Saturday, January 21, 2012

Kahwin


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allaw SWT kerana dengan izinNya, kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup di muka bumi ini. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat Baginda.

Ha.. Bila baca tajuk kat atas, pasti ramai yang akan tertanya-tanya, "Eh, kau nak kahwin ke Hani oii?"
Hahaha~ Jawapannya : Tidak. Tidak sama sekali buat masa ini. Saja je tu. Tajuk kasi gempak. Kalau tajuk tak gempak cenggitu, confirm korang tak nak bacakan? Hehehe~ *okey, ni ayat puji diri sendiri. Cett!! 

Actually bukan apa. Saja je cerita pasal topik ni, memandangkan topik ni agak popular sekarang. Sama hot dengan One Direction tu. Wohooo! Eh.

Frankly speaking, I have no idea what is marriage is actually about. Err.. No. Just exagerrating there. lol. But the truth is, I am so hopeless and helpless when it comes to the topic about marriage, love and things like that. 

Oh, well. Mungkin yang ada akan cakap, alah.. ye je kau ni. Mustahil. Okey, memang betul. Biasalah tu, siapa yang tak mahu disayangi dan menyayangi. Itu fitrah. Dah memang Allah jadikan setiap manusia tu berpasang-pasangan, ye tak? Dan aku amat gembira sekali bila dapat tahu ada dalam kalangan rakan-rakan aku yang nak bertunang segala bagai. Alhamdulillah :)

Namun, apa yang ingin diperkatakan di sini ialah.. Perkahwinan itu bukan satu perkara yang boleh dibuat main. Perkahwinan itu bukan sekadar ikatan sah antara lelaki dan perempuan. Benda tu bukannya macam permainan kahwin-kahwin yang biasa kita main masa kecik-kecik dulu. Oh! Nehi..nehi.

Bagi aku, memang seronok bila bercakap tentang kahwin ni. Tapi fikir balik, betul ke ni kita nak kahwin? Kenapa kita nak kahwin dengan pasangan kita tu? Sebab apa? Dah cukup sempurnakah kita untuk menjadi seorang isteri/suami? Cukup sempurnakah kita untuk menjadi seorang ibu/ayah kepada bakal anak-anak kita kelak? Macam-macam persoalan yang akan menjengah ke dalam fikiran.

“Abu Hurairah related that Rasulullah SAW, said:
People marry women for four reasons:
for their money, for their rank, for their beauty and for their religion,
but marry one who is religious and you will succeed.” [Bukhari, Muslim]
Source : destinationjannah.tumblr.com

Sebenarnya, bukan aku nak halang kahwin pada usia muda ke apa. Malah aku sangat-sangat menyokongnya. Yelah, takde lah nanti buat maksiat ke apa kan? Dan tak de lah nanti timbul fitnah. Habis kecoh sekampung. Hohoho. Cumanya, bagi aku biarlah dahulu. Aku rasa komitmen aku terhadap pelajaran lagi penting berbanding perkahwinan. Bukan apa, kalau boleh, biarlah aku gembirakan hati ibu bapa aku dulu kan. Mereka yang lahirkan dan besarkan aku. So, dengan cara ini sedikit sebanyak boleh balas jasa mereka :)

Tambahan pula, aku belajar ni pun syukur Alhamdulillah under ____. Best tu memang best sebab tak perlu fikir, mana nak cekau duit sebanyak tu untuk bayar yuran pengajian segala bagai tu. Tapi, fikirkan balik, duit tu sebenarnya duit rakyat. Duit rakyat yang telah diamanahkan kepada aku untuk digunakan dengan sebaiknya untuk belajar. Kalau aku joli sakan, nak jawab apa kat akhirat nanti? Masya Allah. Moga dijauhkan hendakNya.

Jadi, memang besar amanah dan tanggungjawab yang diberikan itu. Bila memikirkan soal kahwin tu, aku mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja. Bila kawan-kawan sembang tu, join je lah jugak. Mana tahu dapat info tambahan. Tapi untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, mungkin tidak. Nak kahwin dengan siapa pun aku tak tahu. Calon tiada. Sekian, harap maklum :)
Masih perlu bergelumang dengan buku-buku pelajaran.
A doctor in the making, InshaAllah :)
Sumber : Google.com
Di samping itu juga, aku rasa, aku tak layak lagi untuk menjadi seorang zaujah. Masih banyak lagi benda yang nak kena ubah itu ini. Maklumlah, aku ni pun bukan baik bebenor. Sekali mak mertua aku suruh masak, kemas rumah, buat itu ini.. Perghh!! Habislah.. I'm totally doomed! Hohoho~ *gelak gaya Sin Chan sambil meniru aksi Action Kamen

Teringat pula kata-kata Shaykh Abdul Bary Yahya ;
"Guys, if your mother is still doing all of your laundry and you don't know how to help out around the house...you're not ready for marriage. Don't expect your wife to just be a mother with perks."
Sounds cool huh? Even though it is for guys, but I think the girls should take note too :)

Kesimpulannya, aku rasa kahwin tu memang seronok. Nak-nak kalau kita bercinta selepas kahwin kan. Lagi terasa keseronokkan itu. Bak kata Brother Aiman dalam cerita Cinta SMS;
"Bila lafaz cinta itu halal, memang lain rasanya."
-Aiman Azlan; Cinta SMS (Ep.10) - Episod Terakhir  [Klik di sini untuk baca kisah ini] 
Tapi sebelum tu, aku rasa baik kita improve diri kita dulu. Biar kita jadi hambaNya yang patuh dan taat kepada suruhanNya. Insya Allah, jodoh kita dalam kalangan orang yang baik-baik akan datang juga suatu hari nanti. Kita serahkan semuanya kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Dan sudah semestinya, cinta kepada Yang Maha Pencipta itu lebih agung berbanding cinta yang lain. Ayuh, mari kita semai cinta kepada Ilahi terlebih dahulu sebelum menyemai cinta untuk orang yang belum halal lagi buat kita!

Sumber : catatansebutirpasir.tumblr.com

A self-reminder :)
Source : intan-nurhadilah.tumblr.com

Sekian, Allahu'alam :D

“Whichever of you is capable should marry for it will aid him in lowering his gaze and guarding his body (from sin). As for the one who is not capable, fasting is his protection.” 
(An-Nasaa’i - sahih)

without wax,
haniyahaya :)

nota kaki 1: Entri ini merupakan pendapat saya sendiri dan juga sebagai muhasabah untuk diri sendiri. Saya bukan sesiapa pun untuk paksa anda membaca. Maaf, jika anda rasakan entri ini seperti membuang masa. Moga kita semua terus dalam cinta Allah. Insya Allah!


nota kaki 2: Buat sahabat-sahabat yang sudah bercadang untuk mendirikan rumah tangga, tahniah saya ucapkan. Jangan lupa untuk jemput saya ke majlis walimah anda ye! Saya terfikir juga, siapakah sahabat saya yang bakal mengadakan walimahnya terlebih dahulu :)

No comments: