Sunday, August 5, 2012

Being a First Year of Medical Student

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Rasanya blog ini semakin lama, semakin menyepi. Ibarat sebuah rumah yang usang di pinggir desa yang tidak berpenghuni setelah sekian lama. Bukan niat di hati untuk bermalas-malasan menulis (padahal hakikatnya memang ya pun!). Namun begitu, bakat menulis yang terpendam dalam diri ini kian tumpul, seperti pensel Stabillo 2B yang sudah diasah tajam pada awalnya, namun kian tumpul dan tumpul setelah menggunakannya untuk menghitamkan ruang jawapan di kertas OMR tempoh hari.  O.o

(Okey, peribahasa rekaan sendiri. Jangan gunakan peribahasa di atas dalam mana-mana urusan rasmi. Sekian)

Berbalik kepada tajuk asal, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya, kita kini sudah berada di pertengahan bulan Ramadhan. bagaimana dengan Ramadhan kalian pada tahun ini? Tepuk dada, tanya iman. Persoalan itu biarkan diri anda yang menjawabnya. Saya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk itu.

Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, saya kini akhirnya sudah tamat First Year as a medical student.
(Hek eleh minah ni. Baru First Year kot. Bajet lah tu. Nak canang bagi satu dunia tahu ke kak oiii??)
Rasa macam tak percaya pula yang saya dan rakan-rakan yang lain dah habis First Year. Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik-pejam celik, dah habis first year. Rasa macam baru sangat masuk kelas untuk module Fundamental dulu. Ni tup-tup, dah habis. 

Kalau diikutkan, pengalaman masa first year ni tersangatlah banyak. Rasanya kalau dicoretkan, mahu berkajang. Jenuh juga kalau nak diceritakan. Apa pun, saya akan berkongsi serba-sedikit tentang pengalaman saya sebagai pelajar medik di tahun 1.

Kali Pertama

Untuk pengetahuan semua, saya dan sebilangan kecil daripada rakan sekelas saya masuk 2 minggu lambat untuk program MBBS Year I. Dipendekkan cerita, masa mula-mula masuk tu, rasa macam rusa masuk kampung. Terpinga-pinga kami dibuatnya. Tambahan pula, suasana baru. Rakan-rakan satu batch pula ramai. Rasa macam, betul ke ni? Ke aku bermimpi? Sebabnya sebelum ni tak pernah duduk dalam lecture hall untuk dengar lecture dalam satu kelas yang mempunyai 204 orang pelajar. Memang masa awal-awal masuk tu agak blur lah jugak. Ibarat anak kecil yang terkapai-kapai.

Batch saya. Ramaikan? Ini pun ada yang takde dalam gambar

Masih segar lagi dalam ingatan, first lecture yang saya attend ialah tajuk Ovulation and Implantation oleh Dr Manah. Even dulu pernah belajar tentang ni masa SPM dan Foundation, tapi disebabkan culture shock, saya masa tu rasa otak saya tak mampu nak hadam apa yang Dr Manah cakap. Terkejut kut bila dengar slang dan term-term yang pelik. 

Apa yang kami belajar di Tahun 1? 

Tapi bila dah dua minggu, Alhamdulillah saya rasa dah boleh adapt dengan situasi sekeliling. Untuk pengetahuan semua, masa first year di medical school kami, kami ada belajar 3 subjek, yakni Anatomy, Biochemistry dan Physiology. Kami di sini belajar ikut Integrated Systems. Meaning to say, kami belajar ikut system. Contohnya kalau module Musculoskeletal System (MSK), kami akan belajar pasal MSK je untuk subjek Anat, Biochem dan Physio. Kalau module Cardiovascular System (CVS), kami akan belajar pasal jantung je untuk Anat, Biochem dan Physio. Mungkin di sesetengah medical school belajar dengan sistem yang lain. Different medical schools have their own systems. Sebabnya ada juga kawan-kawan saya yang kat kolej/universiti lain yang belajar lain daripada sistem kami. Contohnya pakai sistem block dan sebagainya. 

Dan buat pengetahuan semua juga, lecturer yang mengajar kami di Tahun 1 sangatlah best! Seriously, mereka langsung tak kedekut ilmu dan sangat ikhlas dalam mendidik kami semua. Mostly lecturer kami dari India, dan ada juga dari Middle East. Walaupun pada awalnya, saya agak sukar untuk memahami apa yang diperkatakan oleh mereka, tapi lama-lama alah bisa tegal biasa. Lecturer kami semuanya baik-baik. Bila kami tak faham, mereka akan terangkan sampailah kami faham. 

Oh ya, untuk module tu, kami ada 11 module untuk dihabiskan dalam tempoh setahun.
1. Fundamental module
2. Musculoskeletal System (MSK)
3. Hemopoietic and Lymphoid System
4. Cardiovascular System (CVS)
5. Respiratory System
6. Gastrointestinal System (GIT)
7. Renal System
8. Endocrine System
9. Reproductive System
10. Nervous System 
11. Nutrition module

Untuk semester 1, saya belajar Fundamental module sampailah ke Respiratory System dan semester 2, saya belajar GIT sampailah ke Nutrition module.

Buku-buku Medic Tahun I yang saya gunakan


Antara nota masa module MSK

Ni pun antara nota masa module MSK.
Tengah konon-konon rajin lah time ni


Favourite Subject

Memandangkan hanya ada 3 subjek sahaja, yakni Anatomy, Biochemistry dan Physiology, saya tak tahulah favourite subject saya apa. Haisy...

Kalau anatomy, basically kena ada daya ingatan yang kuat sebab banyak nak kena hafal. Tapi bila sampai part Histology dan Embryology, saya memang awal-awal lagi dah serah bendera putih sebab tak minat. -__-
Kalau Physiology dan Biochemistry pulak, basically, kena faham concept dia. Tapi jenuh juga kalau nak baca, especially bila anda menghadap buku Guyton yang tebalnya mengalahkan Kamus Dewan tetapi saiz vesi A4.
Gray's Anatomy & Textbook of Medical Physiology
Buku Guyton ni sangat tebal! Sobs sobs T__T

Tapi overall, belajar ketiga-tiga subject ni memang best. Kalau bab practical Anat, saya tak suka sangat pergi ke Dissection Hall pada awalnya. Bukannya takut tengok cadaver, tapi sebab bau formalin tu sangat kuat! Bau itu akan menerjah ke hidung sekali gus menyebabkan mata anda berair. But, the fun thing about practical session is, we can actually touch all the specimen provided in the room (I don't mean that you can use you bare hands to touch them! Gloves are needed. That's the rule.)

Professional Exam

Dalam satu semester, kami ada progress test dan semester exam. Cumanya ada tambahan Professional Exam (Pro Exam) di semester 2. Professional Exam ni dia lain sikit daripada semester exam. Kalau semester exam, dia hanya akan cover the whole module yang kita belajar masa sem tu je. Tapi kalau Pro Exam, dia akan cover the whole module start dari Fundamental module sampailah ke Nutrition module. Bayangkanlah nak study the whole module. Kebanyakkan yang semester 1 semua dah ingat-ingat lupa. Hihihi :)
Dan yang paling menarik, Pro Exam ni lah yang akan menentukan kita either kita dapat proceed ke Second Year atau tak dan juga adanya VIVA! 

Viva? Apa itu viva? Viva itu bukannya lagu Viva la Vida nyanyian Coldplay, bukannya Viva Forever nyanyian Spice Girl, dan bukan juga kereta Perodua Viva. Viva ini merupakan oral exam yang mana akan ada panel yang menilai untuk bertanyakan kepada pelajar tentang sesuatu perkara. Dan untuk viva di tempat saya, ada dua jenis viva yakni Distinction Viva dan Borderline Viva. Distiction viva ni untuk pelajar yang dapat markah tinggi tapi sipi-sipi je lagi untuk dapat Distinction. Kalau yang Borderline Viva, tu untuk student yang dapat markah atas pagar, antara fail atau pass. Basically, viva ni tak tolak markah. Dia hanyalah nak tambah markah supaya pelajar tu boleh pergi ke gred yang lebih baik. 

Untuk Viva, kesemua module ni kena study sebab kita
 tak tahu soalan apa yang bakal ditanya

Alhamdulillah, saya dah lepas Pro Exam dan pass. Syukur sangat-sangat tak kena viva. Saya masih ingat, kami habis Pro Exam hari Rabu. Kiranya hari Khamis tu sepatutnya result untuk Viva dah keluar. Tunggu punya tunggu siang tu, tapi tak keluar. Takpelah. Tiba-tiba, malam tu housemate saya ni dia bagitahu suruh bukak twitter. Ada tweet daripada salah seorang rakan kami yang mengatakan bahawa list name for viva akan dikeluarkan pada malam tu pukul 10. Masa tu saya tengah baca Al-Quran sementara menanti Isya' , terus stop baca. Berderau darah. Pucat betul muka masa tu. Alih-alih tengok, silap info. Pukul 10 malam. Masa tu saya rasa jantung macam nak gugur, terkejut punya pasal.

Alhamdulillah, semuanya dah berakhir. Saya pun dah pass. Even, saya takde lah dapat Distinction atau Honour, tapi syukur Alhamdulillah saya dapat proceed ke Second Year. Insya-Allah. Tak perlu repeat year, tu paling penting!

Saya masih ingat kata-kata Dean saya, 

" First year and Second year are nothing. They are only based on textbooks. The real challenges are when you're in Third, Fourth and Fifth Year. That will be determine your true personality and how are you going to be a good doctor."

Kata-kata beliau masa tu memang menyedarkan saya. Betul. Masa 3rd until 5th year nanti clinical. Masa tu skill kita sangat penting. Skill tu lah yang akan tentukan kita ni boleh jadi doktor yang baik atau tidak.

Doktor & Skil 

Haa.. Bercakap tentang skill, teringat pula, masa Pro Exam haritu, untuk paper OSPE/OSCE, ada satu station untuk OSCE. Kami dikehendaki mengambil blood pressure (BP) subject. At the same time masa tu, ada juga communication skill sebab kita kena explain, kenapa nak ambil BP dan kena mintak permission terlebih dahulu dengan subject. Masa tu, nervous sangat. Mujur examiner masa tu lecturer sendiri, bukan external examiner. Kalau tak, mesti BP saya lebih tinggi daripada subject tu. Hehehe :)

Sebenarnya, skill tu kita boleh develop. For example, communication skill. Saya actually bukanlah petah berbicara. Kalau dulu masa zaman sekolah, bila cikgu suruh present kat depan, saya punyalah takut. Mesti ada gagap aaa...aaa..aaa.. Tapi kalau suruh cakap sesama member, takde masalah. Dan bila dah makin besar, saya sedar, benda tu kita kena develop sendiri. Memang akan ada rasa gemuruh, malu dan sebagainya, tapi benda tu kita berani hadapi. Kalau tak, sampai bila kita nak berada dalam keadaan sebegitu rupa? Masih di takuk lama.

Saya rasa, masa kami pergi Hospital Visit beberapa bulan yang lepas adalah pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Hospital Visit merupakan salah satu aktiviti wajib masa dalam Nutrition module. Dipendekkan cerita, group saya telah pergi ke Kediaman Bekas Pesakit Kusta, Sungai Buloh. First time rasa, ala.. kenapa mesti pergi sini? Group lain dapat hospital best-best, boleh tengok post-mortem. Tapi, Allah itu Maha Mengetahui. Sabar, sabar!

Kami semua dah bersepakat nak beri goodie bag kepada semua bekas pesakit kusta di situ. At the same time, kami kena lah beramah mesra dengan mereka sekali. Masa awal-awal tu kan, just datang then.. krikk..krikk.. Tak tahu nak buat apa dan cakap apa. Just bagi je goodie bag. Lepas habis je sesi penyampaian goodie bag, kami pun cabut sebab dah tak tahu nak mula conversation apa dengan mereka. Lepas tu, lecturer yang mengiringi kami, Dr Faez terangkan sikit-sikit cara nak start conversation dengan bekas pesakit kusta tu. Saya dan beberapa orang rakan yang lain pun ikut lah cakap beliau. Tapi, tak bertahan lama. Kami akhirnya terus berdesup keluar tatkala Dr Faez dah keluar dari situ. Mentang-mentang Dr Faez tak tengok kan.. Hihihi :)


Bersama dengan Dr Faez semasa program Hospital Visit

Tapi bila tengok rakan-rakan yang lain rancak berbual, kami rasa macam, isy..takleh jadi ni!
Kami jumpa lagi sekali dengan Dr Faez. Dr Faez apa lagi, terangkan satu per satu, bagaimana nak approach patients. Then, he asked us to do that in front of him. He said that, " It's not history taking. I won't ask you to do that. That's why you are here for; to develop your communication skills."

Masa tu saya rasa, alahai.. Dr Faez nak tengok ke? Eee.. Scary kot! Akhirnya, saya dan Jiha berpakat untuk pergi approach seorang pak cik Cina. Dan Alhamdulillah, cara yang Dr faez kongsikan tu memang ternyata berkesan. Dan hasilnya, banyak input yang kami dapat. Akhirnya, bukan seorang yang kami approach, malahan dua! Rasa seronok sangat!


Di hadapan pintu masuk Kompleks Kediaman Dormitori untuk bekas pesakit kusta


Kesimpulannya, skil dan doktor memang tak boleh dipisahkan. And to develop such skills, you need to learn and gain new experiences! Don't be afraid of being wrong. We all learn from our mistakes so that we will never repeat the same things all over again!

Rasanya, itu sahaja yang dapat saya coretkan. Kalau ikutkan hati, banyak je lagi nak tulis. Tapi nak taip entri ni sahaja dah memakan masa dekat 2 hari T_____T

Sekian,

Sumber inspirasi :)

Last but not least,

Wajah kegembiraan selepas habis Pro Exam. Congratulations guys!
See you in the Second Year! InsyaAllah ^^


without wax,
haniyahaya :)



2 comments:

mun said...

assalamualaikum!
hanikuyangcomel...huihui..
smoga jd doktor yg baek2 yaa^^
blaja leklok tau2.

haniyahaya said...

Mun : Waalaikumussalam Mun sayang! InsyaAllah! Terima kasih atas doa dan nasihat! ^^