Sunday, February 12, 2012

Demam Peperiksaan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Entri ini pendek sahaja. Saya berani jamin. 
Minggu depan saya dan rakan-rakan bakal menduduki Final Exam Sem I kami.
Insya Allah, perjuangan ini mesti diteruskan. Walaupun saya tahu, saya banyak lagi tak cover. Banyak lagi benda yang tak baca. Apa-apa pun, kita dah berusaha. Usaha kita pun bukan setakat baca buku. Datang kelas, dengar apa yang lecturer ajar pun tu dikira usaha. Allah Maha Mengetahui setakat mana usaha kita. Dan apa-apa pun, kita perlu bertawakkal kepada Allah sebab Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Didoakan agar kita semua diberikan kemudahan untuk menjawab soalan dan diberikan kejayaan yang cemerlang. Insya Allah :) 



Doakan kejayaan kami bersama! 


Final Exam... Let's bring it on!


without wax,
haniyahaya :)

No comments: