Thursday, August 16, 2012

Aku, Saya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tengok balik entri-entri yang lepas, kelakar pula rasanya. Dari benda kecil sampai lah ke benda yang besar, dari benda yang merapu sampailah ke benda yang penting, pendek kata semua benda nak tulis. Ada tu siap tulis dengan nada memerli lagi.

Entahlah, kadangkala terfikir juga, apa hala tuju blog ini. Tidak ada jawapan yang sahih untuk itu. Kerana aku sendiri tidak mempunya skema jawapannya.

Apa yang pasti, aku hanya menulis berdasarkan apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku fikir.

Mungkin ramai yang pelik, kejap saya, kejap aku.
Tiada penggunaan kata ganti nama diri yang tetap.

Namun, aku mohon kemaafan jauh dari benak sanubari aku yang kerdil ini andai ada penulisan aku yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Mohon ampun ya!

without wax,
haniyahaya :)

nota kaki : Ada sesiapa rindu cerita 'Sahabat Selamanya'? ----> Okay, this is lame. I know -.-

No comments: