Tuesday, January 24, 2012

Menjadi seorang semi-OCD atau perfectionist

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Topik yang dibincangkan pada hari ini ialah berkenaan dengan OCD atau nama penuhnya ialah Obsessive-Compulsive Disorder dan juga perfectionism.

Apakah yang dimaksudkan dengan OCD itu? Menurut Pak Cik Wiki;
Obsessive–compulsive disorder (OCD) is an anxiety disorder characterized by intrusive thoughts that produce uneasiness, apprehension, fear, or worry, by repetitive behaviors aimed at reducing the associated anxiety, or by a combination of such obsessions and compulsions. 
Fahamkah kalian? Pendek kata, OCD ni sebenarnya satu penyakit yang mana sesorang itu akan berasa terganggu terhadap pemikiran mereka. Mereka seringkali bersa resah, takut, bimbang dan sebagainya. Oleh itu, mereka sering melakukan tindakan berulang kali untuk tujuan mengurangkan keresahan dan kebimbangan tersebut. Maaflah andai maksud ni tak bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh Pak Cik Wiki. Aku hanya pakai main translate ikut sesedap rasa saja. Hehehe.

Untuk makluman kalian, aku rasa aku merupakan salah seorang yang menghidap OCD. Err.. Taklah kronik. Semi-OCD, can ah? Aku bukanlah tahap kronik yang setiap kali kalau nak basuh tangan tu, siap sampai guna 2, 3 buku sabun baru. Aku pun bukanlah jenis yang setiap malam before nak tidur kena buka tutup buka tutup lampu dekat lima, enam kali. Uuuu~~ Jenuh lah oii!
Source : Google.com

Cumanya, apa yang aku nak cakapkan kat sini. Aku dikategorikan sebagai semi-OCD sebab aku ni suka sangat dengan kekemasan. Obses tu tak lah sangat. Err..Sikit-sikit adalah kot. *Apa punya bahasa lah yang kau pakai ni. Berbelit-belit. -___________-

Sebagai contoh, aku mempunyai tabiat yang kalau susun baju dalam almari, mesti ikut warna dan jenis hanger atau penyangkut baju. Dan pernah juga kadang-kadang, aku susun baju ikut warna dia. 

Lepas tu, aku jenis kalau lipat baju kan, kalau boleh nak sama bucu-bucu baju tu. Ala, kalau macam kat shopping complex tu kan, kalau dia lipat baju tu kan, lawa je. Semua sama pesen. Whoa!! Teruja betul. Tetapi tatkala kemalasan berganda-ganda tahap dewa, benda ni adalah suatu perkara yang mustahil untuk terjadi. Serius. Hehehe :p

Suka betul kalau dapat lipat baju cenggini!! :)
Sumber: Google.com
Seperkara lagi, aku pantang sikit kalau nampak kertas atau buku aku terkelepet atau terlipat atau sama waktu dengannya. Aku tak suka. Kalau boleh, nak je kertas tu nampak macam baru. Tu pasal kadang-kadang, aku berat hati juga nak bagi pinjam homework atau apa sahaja kat kawan-kawan aku masa zaman sekolah dulu. Nak-nak zaman sekolah rendah. Bukan apa. Aku takut nanti bila dah bagi pinjam, habis lunyai aku punya kertas atau buku. Hohoho~ Tak senonoh betulkan perangai? Nak buat macam mana. Dah habit. Aigooo~~

Ah..Lupa pulak. Aku ada satu habit ni jugak. Aku jenis yang tak suka tangan aku kotor. Meaning to say that, sometimes aku suka basahkan tangan aku. Entah lah. Aku rasa kurang selesa, dan rasa macam..eww..germs! *with British accent
Kadang-kadang tu kan, kalau dah terdesak tak de air paip atau hand sanitizer, aku bantai je basuh pakai air masak yang aku bawak bekal. Pakai sikit-sikit je air. Cukuplah buat rasa lembap-lembap kat tangan. Hehehe :)

Sebenarnya, kalau ikutkan payah juga menjadi seorang yang semi-OCD atau perfectionist ni. Mesti ramai gila orang yang tak boleh tahan dengan perangai kita. Haiyooo! Dan ikutkan, aku ni tak lah dalam kategori bahaya. Still okey lagi. Maybe orang je lah yang akan rasa annoying gila tahap gaban. Eh?

Yeah! It can be 'torture' sometimes.
Source: Google.com
Okey. Itu sahaja coretan buat kali ini. Aku tahu, korang mesti akan kata, ntahapepape je post dia nih. Well, that's me. 

Last but not least,

Source : http://www.greatest-inspirational-quotes.com


***
“Everything we know by heart enriches us and helps us find ourselves. If it should get in the way of finding ourselves, it is because we have no personality.”
 Nadia Boulanger 



"An individual's self-concept is the core of his personality. It affects every aspect of human behavior: the ability to learn, the capacity to grow and change. A strong, positive self-image is the best possible preparation for success in life."
-Dr Joyce Brothers


without wax,
haniyahaya :)

1 comment:

CORETAN BINTANG :) said...

ak pun ada sikit. err. obses dengan gajet. pergi mana mana mesti nak tgk, update walaupun sebenarnya deprssd giler tk dpt beli. tp aku rs, byk org ada bnda ni sama ada sedar atau tidak:)