Friday, May 4, 2012

Mutiara Kata

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dah solat? Sekiranya jawapan yang anda berikan ialah 'BELUM',  saya ingin menyarankan agar anda pergi 'berjumpa' dengan Allah SWT terlebih dahulu sebelum membaca blog saya yang tidak sempurna ini :)

Okey, untuk kali ini, saya ingin bercakap tentang mutiara kata atau dalam erti kata yang lain, kata-kata nasihat atau kata-kata hikmah. Jujur saya katakan, saya memang suka dengan kata-kata hikmah; lebih-lebih lagi yang ayat sentap-sentap. Perghh!! Menusuk kalbu. 

Untuk pengetahuan semua, saya bukanlah pelajar yang mengambil bidang falsafah, bahkan bukan juga ahli falsafah yang ulung. Tapi, saya cukup minat dengan kata-kata hikmah, tak kesahlah datang dari siapa pun. Saya masih ingat, ketika saya belajar semasa di Tingkatan Dua, seorang rakan sekelas saya, Pullah sangat suka dengan kata-kata hikmah. Sampai satu tahap, dia telah mengumpul begitu banyak koleksi kata-kata hikmah ini dalam sebuah buku yang agak tebal juga. Pada ketika itu, saya masih belum lagi berminat dengan kata-kata hikmah ini. Apabila melihat koleksi kata-kata hikmah milik rakan saya itu, saya berasa cukup teruja. Tapi.. sekejap tu je lah rasa. Lepas tu tak rasa apa lagi dah pun. 

Dan saya masih ingat lagi, kalau dahulu, bila birthday kawan-kawan atau bila nak exam, saya suka bagi kad hasil tangan sendiri untuk wish kawan-kawan (nak jimat punya pasal dan juga kemalasan untuk keluar outing membeli barang). Dalam kad tu, biasanya ada kata-kata hikmah yang saya suka tulis. Kebanyakkannya saya cilok daripada majalah atau internet, dan pernah sekali, saya cilok dari koleksi Pullah :)

Kini, minat terhadap kata-kata hikmah itu kian berputik. Saya rasa, sejak habis SPM, saya mula menanam minat dengan kata-kata hikmah. Ecewaahh!! 

Okay, frankly speaking, I didn't recall, when I started to love all those inspiring quotes. But I'm 75% believed that I started to fall in love with those awesome quotes after I finished my SPM. Maybe because there was nothing much to do after that, I did Google around here and there, read lots and lots of beautiful quotes from the websites. 

Dan minat itu makin bercambah selepas saya keluar dari PLKN. Sebelum ini, saya ada nyatakan bukan bahawa PLKN tu sebenarnya banyak memberi impak kepada saya? Dan salah satunya.. ini! Minat dan cinta saya terhadap kata-kata hikmah!

Sekiranya anda perasan, di laman facebook saya juga, saya lebih gemar meletakkan status yang berbaur kata-kata hikmah. Bukan ingin menunjuk diri ini bagus sangat. Jauh sama sekali TIDAK! Tapi, saya ingin kongsikan beberapa kata-kata hikmah yang saya rasa boleh kita renungi dan ambil pengajaran bersama. Dan jujur saya katakan, bila orang mula 'like', terasa macam.. "Wah!!!". Hati ini bagaikan melonjak girang sehingga mampu melompat setinggi Burj Khalifa. Eh.

Sumber: ummubib506.blogspot.com
Bukan, bukan begitu maksud saya. Hehehehe. Jangan salah sangka pula. Tetapi ya, memang bila orang dah mula 'like' status kita, kita akan rasa gembira. Padahal baru satu dua orang yang 'like'. Namun, apa yang saya lakukan, saya cuba pujuk diri saya untuk tidak bersikap ujub, riak dan seangkatan dengannya. Saya pujuk diri saya untuk ikhlaskan diri saya menulis status-status tersebut. Jangan kira berapa ramai yang 'like', tetapi kira berapa ramai yang mendapat ibrah di sebalik status yang saya kongsikan bersama. Sama juga dengan tweet-tweet saya di laman Twitter. Tetapi kadangkala, ada masanya tweet-tweet saya itu langsung tidak memberi kebaikan kepada orang pun :p

Saya kira, mungkin dengan status-status saya itu, mungkin sedikit sebanyak boleh saya buat saham di akhirat kelak. Bukannya apa, saya fikir, untuk berdakwah dengan mengajak orang mendengar ceramah saya, memang jauh panggang dari api lah. Siapalah saya yang mampu berbuat demikian sedangkan ilmu tidak banyak di dada. Apa yang saya mampu, saya berdakwah menggunakan saluran yang ada. Saya kongsikan ayat-ayat Al-Quran yang pernah saya tadabbur, atau mungkin kata-kata hikmah yang saya perolehi menerusi laman-laman sesawang yang lain. 

Sumber : mardhatillahseeker.tumblr.com
Pernah juga saya terfikir, sekiranya Allah mencabut nyawa saya, apakah status terakhir saya di alam maya?

Status yang sebegini? 

" Cayang, I luv u soooo much. U r so shuweeeett! XOXO <3"

Atau sebegini?

" B#@%^! Kau ingat kau bagus sangat lah? Setakat dapat A, kau jangan nak berlagaklah! Pergi M*&^%$!"

Atau begini?

" Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [Ali Imraan 3:185]"

Itu sekadar renungan. Saya bukan ingin menyeru agar semua orang meletakkan status yang berupa ayat Al Quran, Hadith dan sebagainya. Itu hak masing-masing. Saya tak boleh nak paksa orang untuk buat itu ini. Saya akui, saya juga kadang-kadang terlepas pandang semasa menulis status-status di alam maya. Kadang-kadang, saya juga menulis mengikut hati dan perasaan, berlandaskan nafsu semata-mata, bukannya akal. Dan hasilnya, membawa padah kepada diri sendiri. Pernah juga beberapa kali saya ditegur oleh rakan-rakan saya. Syukur kerana masih ada rakan-rakan yang begitu baik yang sudi ingatkan kembali saya yang futur.

Oleh yang demikian, nasihat saya, kalau boleh kita sama-sama hindarkan diri daripada menulis kata-kata yang tidak baik di alam maya. Bukan apa, jika orang lain baca, mungkin sesetengah mereka akan salah faham, mungkin ada yang akan naik marah dengan kita dan macam-macam lagi implikasi negatif yang akan timbul. Dan nasihat saya juga terutamanya untuk diri saya sendiri, elakkan untuk meluahkan segala yang terbuku di hati di alam maya. Jikalau marah atau tak puas hati, hindarilah daripada menulis di alam maya. Sebab alam maya bukanlah tempat yang terbaik untuk kita meluahkan segala-galanya. Kita ada Tuhan. Allah itu Maha Mendengar. Alangkah lebih baik jika kita mengadu kepada-Nya kerana sudah pasti Dia akan mendengar segala rintihan hati kita :)

Sumber : safwanitadlmkaca.tumblr.com
Sekian sahaja buat kali ini. Saya meminta maaf andai entri pada kali ini menyinggung perasaan mana-mana pihak. 

Allahu'alam.

without wax,
haniyahaya :)

No comments: