Wednesday, April 11, 2012

Sepi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW.

Pejam celik-pejam celik, ni dah masuk bulan April. Wah! Cepatnya masa berlalu. Dan bila lihat semula blog yang dibiarkan sepi tanpa bicara, mak aihhh.. Lamanya dah tak tulis apa-apa.

Kalau ikutkan, banyak juga benda nak cerita. Tapi disebabkan laptop rosak dan sedang dibaiki (ni dah sebulan lebih laptop rosak) dan juga sepanjang bulan Mac lepas saya teramat-amat sibuk (ecewaahhh!!).

16 Mac hingga 18 Mac, dan juga 23 Mac hingga 25 Mac yang lepas, saya dan rakan-rakan telah ber'jaulah' ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) untuk program iFest. Untuk pengetahuan semua, program iFest atau nama penuhnya Islamic Festival merupakan program yang dianjurkan oleh pihak UTP yang mana telah menggabungkan tiga acara besar, iaitu Ladies Valencies (LV), Seminar Fiqh Dakwah Mahasiswa (SFDM) dan juga Heart For Islam (H4I). Program ni berlangsung selama tiga minggu berturut-turut. Tu serba sedikit tentang iFest. Kalau nak info lebih lanjut, sila klik di sini

i-Fest ^__^
Okey, cerita satu-satu lah. Karang pening pula. Hehehe. Untuk 16 Mac hingga 18 Mac, seramai 6 orang yang menyertai jaulah ini. (Perghh.. ayat tak menahan.Macam nak buat karangan berformat laporan pula.) Aina, Alyaa', Arina, Fatin Aqilah (aka FA),Mimi dan juga saya telah menyertai jaulah ke UTP ni. 

Kitorang pergi naik KTM. Mula-mula ingatkan tren tu ETS yang cantik lagi bergaya serta laju tu, alih-alih.. Indah khabar dari rupa. Rupanya salah beli tiket. Bukannya ETS, namun tren KTM biasa. Takpelah. Mungkin kami takde rezeki nak naik ETS masa tu. Jadi, naik je lah. Kami bertolak dari KL Sentral pukul 9 malam dan akhirnya sampai ke stesen KTM Batu Gajah pada pukul 12.20 pagi. Mula-mula seram jugak lah kan. Mana taknye. Tu dah lah tempat orang, kitorang pulak bukan kenal siapa-siapa. Pagi-pagi pulak tu. Alhamdulillah ada akak dari UTP, Kak Hazwani dan rakan-rakan lain sudi tunggu kitorang kat situ. Jadi tak de lah takut mana. Syukur Alhamdulillah!

Sampai di UTP dalam pukul 1 lebih. Penat tu memang penat. Alhamdulillah, ramai yang sudi tumpangkan kami tidur di bilik mereka. Normi, Izzaty, Leya, Fiqah, Hawa dengan Fatihah. Memang jasa kalian takkan dilupakan sampai bila-bila! 

Esok paginya, ada program 'In The Pink'. Sebelum pergi tu kami sempat bersarapan dulu. Memang teruja sebab makanan kat UTP murah-murah. Hahaha! Lepas tu teruja lagi bila tengok bangunan kat UTP. Chancellor Hall, library dan lain-lain. Memang sumpah osem! :D

The library was behind us. Coolio aite?
Enjoying the breeze air near the lake..err
Inside of the mosque.
Top view.

Subhanallah!

Outside the Chancellor Hall.
Night view.
Pagi tu ada ceramah oleh pakar pemakanan. Memang banyak input dapat. Lepas tu pulak ada ceramah pasal 'Breast Cancer and Pap Smear' oleh Dr Yuhanis. Mula-mula Dr Yuhanis tanya, ada tak student medic kat sini? Kitorang dengan sukarela pun angkat lah tangan. Tup tup, banyak pula soalan yang beliau tanya. Ada tu dapat jawab, ada tu tak. Mak aihh.. Malu sungguh bila tak dapat jawab. 
Kesimpulan : Kena banyak baca buku lagi!

Program keesokan harinya (18/3/2012) merupakan program yang ditunggu-tunggu. Program 'Let's Re-Brain' oleh Prof Dr Muhaya. Siapa tak kenal dengan Prof Dr Muhaya kan? Dan Subhanallah! Input daripada program tu sangat-sangat banyak. Dan perkara paling best, siap dapat bergambar dengan Prof dan dapat autograf beliau lagi. Wohooo!! Pesan Prof Dr Muhaya, " Follow all those written in the book. All the best for you!" 
The ticket for 'Let's Re-Brain' programme
Inside the Chancellor Hall. Awesome!
with Prof Dr Muhaya :)
credit : Aina Sakina Mohd Jamil
Insya Allah Prof, I will try my best to be a good doctor one day! :)

Minggu depannya pula, 23 Mac hingga 25 Mac 2012, saya dan Mimi ber'jaulah' sekali lagi ke UTP untuk program Seminar Fiqh Dakwah Mahasiswa (SFDM). Dan Alhamdulillah, kali ni dapat naik ETS. Tak salah lagi! Hehehe. Dan kali ni, kami tiba awal di UTP. Dalam pukul 10 lebih macam tu dah sampai dah sebab bertolak awal. 

From left : Bro Lim Jooi Soon and Ustaz Mohd Amin Yaacob
Program SFDM ni serius best! Panel yang terlibat ialah Brother Lim Jooi Soon, Ustaz Mohd Amin Yaacob dan juga Brother Firdaus Wong Wai Ho. Basically, program ni membicarakan tentang Perbandingan Agama. Alhamdulillah, ramai juga peserta. Program 2 hari tu memang banyak memberi kesedaran kepada kami semua dan juga ilmu baru yang mungkin takkan dapat diperoleh dalam kelas. (Just imagine, ada ke kelas Anatomy nak cakap pasal perbandingan agama? Aiseymen..)

Untuk program H4I, kami tak dapat pergi. Sedih juga sebab tengok tentatif program, semua best-best belaka. Takde rezeki. InsyaAllah, mungkin di masa akan datang :)

Dan akhir sekali, 31 Mac 2012 yang lalu, Diyanah, Hidayu, Mimi, Jiha dan saya telah menyertai program Seminar Fiqh Medic di International Medical University (IMU), Bukit Jalil. Program ni pun menarik juga! Antara penceramah yang terlibat ialah Ustaz Ismat dan Dr Zainur Rashid. Ustaz Ismat punya slot memang sangat best. Memang langsung tak mengantuk. Ada je benda yang tak kering gusi dibuatnya. Slot dengan Dr Zainur Rashid sangat bermakna dan memberi semangat! Beliau banyak cerita pengalaman beliau, so it was really really inspiring for us! Tambahan pula, dapat jumpa Aneeza (aka Aney) dan Dilah masa program tu. Hehehe! Reunion TGB sebentar. Eh. 
Terima kasih buat Aney yang sudi bagi Tinta Mas edisi ke-27! FOC pulak tu :)

With Hippocratic Oath at IMU
credit : Dilah (thanks for the picture!)
And of course, the Muslims also have our own oath too! This is much better!

In front of the IMU
Demikian sahajalah rentetan cerita untuk bulan lepas. Oh ya! Saya tak dapat pergi program MyGMJ tu walaupun program tu tersangatlah dekat dengan MSU. Hal ini disebabkan saya terpaksa pulang ke rumah pada hari Jumaat tersebut. Serius cemburu melihat rakan-rakan dok bercakap tentang MyGMJ tu.

Untuk bulan April ni, sebenarnya banyak juga program-program menarik yang diajak oleh sahabat-sahabat yang lain, namun terpaksa ditolak secara baik memandangkan musim peperiksaan bakal tiba sebentar lagi yakni pada hujung bulan ini. Kalau ikutkan hati, nak je pergi semua program-program tu. Bila hujung minggu tidak ber-program, rasa macam janggal. Pelik bukan?

Baiklah, sekian sahaja buat kali ini. Untuk post yang akan datang, mungkin saya akan kongsikan input-iput yang saya peroleh sepanjang program-program tersebut. InsyaAllah. Semoga saya rajin untuk menulis entri-entri yang seterusnya. Hehehe :)

Allahu'alam.
May Allah bless! ^^

without wax,
haniyahaya :)


notakaki : Susunan gambar tak begitu teratur. Harap maaf.

No comments: