Friday, May 4, 2012

Cuti

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk terus hidup di bumi milik-Nya ini. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW.

Seperti yang anda semua sedia maklum, blog ini semakin hilang serinya, kian menyepi. Lihat sahajalah entri pada tahun ini. Bulan April hanya satu entri sahaja. Oh tidak! Teruknya.. :(

Untuk makluman semua, saya kini berada di rumah yakni di Bangi. Wah, sungguh seronok berada di rumah sendiri. Apa yang paling menarik ialah tidak perlu fikir soal makanan! Wohooo!! 

Sumber : deviantart.com
Al-maklum sahajalah, kalau berada di rumah sewa di Shah Alam, sudah pasti pagi tu akan mula fikir, " Petang ni nak makan apa ye?" Walhal, kelas pun tak mula lagi. Kalau puasa sunat pada hari itu, lagilah teruk. Lepas sahur kadang-kadang siap dah fikir nak buka apa. Haihlaa... -____-"

Namun, pejam celik, pejam celik.. Cuti semakin tiba ke penghujungnya. Logbook dan seminar tak buat lagi. MasyaAllah. Ye ye o je dulu nak manfaatkan cuti sebaiknya. Tapi.. hasilnya? Masa saya banyak dihabiskan dengan menonton televisyen (kira ni lepas rindu sebab kat rumah sewa takde TV) dan juga berhibernasi mengalahkan beruang kutub di Artik sana. Eh.

Mengira detik cuti untuk habis. Eh.
Sumber : devianart.com
Oh ya! Pada hari Sabtu yang lepas, saya berkesempatan menghadiri kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal di Surau An-Nur, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi bersama ibu saya. Subhanallah. Sungguh banyak input yang saya dapat dan sekali gus dapat mentarbiyyahkan diri ini dengan santapan rohani yang sungguh kool dan osem lagi bergaya. Eh.

Insya-Allah, segala input yang saya dapat akan saya kongsikan dalam entri akan datang. Berkenaan dengan entri semasa menyertai i-Fest dan Fiqh Medic, Insya-Allah akan saya usahakan juga. 

Sekian, 

Allahu'alam.

without wax,
haniyahaya :)

No comments: