Sunday, May 20, 2012

Happy Birthday!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kita masih lagi diberikan kesempatan untuk terus hidup di muka bumi ini. Syukur Ya Allah!

Tanggal 8 Mei 2012 yang lalu, Alhamdulillah, saya telah menginjak ke usia 19 tahun. Syukur alhamdulillah. Tapi usia 19 tahun tu hanyalah sekadar angka. Yang membuatkan saya terfikir, selama 19 tahun saya hidup, berapa banyak amalan yang telah saya lakukan yang betul-betul mendapat keredhaan-Nya? Selama 19 tahun, adakah hidup saya banyak terisi dengan perkara bermanfaat? Selama 19 tahun ini juga, adakah cukup bekalan untuk di bawa ke hari akhirat? Masya Allah.

Malam itu, sebelum saya tidur, sempat juga saya bermuhasabah. Andai ditakdirkan Allah cabut nyawa saya ketika itu jua, adakah saya ini akan termasuk dalam golongan yang beriman dan beramal soleh? Cukupkah amalan saya sebelum ini? Masya Allah, sungguh aku ini hanyalah hamba-Mu yang hina dan tidak lari daripada dosa. Sungguh kerdil diri ini ya Allah!

Sedar atau tidak sebenarnya, semakin meningkat usia, semakin dekat kita dengan kematian. Ya! Kematian. Bukankah kematian itu suatu perkara yang pasti?

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".

Say, "Indeed, the death from which you flee - indeed, it will meet you. Then you will be returned to the Knower of the unseen and the witnessed, and He will inform you about what you used to do." 
[Al Jumu'ah 62:8]

Ayuh, sama-sama kita muhasabah diri kita. Sama-sama kita beramal untuk mengejar redha-Nya. Kalau nak dibandingkan dengan Imam Shafie, subhanallah! Ibarat langit dengan bumi. Imam Shafie ketika umur 10 tahun sudah menghafal 100,000 hadith, cuba bayangkan cahaya muka dia macam mana? Kita umur 10 tahun main je tahu. Hafal Al-Quran pun masih merangkak-rangkak. T___________T

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang wish dan doakan saya, tak kira melalui call, sms, facebook, twitter ataupun secara muka-ke-muka (face-to-face)
(eleh, bajet artis pulak heh!)
Jazakumullahu khairan kathira! Saya hargai sangat-sangat wish dan juga doa kalian! Saya juga mendoakan kesejahteraan kalian. Semoga kita semua dirahmati Allah! Insya Allah :)

Akhir kata, terima kasih juga kepada yang beri hadiah. Serius, terharu! :')

An early birthday cake from my family.
Well, an early birthday cake is not a crime, isn't? ^^
Thank you Nur Arina Nafisah Mohd Aznan for this book!

This one is from Alyaa' Diyanah Fadzlan.
I've been looking for this handsocks for awhile! <3
A very cute bookmark from Aina Sakina Mohd Jamil :D
From Fatin Aqilah Hasnan a.k.a FA.
I just love chocolate!!
From Mimi Amira Ramlee :)
Also from Mimi. A handmade quotes book. Lovely <3
This one is from Ainnur-Ashirah Kamisan.
I really like it!
This one is from my bestfriend,
Fateh Izani Ishak. Thank you dear!

Okey, itu sahaja yang hendak dikongsikan bersama. Terima kasih kepada semua. Muchas gracias!
May Allah bless ^^

Oh ya! Before I forget..




without wax,
haniyahaya :)

Friday, May 4, 2012

Mutiara Kata

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dah solat? Sekiranya jawapan yang anda berikan ialah 'BELUM',  saya ingin menyarankan agar anda pergi 'berjumpa' dengan Allah SWT terlebih dahulu sebelum membaca blog saya yang tidak sempurna ini :)

Okey, untuk kali ini, saya ingin bercakap tentang mutiara kata atau dalam erti kata yang lain, kata-kata nasihat atau kata-kata hikmah. Jujur saya katakan, saya memang suka dengan kata-kata hikmah; lebih-lebih lagi yang ayat sentap-sentap. Perghh!! Menusuk kalbu. 

Untuk pengetahuan semua, saya bukanlah pelajar yang mengambil bidang falsafah, bahkan bukan juga ahli falsafah yang ulung. Tapi, saya cukup minat dengan kata-kata hikmah, tak kesahlah datang dari siapa pun. Saya masih ingat, ketika saya belajar semasa di Tingkatan Dua, seorang rakan sekelas saya, Pullah sangat suka dengan kata-kata hikmah. Sampai satu tahap, dia telah mengumpul begitu banyak koleksi kata-kata hikmah ini dalam sebuah buku yang agak tebal juga. Pada ketika itu, saya masih belum lagi berminat dengan kata-kata hikmah ini. Apabila melihat koleksi kata-kata hikmah milik rakan saya itu, saya berasa cukup teruja. Tapi.. sekejap tu je lah rasa. Lepas tu tak rasa apa lagi dah pun. 

Dan saya masih ingat lagi, kalau dahulu, bila birthday kawan-kawan atau bila nak exam, saya suka bagi kad hasil tangan sendiri untuk wish kawan-kawan (nak jimat punya pasal dan juga kemalasan untuk keluar outing membeli barang). Dalam kad tu, biasanya ada kata-kata hikmah yang saya suka tulis. Kebanyakkannya saya cilok daripada majalah atau internet, dan pernah sekali, saya cilok dari koleksi Pullah :)

Kini, minat terhadap kata-kata hikmah itu kian berputik. Saya rasa, sejak habis SPM, saya mula menanam minat dengan kata-kata hikmah. Ecewaahh!! 

Okay, frankly speaking, I didn't recall, when I started to love all those inspiring quotes. But I'm 75% believed that I started to fall in love with those awesome quotes after I finished my SPM. Maybe because there was nothing much to do after that, I did Google around here and there, read lots and lots of beautiful quotes from the websites. 

Dan minat itu makin bercambah selepas saya keluar dari PLKN. Sebelum ini, saya ada nyatakan bukan bahawa PLKN tu sebenarnya banyak memberi impak kepada saya? Dan salah satunya.. ini! Minat dan cinta saya terhadap kata-kata hikmah!

Sekiranya anda perasan, di laman facebook saya juga, saya lebih gemar meletakkan status yang berbaur kata-kata hikmah. Bukan ingin menunjuk diri ini bagus sangat. Jauh sama sekali TIDAK! Tapi, saya ingin kongsikan beberapa kata-kata hikmah yang saya rasa boleh kita renungi dan ambil pengajaran bersama. Dan jujur saya katakan, bila orang mula 'like', terasa macam.. "Wah!!!". Hati ini bagaikan melonjak girang sehingga mampu melompat setinggi Burj Khalifa. Eh.

Sumber: ummubib506.blogspot.com
Bukan, bukan begitu maksud saya. Hehehehe. Jangan salah sangka pula. Tetapi ya, memang bila orang dah mula 'like' status kita, kita akan rasa gembira. Padahal baru satu dua orang yang 'like'. Namun, apa yang saya lakukan, saya cuba pujuk diri saya untuk tidak bersikap ujub, riak dan seangkatan dengannya. Saya pujuk diri saya untuk ikhlaskan diri saya menulis status-status tersebut. Jangan kira berapa ramai yang 'like', tetapi kira berapa ramai yang mendapat ibrah di sebalik status yang saya kongsikan bersama. Sama juga dengan tweet-tweet saya di laman Twitter. Tetapi kadangkala, ada masanya tweet-tweet saya itu langsung tidak memberi kebaikan kepada orang pun :p

Saya kira, mungkin dengan status-status saya itu, mungkin sedikit sebanyak boleh saya buat saham di akhirat kelak. Bukannya apa, saya fikir, untuk berdakwah dengan mengajak orang mendengar ceramah saya, memang jauh panggang dari api lah. Siapalah saya yang mampu berbuat demikian sedangkan ilmu tidak banyak di dada. Apa yang saya mampu, saya berdakwah menggunakan saluran yang ada. Saya kongsikan ayat-ayat Al-Quran yang pernah saya tadabbur, atau mungkin kata-kata hikmah yang saya perolehi menerusi laman-laman sesawang yang lain. 

Sumber : mardhatillahseeker.tumblr.com
Pernah juga saya terfikir, sekiranya Allah mencabut nyawa saya, apakah status terakhir saya di alam maya?

Status yang sebegini? 

" Cayang, I luv u soooo much. U r so shuweeeett! XOXO <3"

Atau sebegini?

" B#@%^! Kau ingat kau bagus sangat lah? Setakat dapat A, kau jangan nak berlagaklah! Pergi M*&^%$!"

Atau begini?

" Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [Ali Imraan 3:185]"

Itu sekadar renungan. Saya bukan ingin menyeru agar semua orang meletakkan status yang berupa ayat Al Quran, Hadith dan sebagainya. Itu hak masing-masing. Saya tak boleh nak paksa orang untuk buat itu ini. Saya akui, saya juga kadang-kadang terlepas pandang semasa menulis status-status di alam maya. Kadang-kadang, saya juga menulis mengikut hati dan perasaan, berlandaskan nafsu semata-mata, bukannya akal. Dan hasilnya, membawa padah kepada diri sendiri. Pernah juga beberapa kali saya ditegur oleh rakan-rakan saya. Syukur kerana masih ada rakan-rakan yang begitu baik yang sudi ingatkan kembali saya yang futur.

Oleh yang demikian, nasihat saya, kalau boleh kita sama-sama hindarkan diri daripada menulis kata-kata yang tidak baik di alam maya. Bukan apa, jika orang lain baca, mungkin sesetengah mereka akan salah faham, mungkin ada yang akan naik marah dengan kita dan macam-macam lagi implikasi negatif yang akan timbul. Dan nasihat saya juga terutamanya untuk diri saya sendiri, elakkan untuk meluahkan segala yang terbuku di hati di alam maya. Jikalau marah atau tak puas hati, hindarilah daripada menulis di alam maya. Sebab alam maya bukanlah tempat yang terbaik untuk kita meluahkan segala-galanya. Kita ada Tuhan. Allah itu Maha Mendengar. Alangkah lebih baik jika kita mengadu kepada-Nya kerana sudah pasti Dia akan mendengar segala rintihan hati kita :)

Sumber : safwanitadlmkaca.tumblr.com
Sekian sahaja buat kali ini. Saya meminta maaf andai entri pada kali ini menyinggung perasaan mana-mana pihak. 

Allahu'alam.

without wax,
haniyahaya :)

Cuti

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk terus hidup di bumi milik-Nya ini. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW.

Seperti yang anda semua sedia maklum, blog ini semakin hilang serinya, kian menyepi. Lihat sahajalah entri pada tahun ini. Bulan April hanya satu entri sahaja. Oh tidak! Teruknya.. :(

Untuk makluman semua, saya kini berada di rumah yakni di Bangi. Wah, sungguh seronok berada di rumah sendiri. Apa yang paling menarik ialah tidak perlu fikir soal makanan! Wohooo!! 

Sumber : deviantart.com
Al-maklum sahajalah, kalau berada di rumah sewa di Shah Alam, sudah pasti pagi tu akan mula fikir, " Petang ni nak makan apa ye?" Walhal, kelas pun tak mula lagi. Kalau puasa sunat pada hari itu, lagilah teruk. Lepas sahur kadang-kadang siap dah fikir nak buka apa. Haihlaa... -____-"

Namun, pejam celik, pejam celik.. Cuti semakin tiba ke penghujungnya. Logbook dan seminar tak buat lagi. MasyaAllah. Ye ye o je dulu nak manfaatkan cuti sebaiknya. Tapi.. hasilnya? Masa saya banyak dihabiskan dengan menonton televisyen (kira ni lepas rindu sebab kat rumah sewa takde TV) dan juga berhibernasi mengalahkan beruang kutub di Artik sana. Eh.

Mengira detik cuti untuk habis. Eh.
Sumber : devianart.com
Oh ya! Pada hari Sabtu yang lepas, saya berkesempatan menghadiri kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal di Surau An-Nur, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi bersama ibu saya. Subhanallah. Sungguh banyak input yang saya dapat dan sekali gus dapat mentarbiyyahkan diri ini dengan santapan rohani yang sungguh kool dan osem lagi bergaya. Eh.

Insya-Allah, segala input yang saya dapat akan saya kongsikan dalam entri akan datang. Berkenaan dengan entri semasa menyertai i-Fest dan Fiqh Medic, Insya-Allah akan saya usahakan juga. 

Sekian, 

Allahu'alam.

without wax,
haniyahaya :)