Tuesday, January 10, 2012

Aduh, sakitnya!


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan rezeki dan kurniaNya yang tidak ternilai sehingga kini. Syukur, Ya Allah!

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Then which of the favours of your Lord will you deny? [Ar Rahman 55:13]
Sebenarnya, banyak sekali benda yang nak diceritakan. Namun, atas sebab-sebab tertentu, penulisan blog ini akhirnya berakhir dalam ruangan draft sahaja. Hehehe.

Oh, sebelum itu. Masih tidak terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru. *walaupun hari ni sudah 10 Januari, tapi nak ucap jugak! 
Semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan menyuntik nafas dan semangat baru untuk diri kita dalam usaha untuk menjalani kehidupan seharian. Insya Allah. 

Kebiasaannya, bila dah masuk tahun baru ni, orang akan berkata tentang azam. Bagaimana dengan azam tahun baru anda? Ada ke tak? Tak pun sama je macam tahun sudah? Jika belum ada, buatlah satu sekarang! Bukan apa, takkan kita nak berada di takuk yang lama je sepanjang sama. Betul tak? Kita mesti nak ada peningkatan dalam diri kita. 

Analogi mudah, takkan kita selama-lamanya nak jadi budak darjah satu. Dok kat kelas belajar ABC, 123. Tak teringin ke nak belajar benda lain macam Sains, Biologi, Kimia, Fizik semua tu? Tak teringin ke nak bekerja dan pegang duit sendiri? Sudah tentu kita nak sesuatu yang lebih baik daripada keadaan kita sebelum ni? Ye tak?

Dugaan Tahun Baru

Baru-baru ni, tatkala orang lain masih lagi dengan mood Tahun Baru, saya telah diuji. Ujiannya tak lah besar mana, macam saudara-saudara kita yang di Palestin. Saya rasa, kalau dibandingkan ujian saya dengan saudara saya di Palestin nun, apalah sangat ujian saya ni kan? Ciput je.

Ujiannya apa? *Eh, tak sabar pula. Sabar ye!
Tak lah. Baru-baru ni saya telah diuji dengan demam dan selesema. *La..ingatkan apalah tadi. Buat saspens orang je. Chaitt!!
Click Me~
Kan dah kata tadi. Ujian tu ciput je.. Tak percaya. Hahaha.

Eh, tapi tu kira ujian daripada Allah juga kan? Ujian tu tak semestinya kita hilang duit, tak semestinya kita kemalangan. Setiap orang Allah uji dengan dugaan yang lain-lain. 

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. 

And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient [Al Baqarah 2:155]  
Lagipun, Allah akan uji kita dengan ujian yang Dia tahu kita mampu hadapinya. Dia takkan uji kita kalau Dia tahu kita tak mampu hadapi benda tu.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. 
Allah does not charge a soul except (with that within) its capacity. [Al Baqarah 2:286]

Sebenarnya kita kena tahu, setiap ujian yang Allah bagi tu ada hikmah yang tersendiri. Mana mungkin Allah nak uji kita tu saja-saja. Mesti ada hikmah dia. 


Dan pada pendapat saya, saya rasa ujian demam tu ada hikmahnya. Mungkin selama ni saya lalai dan leka. Yelah, dok pikir benda merepek-merepek. Tak ingat langsung kat Tuhan. Dan mungkin juga, Dia nak ingatkan saya. Yelah, dosa-dosa yang saya lakukan mungkin berkajang banyaknya. Jadi, ni mungkin balasan  direct Allah nak bagi. Selama ni mungkin saya ada buat orang sakit hati ke apa. So, tu yang dapat balasan macam tu. Allahu'alam. 

Sabar

Seperti kebiasaan, kalau kita ditimpa musibah macam sakit ni, kita punya perasaan mesti sedih, tak bermaya, letih dan macam-macam lagi lah kan? Betul tak? 

Namun, apa yang penting sebenarnya bila kita sakit ni ialah sifat sabar. Sesetengah orang mungkin akan cakap, 

" Eleh kau! Kau boleh lah cakap sabar! Kau tak rasa lagi apa yang aku rasa. Pigidahh!!"

Betul. Kita mungkin tak rasa macam mana orang lain rasa. Tapi, siapa kita nak cakap macam tu? Tu Allah baru bagi ujian sikit. Belum yang dahsyat lagi kan? 

Kita ni tak lain tak bukan ialah hambaNya. Jadi sebagai hamba, kita perlu bersabar atas ketentuan Pencipta kita. Dan tak lupa juga, kita kena minta pertolongan kat Allah sebab Dia Tuhan Yang Maha Berkuasa. Kalau kita dok merungut 24 jam tanpa minta pertolongan kat Dia, mana mungkin Dia nak tolong kita. Betul tak?
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. 
O you who have believed, seek help through patience and prayer. Indeed, Allah is with the patient. [Al Baqarah 2:153]
Maksud ayat di atas tu sebenarnya mendalam sangat kalau kita fahami betul-betul. Kenapa Allah highlight kan sabar dan sembahnyang? Sebab dua inilah kunci utama untuk kita hadapi dugaan dan meraih kejayaan. 


Saya masih ingat lagi, kata-kata kakak naqibah 'bulatan gembira' saya, Kak Hajar suatu ketika dahulu. Dulu pernah saya dan rakan-rakan mengutarakan masalah kami tatkala kesempitan wang.Memang masa tu rasa terbeban sangat sebab masa tu banyak juga nak pakai duit. Yelah, baru masuk degree. Nak kena bayar itu ini. Nak kena fikir duit sewa rumah, bil air, bil elektrik, duit pengangkutan, buku-buku pelajaran, makan dan macam-macam lagi. Jawapan Kak Hajar masa tu memang membuatkan saya terfikir dan terdiam sejenak.
" Sabar. Tu yang paling penting. Hilangkan kebergantungan kepada duit dan tawakal kepada Allah. Duit tu tak de maknanya pun. Dia just bernilai kat mata manusia atas dunia ni je. So, apa-apa pun doa pada Allah. Jangan kita jadikan duit tu segala-galanya sedangkan kita ada Allah."
Itu sahaja buat kali ini. Mungkin penulisan saya tentang ini tidak seberapa, namun diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi ibrah kepada semua. Apa-apa pun, bersabarlah jika anda menghadapi ujian. Janganlah mengeluh dan jangan cepat berputus asa. Pohonlah pertolongan kepada Allah kerana Dia sebaik-baik tempat bergantung. Insya Allah, berkat doa anda itu, Allah akan membantu anda. Dan ianya akan menjadikan anda manusia yang kuat untuk menempuh hari yang mendatang. *Cewah!! 

***

Source : http://allahthemerciful.tumblr.com
Sekian,
Allahu'alam.

without wax,
haniyahaya :)

nota kaki 1: Minta maaf andai penulisan saya tidak seberapa. Jika ada salah silap, harap diperbetulkan ya!
nota kaki 2: Err.. Tak tahu penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai untuk post ini. Saya, aku ataupun beta? I just wrote what's on my mind and followed the flow. Sorry again. 
nota kaki 3: Thanks a lot for reading this post! :)

No comments: