran. Early marriage doesn't suit me well :)
Di era modenisasi tanpa limitasi kini, kahwin muda bukanlah suatu perkara yang janggal lagi. Bahkan, semakin ramai generasi muda masa kini yang terjebak dengan kahwin muda. It's not kolot anymore. Orang takkan pandang kahwin muda tu hanya untuk zaman Pak kaduk atau Pak Pandir je lagi. Sekarang era SIII dan iPhone 4s ni pun orang dah tak kesah pun nak kahwin awal. Saya bukanlah membantah kahwin awal. Ianya satu niat yang baik bahkan saya sangat seronok dan teruja pabila mendengarkannya. Tetapi, kalau orang tanya saya, bila nak kahwin, I don't have any clue about that. 

Sumber : Google.com

Let's see. My family haven't talk about this very much. But I know that, they want me to achieve my dream first. So, whatever it is, I have to and I need to finish my studies first! That is my first priority besides Allah, Rasul and my parents. Lagipun, rasanya kena banyak buat preparation. Kahwin tu bukanlah suatu benda yang boleh dibuat main. Ni bukan zaman main kahwin-kahwin macam kecik-kecik dulu. Kahwin ni tanggungjawab dia besar and I need to prepare myself. Really do. Sekarang ni pun hidup tak tentu hala. Banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari. Plus, my financial is not really good. Kalau boleh, biarlah saya dah beli tanah dulu atau rumah dulu. Then, I'll think about getting married. LOL :D
(But seriously, about the part nak beli tanah atau rumah tu memang ada dalam my to-do-list)

Oleh yang demikian, lepas ni, tak payahlah tanya pasal kahwin ni pada saya. Banyak yang perlu dipelajari untuk mengharungi alam rumah tangga ni :)

Nak jadi doktor dulu!! ^^
Sumber : Google.com

Kedua, malam hari raya yang pertama tu, saya berkesempatan menziarahi jiran-jiran nenek saya. Malam tu serius pakai main redah je. Janji tutup aurat jadi lah kan? Apa yang bestnya, saya suka dengan kuih dan kerepek yang orang-orang lama ni buat. Ada satu rumah tu, saya dan mak cik saya habiskan satu balang kerepek keladi. Perghhh!! Nikmat!

Eh, jauh melencong pula. Sebenarnya, malam tu pengajaran yang dapat diambil ialah kita kena sentiasa doakan kebaikan orang. 
Kenapa pengajarannya begitu?
Nak dijadikan cerita, malam tu saya pergi beraya rumah pak cik X di kampung saya. Keadaan kesihatan pak cik X tidak begitu sihat. Biasalah, sakit tua orang kata. Apa yang membuatkan saya terharu, pak cik X ni sentiasa mendoakan kami yang menziarahi beliau. Doa yang baik-baik. Allah! Terharu rasanya tatkala itu. Walaupun tak berapa sihat, tapi dia semangat melayan kami. Sifatnya itu membuatkan saya terfikir, baiknya orang ni. Selalu doakan orang. 

Sumber : Google.com

Lepas ni bolehlah kita sama-sama praktikkan. Ye tak? Kita doakan semua orang, hatta orang yang kita tak suka sekalipun. Mana tahu, berkat doa kita tu, orang tu boleh jadi lembut hati dengan kita ke, apa ke? Ingat, doa itu senjata bagi orang yang beriman!

Ketiga, semalam baru balik dari beraya di Melaka. Kami pergi menziarahi saudara di sana. Apa yang membuatkan saya terharu ialah kisah pak cik W sekeluarga. Pak cik W bukanlah orang yang senang. Biasa-biasa. Kereta pun tiada. Hanya mengharapkan kudrat motosikal sahaja sejak dahulu. Masa pergi menziarah ke rumahnya tempoh hari, saya rasa terharu bila melihatkan kejayaan anak-anak beliau. Anak-anak beliau bukanlah orang besar-besar dan kenamaan. Ada sorang tu dah mula kerja, at the same time boleh lagi tolong adik-beradiknya dan juga kedua orang tuanya, ada sorang tu dah belajar, tapi sangat baik. Dengan elaun yang dia dapat, dia boleh lagi hulur sedikit buat kegunaan kedua ibu bapanya. Pendek kata, semua menjadi 'orang'. Rasa sangat terharu. Kalau nak compare dengan diri sendiri, rasa macam jauh gila beza. Yelah, saya yang dapat duit elaun ni pun, tak pernah lagi bagi kat mak ayah. Sobs sobs T_____T Siap mintak lagi adalah!

Rasanya itu sahaja yang dapat saya coretkan. Tak tahu nak olah bagaimana, hanya pakai main sedap je menulis. Harapnya kalian juga mendapat ibrah bersama. Insya-Allah :D

Allahu'alam.

without wax,
haniyahaya :)

2 comments:

Miss Rumaysa said...

Assalamualaikum :)
Saya Azlin Azman. Saya bakal ke MSU 24/9 ni. MBBS.

Saya nak minta tolong, kalau akak tahu di persanda atau brunsfield mana2 yang kosong untuk sewa boleh tak inform saya? 013 425 2432. Sebab saya dengar persanda & brunsfield yang paling dekat & boleh jalan kaki. Sebab saya xde transport. Thanks :)

aqu hanya seorang penulis said...

kan

kite yg dpt elaun ni pon xgeti sngt nk memanfaatkan sepenuhnye.eh mngkin ak je ...gune utk diri sndiri , sdngkn tu smua tok duit rakyat

trharu bile tgk kazen sama umur yg bukan dari keluarga senang dan masih belajar tapi takde tajaan snggup bekerja sambilan kumpul duit tok bgi duit raye kat orang lain termasuk ak . baru umur 19 tahun kot
.nampak dye mcm bajet tapi ak respect sbb dye sngt independent .