Wednesday, July 11, 2012

Berlapang dada dan Pemaaf


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hari ni, tiba-tiba rasa rajin pulak nak mengupdate blog. (Walhal study tak habis lagi. Aigooo!!)

Okey, berbalik pada tajuk di atas. Sedikit perkongsian ingin dikongsi bersama. Actually, tajuk ni rakan seusrah saya yang sampaikan. Saya hanya berkongsikan sahaja di ruangan maya ini.

Berlapang dada dan memaafkan 

Umum mengetahui, apa itu berlapang dada dan apa itu sikap memaafkan. Namun, sejauh mana kita praktikkan dalam kehidupan seharian?

Susah berlapang dada = Penyakit hati?
Sumber : Google.com
Sikap sukar berlapang dada ini juga merupakan salah satu penyakit hati. Ya, penyakit hati! 
Anda fikir penyakit hati itu hanya berlaku jika anda telah didiagnosis mendapat liver cirrhosis? Anda salah sama sekali!
Sebenarnya, banyak contoh yang boleh kita ambil kalau kita nak kaitkan dengan sikap berlapang dada dan pemaaf ni. Contoh yang paling baik ialah Rasul kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW. Baginda merupakan suri teladan kita bukan?

Di dalam peristiwa Pembukaan Kota Makkah atau Fathul Makkah misalnya, kita dapat lihat setelah memasuki Mekah, Rasulullah SAW melakukan tawaf, mencium Hajar Aswad dan memusnahkan berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah. Selain itu, Baginda telah memaafkan dan membebaskan penduduk Makkah yang pernah menentang Islam selama ini. Lihat! Nabi Muhammad SAW sangat pemaaf. Baginda tidak menyimpan dendam terhadap musuhnya malah memaafkan mereka!

Satu peristiwa lain yang kita boleh lihat ialah antara Nabi Muhammad SAW dan juga wanita yahudi. Di zaman Rasulullah SAW dahulu, terdapat seorang wanita yahudi yang selalu mencaci Baginda, selalu meletakkan duri dan najis di sepanjang perjalanan Baginda. Namun, pada suatu hari wanita yahudi itu telah jatuh sakit. Rasulullah SAW berasa pelik dan menanyakan hal tersebut kepada orang lain. Baginda mendapat tahu bahawa wanita yahudi tersebut telah jatuh sakit. Baginda segera pergi ke rumah wanita yahudi tersebut untuk melawatnya. Wanita yahudi tersebut begitu terharu dengan sikap yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW dan meminta maaf kepada Baginda. Nabi Muhammad SAW akhirnya memaafkan wanita yahudi tersebut. Subhanallah! Sungguh murni kan sifat Rasulullah SAW? Cuba kalau kita? Ada ke kita nak maafkan orang yang dah sakiti kita? Sedangkan baru gaduh dengan jiran sebelah, dah bermasam muka muncung sedepa, inikan pula dibaling najis bagai. Allahu rabbi!

Berlapang dada dengan Allah dan manusia

Oleh yang demikian, kita haruslah memupuk sikap berlapang dada dan pemaaf dalam diri kita. Sikap berlapang dada ni bukan hanya kat manusia je, tapi dengan Allah juga!

Apa maksud berlapang dada dengan Allah? Ha...

Okey, macam ni. Cuba banyangkan. Ada dua orang yang bersahabat, A dan B. Si A ni result SPMnya jauh lebih baik daripada si B. Namun, tengok-tengok, yang dapat further study ke oversea si B. Si A ni dapat study local je. Lepas tu, mulalah si A ni merungut, " Haisy, aku ni punya result lagi baik, tapi kenapa si B yang fly?"
Sepatutnya, kalau si A ni bersikap berlapang dada kat Allah, dia takkan cakap macam tu. Kalau si A bersikap berlapang dada dengan Allah, mesti dia akan redha dengan ketentuan Allah. Percayalah! Percaturan Allah itu hebat. Sudah pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku itu. Mana tahu, nanti di alam pekerjaan, rezeki si A lebih baik? ^___^


Belajar oversea atau local?
Sumber: Google.com 

Bagaimana caranya untuk memupuk sifat berlapang dada dan pemaaf dalam diri kita?

Sumber : Google.com


1) Buat sesuatu pekerjaan dengan ikhlas
Ya, ikhlas! Anda tahu ikhlas? Bagus bagus! Mulai hari ini, ikhlaskan setiap pekerjaan yang anda lakukan. Tak kira apa sahaja dan di mana saha anda berada! Even kutip sampah tepi jalan pun, kalau anda buat dengan ikhlas, insya-Allah ganjaran pahala tetap menanti anda.

2) Sentiasa berfikiran positif

Ha, ni lagi satu. Kita ni selalu sangat nak judge orang. Bila nampak orang tu masam muka, dah kita mula buat assumption macam-macam. Contohnya, dia tu sombonglah, itulah, inilah. Walhal, kita tak tahu yang dia tu ada masalah besar dengan keluarga atau masalah dalam pelajaran. Oleh itu, sentiasalah berfikiran positif. Tak kesahlah, sama ada dengan orang ke atau apa sahaja yang berlaku terhadap kita.

3) Yakin dengan apa yang kita miliki ini semuanya milik Allah SWT

Kalau kita rasa megah sangat dengan apa yang kita ada, cuba fikir semula, adakah kita benar-benar hebat? Adakah kita boleh tandingi kekuasaan Allah SWT?

Seperti mana dalam firman Allah SWT,

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).

O people, an example is presented, so listen to it. Indeed, those you invoke besides Allah will never create [as much as] a fly, even if they gathered together for that purpose. And if the fly should steal away from them a [tiny] thing, they could not recover it from him. Weak are the pursuer and pursued.
[Al Hajj 22:73]

Ha.. Tengok! Sedangkan lalat yang sekecil makhluk ciptaan-Nya itu pun kita tak boleh nak cipta, apatah lagi seluruh Bima Sakti serta isinya. Tu pun masih nak berlagak macamlah kita ni raja sekalian alam! Heh.

Okeylah, setakat itu sahaja perkongsian buat kali ini. Semoga mendapat ibrah daripadanya. Apapun, betulkan persepsi dan pandangan kita. Jangan cepat menghukum. Siapa kita nak hukum orang? Kita Tuhan, atau Allah itu Tuhan? 

Semua ini peringatan buat diri ini terutamanya yang mudah alpa dan lalai. Andai diri ini tersasar jauh, sila tegur :)

Allahu'alam. Terima kasih kerana sudi membaca!

***
Renungi semula, sematkan dalam dada dan amalkan :)

without wax,
haniyahaya :)


No comments: