Monday, July 9, 2012

Cerita di sebalik Final Exam Semester II

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk hidup di alam milik-Nya ini.

Melihat keadaan blog ini yang semakin menyepi, sedih sungguh rasanya. Bukan tidak mahu menulis, namun kekangan masa itu menyebabkan diri ini malas untuk mencoretkan secebis bingkisan di ruang maya ini. (Eceh.. Walhal pemalas sebenarnya. Alasan je tu.)

Untuk pengetahuan semua, pada minggu lepas, saya baru sahaja selesai menduduki Final Exam Semester II. Syukur, alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Semoga saya dan rakan-rakan yang lain mendapat keputusan yang cemerlang. Insya-Allah. Doakan ye!

Sumber : Google.com
Sebenarnya, kalau ikutkan hati, macam rasa gerun je pabila memikirkan soalan exam yang lepas. Masakan tidak? Rasanya macam hancur je, especially paper OSPE. Tapi takpe lah. Dah usaha sehabis baik. Sekarang ni tawakkal kepada Allah SWT. Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Oh ya! Sebelum tu, ada cerita menarik ingin dikongsikan bersama. Masa study week sebelum exam haritu, kami semua (pelajar Year 1 dan Year 2) dikehendaki mengambil slip peperiksaan kami di Exam Department. Menurut salah seorang sahabat saya, untuk mengambil slip exam tu sekejap sahaja. Jadinya, selepas makan tengahari, saya pun bergerak menuju ke Exam Department untuk mengambil slip peperiksaan.

Sampai sahaja di sana, saya mendapati nama saya anda tanda pangkah dan tidak boleh mengambil slip exam saya. Saya perlu berurusan di Account Department terlebih dahulu untuk mendapatkannya. Saya pelik, namun hanya menuruti sahaja. Hati saya resah dan gelisah kerana tidak tahu, mengapa hanya nama saya dan segelintir yang lain dipangkah. Adakah yuran pengajian saya selama ini tidak dibayar? Adakah ini? Adakah itu? Semuanya berlegar di ruang kepala saya. 

Dipendekkan cerita, setelah 4 jam menunggu untuk berurusan di Account Department, akhirnya saya berjaya bertemu dengan orang yang sepatutnya saya jumpa. Keputusannya, tidak ada apa-apa pun! Saya tidak mempunyai sebarang masalah! Saya segera bergegas ke Exam Department untuk mengambil slip saya. Bayangkanlah, empat jam menunggu! Ya Allah, betapa hati ini rasa marah, geram, penat dan lain-lain. Namun, tidaklah saya luahkan. Sedikit kekesalan berlaku kerana saya terpaksa membatalkan janji saya kepada sahabat saya Diyanah yang ingin menemaninya untuk melihat slide Histology hanya kerana terpaksa menunggu di Account Department itu :(

Kalau ikutkan hati, memang rasa nak fire je masa tu jugak. Namun, akal fikiran masih waras. Saya fikir, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Alhamdulillah, ada juga sahabat yang sudi bersusah-payah membantu saya tatkala itu. Walhal kalau ikutkan, dia boleh je pergi meninggalkan saya dan meneruskan ulang kajinya di perpustakaan kerana saya tidak minta pun bantuannya. Semoga Allah membalas jasa anda wahai sahabat! :)

Dan betul juga kata-kata seorang sahabat saya, Allah nak uji kesabaran saya. Memang sebelum ini saya akui, saya agak panas baran (bukan agak, memang panas baran pun! Hehehe). Ada hikmah untuk setiap yang berlaku. 

Baiklah, itu sahaja kisah di sebalik Final Exam Semester II saya.

Sekian, Allahu'alam.
Terima kasih kerana sudi membaca ^^
Sumber : Google.com

without wax,
haniyahaya :)

notakaki : Professional Exam tinggal lagi kurang dari dua minggu. Mohon doakan kejayaan kami agar kami semua dapat lulus dengan jayanya dan melangkah ke Year II. Insya-Allah :)




No comments: