Monday, February 28, 2011

Bilik Mayat :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Alhamdulillah.. Ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih lagi berpeluang untuk terus hidup di bumi Nya ini.



Jadi, seperi tajuk di atas. Aku ingin ceritakan serba sedikit pengalaman aku ke bilik mayat di MSU. Bilik mayat ini sememangnya digeruni ramai, tetapi untuk pelajar perubatan, perkara ini ialah perkara biasa. Sebenarnya kami pergi ke bilik mayat ini bukanlah untuk belajar di sana, tetapi ini adalah sebahagian daripada program 'Campus Tour' yang tertunda pada sesi orientasi yang lepas.

Memang sebelum masuk tu hati aku sudah berdebar-debar. Semua perasaan bercampur baur. Gembira, teruja, takut segalanya berlegar di fikiranku. Mana taknya, kita semua sering disogokkan dengan cerita-cerita seram yang sering berlaku di bilik mayat bukan?



Melangkah sahaja masuk ke bilik mayat, kami terus dikenalkan dengan Encik Anant, kakitangan yang bertugas di situ. Mula-mula, kami diperkenalkan dengan struktur badan manusia yang telah diawet. Ah, lupa. Tulang semua palsu, tapi otot-otot, yang sebenar tetapi sudah diawet. Untuk pengetahuan semua, proses nak awet ni bukan sekejap. Hampir memakan masa setahun juga tak silap.


Sekadar gambar hiasan. Ini adalah proses membuang kulit mayat sebab kalau kita nak awet oto-oto, kulit manusia perlu dibuang terlebih dahulu, termasuk lemak. (tak silap lah)

Setelah itu, kami diberi penerangan tentang organ-organ yang memang real dan fresh daripada manusia. Ada tu muka sampai ke bahagian dada, tetapi sudah dipotong secara longitudinal, jadi separuh je lah manusia tu.. Faham tak?

Ada juga kaki, tapi satu kaki sahaja lah, apendiks, usus, otak, paru-paru. Paru-paru itu kelihatan hitam kerana itu adalah paru-paru bagi peroko, walaupun tidak tegar mana.


Jadi nasihat aku kepada perokok-perokok di luar sana, janganlah merokok. Anda bukan sahaja membahayakan kesihatan diri anda, tetapi anda juga mengancam kesihatan orang di sekeliling anda. Pesanan khidmat masyarakat khas daripada pihak penaja, Cik Hani Yahaya.


ha, lihatlah perbandingan paru-paru orang sihat dan paru-paru perokok. Memang gambar ni tak tipu punya!




Bahagian paling best ialah melihat mayat-mayat yang sedang diletak dalam peti penuh dengan formalin. Bau formalin itu memang menyucuk hidung dan mampu membuat air mata mengalir. Begitu kuat bahan kimia itu. Secara umunya, mayat ada 10 dan diterbangkan khas dari India. Ada 9 mayat lelaki dan 1 mayat perempuan. Ada seorang tu mayat lelaki Cina. Memang seram juga lah kan, tapi kita kena berani. Nama pun nak jadi doktor. Cewah!!!

Apa-apa pun pengalaman hari ini cukup berharga. Nanti selepas ini aku akan lebih kerap ke bilikmayat itu. Untuk subjek Anatomi rasanya. Doakan kejayaan Cik Hani Yahaya ya!

Sekian,



without wax,

hani yahaya:)

nota kaki: Tiada gambar yang sempat diambil kerana kami tidak dapat membawa kamera masuk. Gambar diambil daripada google. maaf ya!

Friday, February 25, 2011

Minggu pertama di MSU, Shah Alam


Salam 'Alaik. Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kesempatan lagi untuk bernafas di bumi Nya. Walaupun kesihatanku tidak begitu sihat pada ketika ini. Ya, aku sedang menghidap penyakit sakit tekak & batuk ( sore throat). Mungkin kerana tidak menjaga kesihatan sepanjang minggu ini.




Okey, baiklah. Sudah sekian lama blog kepunyaan aku ini dibiarkan menyepi. Maklum sahajalah, aku bukan ada komputer riba sendiri. hehehe~


okey, okey.. sambung cerita.Sepeti yang semua sudah sedia maklum, aku kini bergelar pelajar MSU. Memang sukar untuk dipercayai, tetapi itulah hakikatnya.


Aku datang mendaftar di MSU pada hari Isnin yang lepas bersama dengan kedua ibu bapaku. Pada mulanya aku terasa begitu takut. Mungkin kerana terasa begitu asing di tempat baru. Kami terus pergi ke tingkat 5 di bilih kuliah 513, tempat di mana aku harus mendaftar. Masuk sahaja dewan kuliah tu, aku diberi borang yang harus aku isi. Aku sempat juga melihat rakan-rakan di sekeliling. Seorang pun dalam kalangan mereka yang aku kenal! Tidak lama kemudian, Amier Idris & Ainnur Ashirah datang. Hati aku tersenyum bila melihat mereka. Mana tak nya, hanya 2 orang tu je yang aku kenal sebab mereka juga bekas pelajar MRSM TGB. hehehe~


Selepas isi borang, bayar duit dan ambil fail, ibu bapa serta para pelajar terpaksa menunggu sehingga jam 11 pagi untuk mendengar taklimat daripada wakil MARA dan juga taklimat daripada pihak pengurusan MSU. Dah la dalam bilik kuliah tu sejuk nya macam kat dalam peti ais saja gamaknya. Aiyooo~~ lepas sesi taklimat, kami pergi ke tempat penginapan kami, Hostel Delta. Hostel kami terletak di Seksyen 20. Tak jauh juga lah dari MSU. Bila sampai di sana, kami dikehendaki memilih teman serumah kami. Satu rumah 5 orang memandangkan jumlah pelajar perempuan adalah seramai 25 orang. Akhirnya, aku ditempatkan di rumah 406 bersama Ainnur, Nazeha, Johana dan Syahira.



Part yang tak best nya ialah, rumah aku berada di tingkat 4! Masya Allah, memang jenuh nak exercise turun naik tangga sambil angkat barang-barang yang sememangnya banyak. Pulak tu aku memang dah lama tinggalkan zaman duduk rumah flat ni. Dulu zaman kat KL selalu la, bila dah duduk Bangi, mana ada lagi.. duduk rumah teres ada pulak lah kan tangga banyak-banyak.Lain lah kalau rumah aku tinggi malayut macam rumah jutawan India tu, sapa nama dia? Mukesh Ambani eh? Tu memang aku semput la nak naik rumah.. eh, dah.Melalut pulak aku ni.



Ha, sambung balik. Lepas letak barang-barang, aku kena pergi balik bilik kuliah pagi tadi untuk sesi orientasi. Memang diakui, aku memang lemah gila bab sesi suai kenal. Aku memang cukup sinonim tak suka benda-benda yang leceh seperti mendengar ucapan, menunggu dan buat benda yang aku rasa macam remeh temeh je. Apa-apa pun, kami dikehendaki berpecah kepada 4 kumpulan dan aku berada dalam kumpulan 'Adrenaline' bersama Arif, Amier, Nina, Afirah, Mimi, Hidayu & Syira. Sebenarnya kami dikehendaki memberi nama kumpulan berdasarkan istilah dalam perubatan, jadi kumpulan aku telah bersepakat untuk memberi nama Adrenaline, iaitu sejenis hormon. Ha? Ingat lagi tak nama hormon ni? Alah, dalam buku teks Biologi Tingkatan 5 kan ada.. baik mengaku.. ke dah lupa? hehehe



Jadi, kami dikehendaki membuat visi,misi, lagu kumpulan serta sorakan kumpulan. Satu benda yang aku cukup tak minat sebab dari sekolah rendah dulu sampai lah dah masuk PLKN, masuk U, semua kena buat benda ni. Haihlah.. Apesal eh? Tak boleh ke buat benda lain? Main masak-masak sama-sama ke apa ke.. baru extreme sikit. Seronok apa!



Ha, kami pulang awal sikit malam tu. Maklum sahajalah, hari pertama. Bukan ada apa sangat pun kan? Balik tu memang penat lah jugak. Nak kemas barang, mandi lagi. Isy..macam-macam.


Esoknya, ada sesi taklimat lagi. Macam-macam lah taklimat yang aku dengar. Ada yang best, ada tu memang saja je nak suruh aku lena. Dah lah dalam bilik seminar yang berair-cond tu. Memang aku hanyut dibuai mimpi lah.



Hari kedua memang banyak taklimat. Dari pagi sampai petang dan sampai malam. memang sumpah bosan. Dah lah mengantuk. Tapi ada satu benda ni. Para pelajar MSU yang di bawah fakulti CFS (Centre of Foundation Studies) nak buat Malaysian Book of Records (MBR) dalam acara the largest 'handmade' tanglung. Dan dengan tak semena-mena, kami para pelajar di bawah tajaan MARA ini kena turut serta memabntu mereka sebab nak capai 2500 biji tanglung. Masa suntuk, benda banyak lagi tak siap.Tanglung yang siap pun ada yang cincai boncai. Waduh!! Entah pape betul. Sabar je lah. Tapi nasib baik lah kerja tidak sukarela tu tak bertahan lama. Kami semua pakat nak duduk kat surau lama-lama sebab kami pun tak solat Asar lagi masa tu. hahaha~



Hari ketiga hari yang memenatkan sebab kami terpaksa bertungkus lumus untuk pembentangan kumpulan. Banyak juga benda tak selesai lagi. Pembantangan kumpulan tu akan diadakan pada waktu malam. Tapi sebelum tu kami ada sedikit halaqah ilmu bersama salah seorang tenaga pengajar di MSU. Dari raut wajahnya, orangnya dapat kusimpulkan kelihatan tenang je..Cewah!! okey, ini bukan bermakna aku suka lecturer tu ke hape. Tapi nak cerita yang muka beliau memang tenang je. tazkirah yang disampaikan pun menarik. Dah lama tak sertai halaqah Ilmu. memang masa ni hati aku rindu kat TGB...



Pembentangan kumpulan.. Masa diberi 10 minit untuk setiap kumpulan. Tapi tiba-tiba, projektor tak ada, jadi lambat sikit lah pembentangan tu diadakan. Pembentangan berlangsung tanpa projektor. Memang terasa bengkek lah jugak kan sebab penat-penat buat slideshow powerpoint, alih-alih projektor tak ada. Cettt!! Sabar je lah.. hahaha~



Kumpulan aku merupakan kumpulan yang terakhir yang membuat pembentangan. Seperti biasa, sesi pengenalan diri. Bila sampai aku punya giliran, aku terus memperkenalkan diri aku. Memang aku buat muka selamba habis la. Mungkin sebab dah selalu sangat kena perkenalkan diri masa sesi orientasi ni, jadi aku pun macam dah tak heran.



Habis sesi pembentangan tu memang lambat. Dah nak dekat pukul 11. Pak Cik India yang jadi tukang drebar bas memang marah la sebab dia dah tunggu dari pukul 10.30, tapi kami tak muncul-muncul. takde orang yang inform dia yang kami ni balik lewat. Adoii.. dah la Pak Cik India tu datang lambat dekat pukul 11.45, pastu kena lecture tak rasmi daripada dia. Memang otak aku dah tak boleh fikir ape dah masa tu. Fikir nak balik, mandi, solat, tidur je. Esok dah la nak kena sedia sebab esoknya (Khamis) kelas dah nak mula.



Esoknya, Khamis.. Kami punya kelas mula pukul 1 macam tu. Jadi kami kena naik bas seawal jam 11 pagi sebabnya terpaksa berkongsi bas dengan pelajar PTPL. Ingatkan bas pukul 10.30 pagi. Memang pulun la siap awal-awal. Ceh! Ini semua gara-gara salah faham yang timbul..Adoii.. Tapi tak mengapa lah kan? Siap awal bagus juga..



Kelas pertama ialah kelas Matematik 1 yang diajar oleh Ms Ed. Muda lagi pensyarah aku ni. Lawa orangnya. Umur baru 26 tahun.. Masih bujang lagi..



Selepas tu, kelas kami pada pukul 4 ialah kelas Biologi. Kelas ni memang seronok gila sebab pensyarahnya, Sir Addie merupakan pensyarah yang jenis sporting. Tambahan pula beliau merupakan bekas pelajar MRSM Muadzam Syah. Memang beliau faham bebenor lah kan stail budak MRSM ni macam mana. Dia pun masih muda lagi. dalam 20-an nak ke 30-an gitu lah rupanya.



Malam tu, kami berlima..Aku, Ainnur, Syira, Naz & Johana keluar untuk makan malam di kedai berhampiran. Ni kali pertama kami keluar bersama. Seronok juga lah! Makanan sudah semestinya mahal belaka.Mungkin sebab selama ni mak ayah yang jadi tukang bayar, bila sendiri bayar..mak aii terasa benar mahalnya!



Jumaat, kami terpaksa bangun pagi awal sebab kelas Maths 1 akan berlangsung pada pukul 8 pagi. Aku bangun agak awal juga lah dan terus mandi. Selepas itu, housemate aku Syira mandi.. tuptup~ air tiada rupa-rupanya! Nasib Syira sempat mandi guna air yang aku tadah dalam baldi. Patutlah pagi-pagi aku dah dengar suara orang riuh rendah. Aku ingat apa lah kan.. ramai juga yang pergi angkut air untuk mandi. Ada juga yang mandi dekat bawah. Macam-macam gaya ada.



Pagi tu, aku makan nasi goreng kat U-cafe, MSU. Cuba teka berapa?

Jeng.jeng.jeng



.




.




.




.




.


RM 0.80 je! Ambil lah banyak mana pun, harga still sama.. mak aii.. Seronok tak terkata aku. Mana taknya, mana nak cari harga nasi goreng semurah itu. Memang harus diakui, makanan yang dijual di U-Cafe ( kafeteria kampus ) sememangnya murah-murah. Jadi aku memang pulun habis kalau makan sarapan & makan tengahari!



Pagi tu kelas Maths 1 batal, jadi ramai juga yang mengeluh sebab dah la terpaksa bergegas nak siap sebelum pukul 7 untuk ke kelas. dengan takde airnya, mana lah orang tak bengkek. Ramai juga yang nak balik ke hostel. Tetapi aku? Aku duduk mengahbiskan masa kat libarary, baca apa yang aku rasa penting untuk subjek seterusnya, iaitu Biologi. Pada awalnya kelas Biologi batal juga. Memang semua rasa gembira lah juga dan kami mengharapkan agar kelas Ko-Kurikulum yang bakal ada pada pukul 5.30 - 7.30 batal sebab mana nak solat Asar lagi? kelas Bio je start pukul 3.30 - 5.3o. Haisy.. Alih-alih, di saat akhir kelas Biologi ada. Tapi pada pukul 4 petang.


Kelas Biologi di Universiti sememangnya tak sama dengan kelas Biologi zaman SPM. Kelas Bio tu memang laju gila. Baru nak fahamkan yang ini, pensyarah dah masuk bahagian lain pulak. Adoii.. Apa-apa pun, sebelum kelas memang kena study dulu. Nasib baik aku ada sempat baca buku Bio kat perpustakaan pagi tu, ada lah yang aku faham sikit-sikit walaupun pada hakikatnya banyak yang tak faham. =.='


Jadi, kesimpulannya.. Nasihat aku ialah kehidupan di universiti lebih mencabar dan sudah semestinya tak sama dengan kehidupan di asrama. Masa zaman sekolah dulu kita ada cikgu-cikgu yang boleh bantu kita. Tapi kat universiti, kita kena bergerak sendiri dan perlu banyak bertanya. Belajar pun dah makin kompleks. Bukan hanya x+ 3 = 1, berapa nilai x? Bukan hanya setakat belajar tentang sel. Tapi banyak lagi sebenarnya. Kepada rakan-rakan yang di kini rumah, walaupun kalian tidak berpeluang untuk masuk ke alam universiti awal macam diri ini.. jangan khuatir. Insya Allah, rezeki itu ada di mana-mana. Mungkin belum sampai masanya lagi. Anda mungkin perlu bersiap sedia lebih awal supaya tidak begitu terkejut nanti..dan yang paling utama, tak jadi seperti diri ini yang sememangnya agak culture shock. Apa-apapun, donyaakan kita semua boleh berjaya ye!Insya Allah.



without wax,

hani yahaya :)

Saturday, February 19, 2011

Alhamdulillah!

Salam ‘Alaik. Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih diberikan peluang untuk bernafas di bumiNya ini. Jari jemari ini masih lagi mampu aku gerakkan untuk menaip bagi menulis di blog kesayangan ini. Diri ini seringkali alpa dengan Yang Maha Pencipta. Masya Allah.
Untuk entri kali ini, aku ingin menceritakan tentang surat tawaran yang aku terima kelmarin. ( okey, aku tahu kalian mesti rasa muak kot sebab kebelakangan ini aku asyik cerita pasal SPC je, tetapi aku ingin menerangkan kepada kalian tentang pelajaran pada masa kini. Bukannya aku ada niat untuk berlagak kea pa. mana tahu ini dapat memberi sokongan & dorongan untuk kalian. Namun jika kalian tidak menyukainya, kalian boleh sahaja tekan butang ‘X’. Tiada paksaan di sini ya!)
Dah, tukar cara penulisan…

Okey, nak diceritakan lah ni. Memandangkan aku dapat SPC ( Skim Pelajar Cemerlang ), aku nak ceritakan serba sedikit tentang Anggaran Pinjaman Pelajaran yang pihak MARA taja untuk aku.
Sebelum tu, lupa pula nak beritahu yang program ni, Persediaan sahaja 8 bulan ( 02/2011 – 09/2011) dan Ijazah 5.0 tahun (10/2011 – 09/2016). Memang kena bertegang urat la lepas ni. Dah tak boleh main-main. Padam semua istilah malas, kejap lagi dan segala yang negatif. Ni U okey, bukan zaman kegemilangan kau dekat MRSM ye Hani!! (sekadar mengingatkan diri sendiri..)hehehe

Jadi,jumlah anggaran pinjaman pelajaran bagi program Persediaan ialah RM18 190, manakala untuk Ijazah pula, RM 352 750. Setelah ditambah, tolak, darab, bahagi, kuasa dua, tiga, empat (merepek), jumlah keseluruhan ialah sebanyak RM 370 940!!! Banyak bukan? Mungkin ada yang menganggap, eleh baru 370k..belum 500k, dah berlagak, canang satu dunia. Kepada insan-insan di luar sana yang ada terdetik begitu, baik anda fikirkan dahulu sebelum berkata apa-apa ya!

Untuk pengetahuan semua, aku ni bukan anak kerabat diraja, bukan juga anak bilionair, jutawan, hartawan, dermawan dan juga wan wan yang seangkatan dengannya. Tapi yang pasti nama aku juga bukan wan lah kan. Kalau tiada penajaan daripada pihak MARA, mahu semput ibu abah. Kopak juga duit mereka. Mana nak cekau duit sebanyak tu kan? Kalau kita ni anak cucu Bill Gates ke, Sultan Brunei ke tak pe lah juga ye tak? Hahaha~ tunggu sampai kucing bertanduk pun, sudah pasti perkara sedemikian rupa tidak akan terjadi. Percayalah!


Oleh yang demikian, aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh supaya tidak menghampakan orang sekeliling aku; ibu, abah, cikgu2, sahabat2, pihak MARA dan tidak dilupakan juga, masyarakat. Sebab apa? Duit tu duit rakyat kan? Takkan lah aku boleh suka suka nak sia-siakan duit yang dah banyak tanggung aku. Kang nak jawab apa kat akhirat? Moga dijauhkan daripada segala yang buruk..


without wax,

haniyahaya :)




Friday, February 18, 2011

maaf,

Salam 'Alaik..

kepada semua pembaca setia blog rasmi kepunyaan Hani Yahaya dan juga para pengunjung blog ini, saya/aku ingin menyusun 10 jari meminta ampun dan maaf kepada kalian. Jikalau kalian perasan, kat tepi sebelah kiri blog ini ada iklan myjodoh ke ntah hape ntah.. saya/aku sendiri kurang pasti. tiba-tiba je dia ada kat situ.. saya/aku dah try nak hilangkan, tapi tak tahulah kenapa... masalah ni dah berlaku lama dah.. kepada sesiapa yang terer bab2 IT ni, boleh tak tunjukkan saya bagaimana untuk hilangkan benda alah tu? Kerjasama daripada kalian didahulukan dengan jutaan terima kasih! ^_^

without wax,
hani yahaya:)

nota kaki:
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

pengalaman ke HUKM :)


Salam ‘Alaik. Ah, sudah lama blog ini ku biarkan menyepi tanpa sebarang entri baru. Maaflah ya rakan-rakan sekalian. Broadbandku begitu lembap! Aku tidak tahu mengapa. Oleh yang demikian, aku tidak dapat menulis entri dengan banyak. Tambahan pula, minggu ini aku begitu sibuk menguruskan persiapan untuk mendaftar ke MSU, Shah Alam.

Okey, sudah-sudah la tu merepek merapu nye.. Nak cerita pengalaman semalam. Semalam aku dan bekas teman sebilik di MRSM TGB, merangkap teman sekelas, Mun ingin melawat sahabat kami, Fateh di HUKM. Kami pergi ni gaya memang macam matang habis la. Independent kononnya sebab nak pergi sana naik kenderaan awam. Tapi dalam hati masing-masing memang dah memanjat doa banyak-banyak supaya selamat pergi dan pulang.
Pukul 10 pagi, kami berdua membeli tiket komuter untuk ke stesen Bandar Tasik Selatan. Kami bertolak dari Stesen Komuter Kajang. Perjalanan tidak mengambil masa yang begitu lama kerana jarak di antara Stesen Kajang dan Stesen Bandar Tasik Selatan hanya 2 stesen sahaja.
Sampai sahaja di Stesen Bandar Tasik Selatan,aku terus ke kedai yang berdekatan untuk membeli topup dan air mineral. Selepas itu, kami terus menaiki bas untuk ke HUKM. Mula-mula macam tak tahu juga tapi kami pakai main redah sahaja. Gaya bajet gila! Macam lah pro gila jalan kat KL ni. Tapi tak pe sebab kami dah Tanya pemandu bas tu, betul ke bas ni stop kat HUKM. Pak Cik tu cakap yang bas tu akan stop kat KFC. Aku pun naik heran juga. Dekat HUKM ada ke KFC sebab aku rasa sepanjang aku pergi HUKM, tak pernah pula Nampak KFC kat area situ. Tapi kami berdua naik je lah. Tiket bas berharga RM1.

Dalam diam kami berbisik sesama sendiri. Kami bercadang nak ikut je pak cik India dan isterinya yang berada di sebelah aku memandangkan mereka pun ingin ke destinasi yang sama seperti kami. Lagipun, kami sememangnya tidak tahu bas ini akan berhenti di mana. Memang dia cakap nak berhenti kat KFC, tapi setakat yang aku pernah pergi HUKM, tak pernah pula Nampak ada restoran KFC tu. Haisy..
Kringgg!!!! Pak Cik berbangsa India itu bangun membunyikan loceng. Bas pun berhenti. Eh, kami terkejut buat seketika. Nak ikut ke tak? Ikut je lah! Tapi di mana KFC nya? Hurm.. Kami berfikir sejenak. Tapi setelah 30 saat berfikir, kami bersetuju untuk mengikut pak cik India tu dan isterinya. Bangunan HUKM tu memang dah Nampak, Cuma jalan nak ke situ aku masih ragu-ragu. Mun cakap kalau susah sangat kita naik je teksi, tapi tak pe, kita redah je dulu katanya. Memang betul-betul confident la.

Jalan punya jalan, Alhamdulillah! Akhirnya kami berjaya sampai di HUKM. Memang kami bersyukur sangat-sangat kerana dipertemukan dengan pak cik India tersebut. Kami sampai dalam pukul 11 macam tu. Awal kan? Semangat gila keluar awal-awal. Yelah, takut nanti nak pergi HUKM lambat pula sebab waktu melawat dia terhad. Dari pukul 12.30pm hinga lah pukul 2.00pm. jadi kami tak nak lah terlewat ke apa, sebabnya ni kali pertama masing-masing pergi ke HUKM dengan pengangkutan awam.

bila nampak je HUKM sebesar alam nih ha, memang syukur sangat2! lega..sebab berjaya sampai ke HUKM :)


Lepas lawat fateh, kami bercadang nak makan. Aku mencadangkan agar kami makan di KFC kerana nak tahu juga di mana KFC yang pak cik drebar bas tu cakap kan. Tambahan pula masa kat dalam hospital tu, Nampak ada orang beli KFC, tu yang nak selidik..kat mana letaknya KFC. Jadi, kami pun berjalan lah keluar. Aku sempat berjenaka dengan Mun.


“ Masa kau browse kat Google maps tak nampak ke KFC Mun?” gelak aku.


“Amboi, ni memang nak perli aku lah ni. Aku tahulah malam tadi aku ada search kat Google maps kau ni..Saje je nak pekenakan aku. Tapi semalam tak nampak pun KFC. Aku tahu ada stadium, kompleks renang..tu je lah,” jawab Mun. Mun ni memang seorang yang suka berjenaka dengan aku.


Lagi sikit je dah nak sampai ke pintu keluar HUKM, aku nampak papan tanda KFC.
“Lah, kat sini je rupanya. Aku ingat kat manalah tadi. Kalau tahu, tak payah ikut pak cik India tadi ikut masuk jalan belakang,” kataku sambil ketawa.

“Hani, kau punya pasallah ni. Kalau tak, kita mesti lagi cepat sampai,” gelak Mun.

“Alah Mun. Tapi kalau ikut pintu depan, kau tak merasa ikut jalan belakang masuk HUKM,” sengihku.

Ketawa kami pecah. Rupa-rupanya kalau kami tunggu je kat dalam bas tu dan tak ikut pak cik India tu, mesti kami lagi cepat sampai ke HUKM sebabnya bas memang akan berhenti betul-betul depan HUKM. Ni tak, kami terpaksa lau dekat-dekat rumah orang dan masuk ikut pintu belakang hospital. Aiseyman..Selama ni tak pernah aku perasan ada KFC kat situ. Mungkin sebab aku ikut jalan lain setiap kali pergi dan pulang. Lawak betul pengalaman semalam. Apa-apa pun takpe. Kita belajar daripada pengalaman kan? Kalau tak, mesti tak tahu bila nak datang ke HUKM nanti di masa akan datang..

Without wax,
Hani yahaya :)

Management & Science University

Tanggal 12 Februari 2011, telah tercatat satu sejarah yang tidak mungin aku lupakan. Malah aku sudah mencatatnya dalam diari. Semuanya bermula ketika aku mahu berkemas pulang setelah puas berkelah di Sungai Beruk.
“ Weh, cepatlah kemas barang- barang. Nanti nak pergi KFC kan?” soal rakanku, A.

“ Yelah..ada orang nak belanja kita nanti,” sengih sahabatku, Si B sambil mengerling ke arahku.
Aku tersenyum simpul. Aku tahu kata-kata itu ditujukan khas buatku. Memang benar. Aku ada menyatakan hasratku untuk membelanja sahabatku di restoran KFC petang ini.
Tiba-tiba lagu ‘Barakallahulakuma’ dendangan Maher Zain kedengaran. Masing –masing tercari dari manakah arah suara itu datang. Aku lantas mencari telefon selular aku kerana aku pasti dan yakin bahawa itu suara itu datang dari telefon selular milikku.

Ha,jumpa! Nombor pemanggilnya berstatus tidak diketahui. Hati aku mula terdetik, siapa pula yang telefon aku pada waktu sebegini rupa? Nombornya seperti nombor telefon rumah, tetapi bukan nombor telefon rumahku. Tetapi ini nombor bagi kawasan Lembah Klang. Siapa pula ya? hatiku terus berfikir.

“Hello, Assalamualaikum,” sapaku.

“Hello, Wa’alaikumussalam. Boleh saya bercakap dengan Cik Y?” tanya suara lelaki itu di talian.

“Ya, saya bercakap di sini,”jawabku spontan.

“Cik Y, saya call dari Pejabat MARA. Saya ingin bertanya kepada cik. Cik ada menerima mana-mana offer untuk sambung belajar dari pihak ke?”

“Tidak. Kenapa?” hatiku berdebar tatkala menjawab soalan yang diajukan itu. Terasa macam nak tercabut je segala sendi ni.

“Saya wakil dari pihak MARA ingin memberitahu bahawa pihak MARA menawarkan cik untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Management & Science University (MSU), Shah Alam.”

“Tarikh pendaftarannya ialah pada 21 Februari ini,” sambung lelaki itu tadi.
Aku terdiam. Mulutku bagaikan terkunci. Suara di peti suara aku terasa bagaikan hilang begitu sahaja.

“Err..okey,”akhirnya aku bersuara. Terasa tekak aku seakan berpasir bila menuturkan sepatah perkataan itu.

“Jadi cik dah bersedia ke untuk mencatat segala butiran ni?” soal lelaki itu lagi.
“HA! APA DIA? Oh, kejap..kejap!!” Akhirnya suaraku kembali kepada sediakala. Kalut sungguh aku tatkala itu mahu mencari sebatang pen dan sehelai kertas. Hatiku mula merungut. Aku ni tengah mandi kat sungai, terlebih rajin la pula kalau aku nak bawa segala alat tulis semua tu

Haihla. Namun, Alhamdulillah. Akhirnya aku Berjaya menemukan sebatang pen di dalam beg sandangku dan sehelai surat khabar lama. Aku terus mencatit segala butiran yang disampaikan. Hatiku berbunga riang. Terasa ingin melompat sahaja. Tamat sahaja talian tersebut, aku terus menyampaikan berita baik itu kepada bonda dan sahabat baikku, F. Sampai sahaja di rumah, aku terus sujud syukur atas nikmat-Nya yang tak terhingga.

~TAMAT~

Okey, tu sebenarnya cerita sebenar setelah diolah, ditokok tambah, diletak pelbagai perasa seperti hiperbola, personafikasi, inversi, simile dan juga sinkof.

Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini telah mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di MSU, Shah Alam di bawah tajaan MARA. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan rezeki yang tak terhingga ini. Memang sukar bagiku ingin percaya setelah aku merasakan bahawa aku tidak berjaya mengikut jejak langkah sahabat yang lain yang kini sedang mengikuti program SPC yang sama di university yang berlainan. Aku tidak meletakkan harapan langsung setelah hatiku berkecai bila mendapat surat daripada MARA yang menyatakan permohonan aku ditolak.


Oleh itu, sahabat yang dikasihi sekalian, pengarang entri kali ini merangkap pemilik sah blog ini, saudari Hani Yasmin Yahaya ingin memohon jasa baik kalian semua agar dapat mendoakan saya dan juga rakan-rakan saya yang lain agar dapat meneruskan perjuangan di tempat baru ini ditambahi pula suasananya yang baru.

Oh, tidak lupa juga. Keputusan SPM juga semakin hampir. Ya Allah, memang hati ni risau sahaja bila mengingatkan kembali keputusan yang bakal keluar nanti. Cemerlangkah? Atau sebaliknya? Masya Allah! Moga-moga aku dan rakan-rakan mendapat keputusan cemerlang seperti yang diimpikan. Kami memohon kepadaMu Ya Allah. Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Engkau juga yang berkuasa atas tiap sesuatu. Makbulkan doa kami Ya Allah! Jangan Kau hijabkan doa kami disebabkan atas segala perbuatan dan dosa kami yang terdahulu. Kami mengharap kepadaMu Ya Allah.Engkaulah sebaik-baik sandaran. KepadaMu kami berserah dan kepadaMu jua kami memohon pertolongan serta rahmatMu.. Ameen~
without wax,
hani yahaya :)

Tuesday, February 15, 2011

Reunion Ex- Gerik Batch 14!

Salam ‘Alaik. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, aku diberi kesempatan lagi untuk terus bernafas di bumi-Nya ini.

Baiklah untuk pengetahuan semua , Ahad lepas aku baru sahaja pulang dari Gerik. Ha, Gerik? Kat mana tu? Hahaha~ aku sudah jangkakan bahawa soalan itu pasti bermain di minda kalian bukan? Aku amat pasti mesti ada dalam kalangan kalian yang tidak tahu, di manakah Gerik itu berada. Aku juga dahulu seperti kalian. Tidak tahu di manakah Gerik itu berada. Mungkin ilmu geografi pada masa itu masih lagi di bawah takat amatur. Okey, untuk pengetahuan kalian, Gerik terletak di Perak Darul Ridzuan di kawasan daerah Hulu Perak.

sila lihat peta ini untuk kefahaman yang lebih lanjut di mana kedudukan Gerik :)
Dan bagi sesiapa yang tidak tahu, aku sebenarnya merupakan bekas pelajar MRSM Gerik. Aku menuntut di sana selama 3 tahun, tatkala aku berusia 13 - 15 tahun (yakni Form 1 – Form 3). MRSM Gerik tu memanglah nuuuun jauh di hulu sana. Memang jenuh la kalau nak pergi dengan kereta. Kalau naik bas tu, tidur bangun tidur bangun adalah dekat 3 atau 4 kali. Hahaha. Hebat bukan?

Okey, sudah lah tu merepeknya. Balik semula ke tajuk asal.

10/2/2011- hari pertama
Pada 10 Februari 2011 yang lepas iaitu bersamaan dengan hari Khamis, 8 Rabi’ul Awal aku telah pergi ke Gerik. ( ceh..ayat macam stail format karangan laporan lah pulak! Ni kalau Cikgu Hasran tahu ni, mesti dia bangga dengan anak didiknya yang sorang ni..hehehe) Aku pergi ke Gerik dengan menaiki bas Transnasional dari Hentian Duta pada pukul 9 pagi.

Okey, sepanjang perjalanan aku ke sana, hati aku memang seronok sangat-sangat. Tak mampu nak digambarkan bagaimana perasaan teruja aku. Sahabatku Nawi telah menghantar SMS kepadaku.
N= NawiA= Aku

N : Hani, ko kat mne skrg?

A: Aku kat Ladang Bikam skrg ni. Ko kat mane?

N: Aku pun tak tau aku kat mane skrg..tapi dah bertola dr teluk intan la.. (p/s: Untuk pengetahuan semua, saudara Nawi org Teluk Intan ye..)

A: Ouh, ko skjp lg lah dah nak sampai.. aku ni mau pukul brape ntah smpai. Paling cepat boleh smpai pun aku gerenti pukul 1-2 cmtu.

N: Ala, aku ni sat gi kena gi Ipoh, baru amik bas gi gerik. Lambat lg lah nk sampai. Ko at least naik bas lalu highway, aku lalu jln jauh.

A: Ouh..hahaha~ takpe..sabar je lah ye.. nak buat mcm mane kan

N: Ko tau, aku baru je mtk kat ayh aku ni pg td utk gi gerik. Selamat lepas

A: Wah, hebat gila ko nawi! Aku igtkn ko bgtau ayh ko mlm selasa yg time aku contact ko tu..

Okey, sampai di situ sahajalah yang aku boleh tulis. Tu pun dah ada sedikit tokok tambah, gula garam, asam jawa segala bagai tu untuk menyedapkan lagi cerita. Cewah! Poin utamanya nak beritahu yang sahabat aku sorang ni, Nawi, boleh pulak dia minta keizinan daripada ayahnya untuk pergi ke Gerik pagi tu jugak! Haila.. kalau aku, memang confirm tak lepas. KL ke Gerik bukan setakat besar sekangkang kera. Jauh tu. Kalau takat sekangkang kera tu, boleh la buat lawak dengan ayah aku nak pergi hari tu, bagi tahu dia pun, dan dan tu jugak!

Alhamdulillah, pukul 1.15 petang aku selamat sampai di Hentian Bas Gerik. Sahabatku, Anis Arifah @ Ben, Hasma serta Nina @ Ball datang menyambutku dan Han yang datang dari Aloq Staq. Kami semua sememangnya teramatlah lapar. Perutku memang dah keluar macam-macam jenis muzik dari bas lagi. Kami berlima terus pergi ke kedai makan Norazah. Usai makan, Ben, Han & Ball pergi ke kedai untuk membeli hadiah hari lahir untuk Ustaz Rahim, merangkap penasihat homeroom mereka dahulu, Saad Ubadah. Aku dan Hasma menunggu Nawi &Jaie yang juga ingin makan di situ. Mereka tiba lewat sedikit memandangkan Nawi sampai agak lewat berbanding aku. Lepas makan, kami berbual-bual. Maklum sahajalah, dah lama tak jumpa. Banyak yang ingin diperkatakan. Selepas itu, kami berbincang dengan Ben, Ball & Han berkaitan lawatan kami ke MRSM Gerik pada esok. Hakim, bekas presiden homeroomku juga akan menyertai kami pada esok hari.
makan tengahari di kedai Norazah


Petang tu, aku, Ma, Tiqah, Ben & Han dah berpakat nak berjoging. Ceh!! Konon jogging.. jogging lah sangat kan? Tengah jalan tu, tiba-tiba terserempak dengan Sir Izad, guru Bahasa Inggeris aku yang sangat sporting. Sir bertanya kepada aku & Han, bila sampai? Pastu tanya bila nak pergi MRSM Gerik? Kami berlima pantas menjawab, esok!!

semasa berjogging..

Jogging punya jogging sampai lah Rumah Rehat Gerik. Pergi beli air sirap sekejap. Tup..tup.. dalam perjalanan pulang, hujan turun dengan lebat sekali. Mandi hujan lah kami berlima. Dalam kesejukan meredah hujan tu, ramai juga orang yang melihat keadaan kami. Gila sungguh budak-budak perempuan ni main hujan. Tak takut demam ke? (ni apa yang aku rasa lah.. tak tahu kalau-kalau orang lain tak beri reaksi begini)

Malam tu, aku duduk di rumah sambil melepaskan penat yang masih berbaki lagi. Tidak sabar menunggu esok!
11/2/2011- hari keduaPagi tu aku dan Hasma berjalan kaki ke Hentian Bas Gerik untuk ke MRSM Gerik. Aku sempat membeli kuih di tepi jalan. 4 biji kuih, RM1! Mak datuk! Memang sungguh tak kusangka! Kalau di Bangi nak dapat, kirim salam je lah! Masa kat Hentian Bas Gerik, kelihatan kelibat Atiyah yang sudah tunggu lama. Kemudian, Ball, Nawi dan Jaie sampai. Ben dan Han juga dating sejurus kemudiannya sambil membawa hadiah untuk Ustaz Rahim. Aku pun membawa sekali kad hari lahir yang sudah dibeli malam tadi. Kad itu aku wakilkan bagi semua BATCH 14. Hakim datang kemudian. Selepas berbincang, Hakim menyuruh kami yang perempuan naik kereta Estima yang dipandu oleh ibunya, manakala Hakim, Jaie dan Nawi menaiki kereta Mercedes yang dipandu ayah Hakim sendiri.

Kami sampai di maktab dalam pukul 10 pagi macam tu. Macam-macam prosedur yang leceh terpaksa kami lalui. Cikgu yang pertama aku temui ialah Cikgu Faridah, cikgu BM yang mengajar aku semasa aku di Tingkatan 2-3. Selepas meminta kebenaran daripada pengetua, kami pun mulakan operasi lawatan kami. Kami terus ke bilik guru dan bertemu dengan Ustaz Rahim, ustaz yang garang tetapi disayangi oleh semua pelajar MRSM Gerik. Ternyata dia terkejut melihat aku. Maklum sahajalah, aku ni duduk jauh di Bangi. Lain lah kalau budak-budak yang lain. Aku sempat berbual sedikit dengannya. Menyesal juga sebab tak dapat bergambar dengannya. Mujur ada gambar beliau sebagai pengubat hati..cewah!! ha, selepas itu, aku bertemu dengan Cikgu Makky, bapa homeroomku dulu. Masa tu beliau tengah sibuk menghadap komputer. Ternyata beliau juga terkejut melihat kehadiranku. Sempat jugak beliau memarahi ku..( bukan marah sgt pun..)

Ustaz Rahim yang tersayang! :)

“ Apesal tak bagi tau nak datang sini? Kenapa tak call dulu ke, sms ke?” soal Cikgu Makky dengan nada yang tinggi. Suaranya kuat seperti biasa.

“Ala cikgu. Saya saja je nak buat surprise kat cikgu..hehehe” senyumku. Pantas sungguh mulut aku menjawab. Mula-mula dah tak tahu nak jawab apa.

Lepas tu, Cikgu Makky suruh Ma ambil gambar kami berdua dengan hp nya. Hp cikgu dah tukar sekarang. Tak silap aku cikgu pakai hp Nokia yang Xpress Music. Hehehe~ aku ni pantang betul! Mata ni asyik meng’usha’je.. hahaha~ Selepas tu, banyak betul Cikgu Makky nasihatkan aku. Kena tarbiah habis la. Bangga betul beliau bila aku cakap sekarang ni aku duduk rumah, belajar masak & belajar memandu. Ha, gelak besar betul dia! Biasalah!
Untuk pengetahuan semua, Cikgu Makky ni pantang cuti sekolah je, dia mesti suruh anak-anak homeroom dia yang perempuan belajar memasak. Kalau yang laki disuruhnya menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Kalau time puasa, dia akan suruh anak homeroom dia yang lelaki bayar zakat fitrah sendiri. Tu sebagai latihan bagi kami semua katanya untuk menghadapi alam dewasa kelak. Serius kan? hahaha~


bersama bapa homeroom yang dikasihi


Paling aku tak boleh lupa, Cikgu Makky pernah tanya kami satu homeroom, dah baligh ke belum? Mak datuk!! Masa tu kan memang malu gila! Dah la kena ngaku depan laki. Dahsyat sungguh! Aku rasa macam muka aku dah kena simbah dengan minyak cap kapak je! Kalau minyak yuyi cap limau tahan lagi.. adusss! Cikgu Makky pun ada pesan kat aku baca sampai habis buku Hadis Bukhari tu.. Sebab aku ada cakap, cuti ni aku kena habiskan baca buku Hadis Bukhari yang baru sahaja dibeli oleh ibu 3 minggu lepas.

Lepas tu, kami pergi ke kafe.. Ms Karl ingin membelanja kami minum. Pucuk dicita, ulam yang datang. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Memang kami tak boleh nak tolak je pelawaan Ms Karl tu. Tapi kami hanya minum milo ais sahaja. Malas nak makan. Puas Ms Karl dan Ms Farah pujuk kami supaya makan. hahaha

tangki air ni membawa 1001 erti buat aku dan rakan-rakan yang lain.. mana tak nye, kalau dulu bila takde air, mula lah berebut.. kadang-kadang sanggup tu bangun seawal jam 4 pagi semata-mata nak tadah air, nak dapat mandi.. brutal woo zaman dahulu kala..

antara ahli batch 14 yang melawat MRSM Gerik. * hanis tiada di dalam gambar kerana tidak sihat ketika ini

Lepas habis sesi lawatan kami, kami pergi makan tengahari. Sememangnya kami sangat kebulur pada ketika itu. Yalah, puas berjalan kat maktab. Perut pula tak diisi dengan sebarang makanan pagi itu. Hanya dua biji kuih sahaja yang sempat aku jamah pagi itu.

Petang tu, kami bertujuh pergi ke pasar malam. Puas juga kami tawaf satu pasar. Terserempak dengan Sir Izad lagi. Hehehe~ selepas itu, kami pergi ke kedai untuk membeli barang-barang makanan untuk dibawa bersama pada keesokkan hari kerana kami semua sudah berpakat untuk berkelah esoknya. Mula – mula kami pergi ke kedai A Wang. Kat sana tak banyak pilihan. Pulak tu, pekerjanya tak mesra alam. Haisy.. sabar je lah. Terus kami menuju ke The Store. Masuk sahaja The Store, kami terserempak dengan Afnan @ Penan yang sedang bekerja di situ. Memang malu sunnguh dia. Sebab dia ingatkan Ben sorang je pergi situ, jadi dia tegur lah Ben. Tup-tup kami pergi serbu dia. Habis dia malu! Sorry lah Penan!

Malam tu aku, Ma, Ben, Han, Jaie semua-semua tidur lambat. Ni semua gara-gara program berkelah. Mula-mula nak cari kenderaan untuk ke sana. Lepas tu nak cari tempat lagi. Memang banyak betul aral yang melintang. Sabar je lah.. Syukur Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kami berkelah di Sungai Beruk. Sungai apa?? Beruk? Yup! Aku tahu kalian pasti akan tergelak guling-guling bila dengar nama tu, tapi itulah hakikatnya.. tak percaya? Ikut suka hati kalian la..

12/2/2011-hari ketiga
pada pagi itu, kami semua berkumpul di rumah Atiqah. Ayah Adilla akan menjemput kami untuk pergi ke Sg Beruk. Tapi tunggu punya tunggu, ayah Adilla tak juga muncul2. lama juga menunggu, akhirnya pada pukul 10 ayah Adilla muncul juga. Rupanya ayah Adilla baru je balik dari Seberang Perai. Maaflah susahkan pak cik je. Adilla pula masak mihun goreng untuk kami. Masya Allah, buat susah2 je. Nawi & Afnan pergi ke sana dengan menaiki motor. Walaupun mereka berdua hanya ada lesen L sahaja. ceh! Nasib tak kena cekup dengan Inche Polis. Kalau tak..adoii.. Mau masing2 kena bungkus masuk lokap! Eh, tak.. kena merit 10 poin kan? hahaha~

mandi manda kat Sg Beruk memang best! Air dia.. Masya Allah, sejuk gila! Tapi seronok mandi kat situ. Kat Bangi mana ada..Merasa pulak aku nak mandi macam tu kan?
Selepas itu, kami makan2.. dan terus berkemas untuk pulang. Kami akan berkumpul di KFC. Aku memang berhasrat nak belanja rakan-rakan ku yang lain ni. Tambahan pula, Nawi dah nak balik Teluk Intan.



bermandi manda di sungai beruk..


Lepas balik je rumah Atiqah, aku terus solat. Selepas tu kami yang perempuan ni terus berjalan kaki untuk ke KFC. Maklum sahajalah. Mana ada kenderaan nak naik. Lesen kereta pun belum dapat lagi kan? Dah la terpaksa meredah sang mentari yang terik. Masya Allah, memang sabar sahajalah. Tapi demi kawan-kawan, kami semua pulun jugak!

Tapi bila kami tiba di KFC, Nawi beritahu kami bahawa kemungkinan besar dia terpaksa balik esok kerana bas ke Ipoh rosak dan mereka terpaksa menukar tayar. Pulak tu aku tak bawak sekali sijil PMR yang telah Nawi tugaskan aku simpan sementara bagi pihaknya semasa kami melawat MRSM Gerik tempoh hari. Cett!!
Dari kiri: Afnan, Rajaie & Asnawi

hasma, hanis, atiqah, anis, nisah arif, faizah & nani




bersama hanis @ han di KFC
Tup tap.. akhirnya Nawi pulang juga. Bas ke Ipoh tiba jam 4.30 petang. huhuhu~ dah sorang balik.. Rindu pulak rasa. Ha, jangan fikir negatif.. Maksud aku di sini, rindu pulak sebab nya dah tak jumpa lagi. Entah bila aku dapat jumpa Nawi dengan kawan-kawan aku yang lain..Wallahualam. Pukul 5 petang, Nani dengan Nisah Arif pun balik ke Peng.Hulu. Ni lagi buat aku sedih!! Memang serius, aku rasa macam tak nak je lepaskan mereka. Sumpah rindu nak jumpa lagi. Semoga aku dapat jumpa mereka lagi di masa akan datang.

Petang tu hari nampak macam nak hujan. Mendung je. Balik tu aku packing barang. Esoknya dah nak balik Bangi semula. Malam tu juga aku sempat menjengah ke restoran milik ayah Ball bersama Hasma. Minum air jus epal sahaja. malam tu memang aku tak rasa nak makan pun. Kenyang.

13/2/2011-hari keempat
Pagi2 lagi, aku bersama Ma dan Cik Bedah ( mak Hasma) pergi ke kedai untuk bersarapan. Aku memilih untuk makan Nasi Lemak kerana pagi tu aku akan berjalan jauh. Oleh itu, baik aku alas perut dengan benda berat supaya tak lapar nanti dalam bas. Pukul 8 lebih, Han datang dengan Ben. Tiket bas aku pukul 9 pagi manakala tiket bas Han untuk ke Baling pukul 9.15. Sementara menunggu bas, kami sempat berbual-bual.. Alih2, tengok bas Han yang nak ke Baling dah bergerak! nasib baik aku perasan. Apa lagi! Mula lah kami kejar bas tu. Dah la barang2, beg semua dah masuk dalam bas tu. Aisy.. Akhirnya Han berjaya juga naik bas tu. Alhamdulillah.. Kalau tertinggal, tak tahu lah nak kata apa. Pi jalan kaki balik aloq staq la ..

Sementara aku pula terpaksa menunggu hampi satu jam. Dekat pukul 10 baru bas ke KL sampai. Sabar sahaja lah. Pulak tu bas yang datang bukan bas transnasional, tetapi bas mana entah yang dicekupnya. tak tahulah sebab bas transnasional setakat yang diberitahu rosak.. Reda je lah. Bas tu memang bergegar sana sini. Memang jauh beza dengan bas transnasional. Apa2 sahajalah, asalkan aku selamat sampai di rumah!

Alhamdulillah. sampai Hentian Duta dekat pukul 2 petang. penat sangat! Tapi apa-apa pun, aku rasa bersyukur sebab dapat pergi dan balik dengan selamatnya. Rasa penat tu berbaloi sebab aku rasa percutian aku ke Gerik selama 4 hari ternyata berbaloi-baloi. Reunion bersama Ex-Gerik Batch 14 memang sangat menarik! Diharapkan nanti dapat pergi ke sana semula dengan lebih ramai lagi ahli Batch 14 yang turut serta.. Insya Allah! (^^,)

without wax,
hani yahaya :)

notakaki: SAYA SAYNG BATCH 14! SAYA SAYANG CIKGU2! SAYA SAYANG MRSM GERIK! dan sebenarnya, entri ini ditulis pada hari Ahad lagi, sebaik sahaja aku pulang dari Gerik. Namun disebabkan masalah teknikal yang dialami, entri ini terpaksa diolah & diubah suai dan disiarkan semula pada hari Jumaat ( 18/2/2011).

Wednesday, February 9, 2011

Kelas Teori/Amali & Gerik yang kurindui..

Salam 'Alaik..
Okey hari ni tersangatlah letihnya. Manakan tidak? Aku terpaksa menghadiri sesi ceramah selama 6 jam sebagai langah Pra-L, yakni ingin mendapatkan lesen L. Sungguh, kelas itu ternyata membuatkan aku letih yang teramat sangat. 3 jam yang pertama agak menarik kerana sesinya mungkin di dalam bilik yang berhawa dingin.

Namun, untuk 3 jam yang berikutnya, otak aku sudah tidak mampu lagi untuk menerima input-input yang diberikan.Penatnya hanya Allah sahajalah yang tahu. Terus aku memujuk hatiku supaya bersabar.. Sabar ya..Nanti kau akan dapat lesen L!

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga menjalani kelas itu dengan jayanya. Sekarang aku perlu menunggu dalam masa seminggu untuk memperolehi lesen L aku. Syukur!

Tapi hati aku terus melonjak kegembiraan apabila mengenangkan esok aku akan ke Gerik! Yay!! Hati ini bagaikan tidak sabar lagi untuk menjengah ke bumi Gerik. Tempat di mana aku banyak menimba ilmu.

Jadi, mengikut perancangan awalnya.. Aku akan bermalam di rumah bekas teman sebilikku, Hasma sepanjang aku berada di sana.

Pada hari Jumaat pagi, aku dan rakan-rakanku akan pergi ke MRSM Gerik, yakni bekas sekolah lamaku untuk menziarahi guru-guru serta staf-staf di sana. Kemungkinan besar yang akan turut serta ialah aku, Hasma, Anis Arifah @ Ben dan juga Hanis. Nawi dan Jaie serta budak lelaki yang lain aku tidak berapa pasti. Bergantung kepada keadaan semasa.

Hari Sabtu pula, kami bercadang untuk berkelah di Lata Lawin.

Ahad, pulang ke rumah masing-masing.

Begitulah perancangannya.
Namun begitu, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah jua yang menentukan bukan? Dan perancangan Allah itu sememangnya adalah yang terbaik!

Sekian sahaja buat kali ini. Aku masih belum mengemas barang-barangku. Esok pagi seawal jam 7pagi aku terpaksa bertolak dari rumah untuk ke Hentian Duta. Hal ini demikian kerana KL sememangnya akan bertali arus dengan kenderaan yang berpusu-pusu untuk ke tempat kerja masing-masing.

Sebelum saya lupa, doakan keselamatan saya ya sahabat sekalian! Mudah-mudahan selamat pergi dan selamat pulang.. Insya Allah~


without wax,
haniyahaya:)

Tuesday, February 8, 2011

Wajah Baru

Salam 'Alaik..
Okey, mungkin tatkala kalian membaca nukilan yang dikarang ini, wajah blog kepunyaan hani yahaya ini sudah kelihatan sedikit berbeza.. Ya! Berwajah baru bukan?

Sebenarnya sudah lama ingin memasang niat untuk membuat pengubahsuaian ke atas blog ini, namun..ada sahaja kekangan..terutamanya dari segi masa.

Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya, mengapa warna cerah menjadi pilihan hati? Bukankah dahulu minat warna gelap seperti hitam dan biru?

hurm..persoalan itu sebenarnya tiada jawapan yang pasti yang boleh diberikan.. Mungkin mood sekarang suka warna yang cerah-cerah.. Apa-apa pun, selamat membaca dan mengikuti blog hani yahaya ya! Dan jangan lupa untuk memberi sumbang saran anda kepada blog ini.. Segala jasa baik anda didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.( gaya macam nak tulis surat rasmi je) Segala maklum balas anda memang sangat berharga dan mampu memberi hani yahaya, pemilik blog ini inspirasi serta sokongan untuk terus menulis dan menulis.. (haihla..mandat besar sungguh..macamlah penulis terhebat!)

Sekian,

without wax,
hani yahaya :)

Monday, February 7, 2011

Ujian Teori

Salam 'Alaik..

Pagi tadi, aku pergi ke MyEG Services di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi untuk menduduki Ujian Teori untuk Lesen Memandu. Sampai di sana dalam pukul 8.15 pagi. Aku orang ketiga yang beratur untuk menduduki ujian tersebut. Bila nombor giliranku dipanggil, aku mendapati bahawa nama aku tidak lagi didaftarkan oleh Sekolah Memandu tempat aku belajar tu. Haisy.. Sabar sahajalah. Menyirap tu ada juga, tapi aku tenangkan diri ini. Yalah, nak jawab nanti payah pula. Moody pula pagi-pagi ni.. Tak baik untuk kesihatan.( ceh, merapu je )

Nak dijadikan cerita, aku pun mendail nombor Sekolah Memandu tempat aku belajar tu. Dan seperti kebiasaannya, telefon tidak berangkat. Ah, aku sudah jangkakan hal itu semestinya akan terjadi.

Aku mendail lagi, tetapi kali ini mendail nombor telefon bimbit salah seorang tenaga pengajar di sekolah memandu tersebut yang aku rasa elok aku panggil 'pak cik'. ( tidak pasti sama ada tenaga pengajar atau sekadar kakitangan yang menguruskan segala benda ). Lama juga aku tunggu, baru berangkat. Dan seperti kebiasaan juga, aku terpaksa bersabar dengan orang tu kerana dia sememangnya tidak mesra alam orangnya. Nada suaranya itu sungguh menjengkelkan kepada sesiapa yang mendengarkannya. Macam nak tak nak saja berurusan dengan orang. Haihla.. Dia mengatakan bahawa dia mungkin akan sampai pada pukul 9.30 begitu.. Mak aii.. Lambatnya! Aku tak adalah cakap macam tu. Hanya mampu bercakap di dalam hati sahajalah. Jadi mahu tak mahu, aku menelaah buku latihan tu sementara menunggu ketibaan 'pak cik' tu.
Tunggu punya tunggu, hampir pukul 9 pagi tak juga sampai-sampai. Aku menghantar kiriman SMS kepada ibu untuk memberitahu hal yang sebenar. Ibu menyuruhku supaya bersabar. Mungkin ada hikmahNya, dia memberi suntikan semangat kepada anaknya yang seorang ni yang sememangnya kurang sabar dan degil orangnya..hehehe~

Alih-alih, 'pak cik' tadi menelefon aku. Aku pun menjawablah. Dia menyuruh aku supaya mendaftar sendiri kerana internet di Sekolah Memandu rosak. Macam-macam alasan yang diberikan. aku mengiakannya sahaja. Dan dia juga menyuruh aku membayar duit RM27 di kaunter pendaftaran. Masya Allah! Tatkala itu satu sahaja aku fikir. Duit tak cukup!!!

Okey, aku pun pergi lah menurut kata-kata pak cik tu. Menggeletar je rasa bila kena keluarkan duit sebanyak RM30 untuk membayar duit untuk kad ujian JPJ, yuran perkhidmatan dan juga ujian teori. Baki tinggal RM3. Tambah dengan duit simpanan, adalah dalam RM5. Cuma RM8 je yang ada kat dalam tangan aku sekarang? Mana aku nak cekau lagi duit kalau untuk balik nanti? Ha, jalan kaki sajalah! Bukan jauh sangat pun. Kalau ada teksi, rembat.. Tapi bayar tu, biar aku masuk rumah dulu ambil duit. Boleh ke? Dah..dah..pergi jawab ujian dulu!

Aku pun jawablah.. Takut juga menjawab ujian tu. Takut gagal sahaja. Kalau gagal, kena bayar RM40 lagi. Haisy..duit, duit.. Agaknya lah kan, bila lah kita boleh bayar dengan air ke udara ke? tk pun semua benda kat dunia ni tak perlu guna duit. Boleh tak? Hahaha~ idea gila!

Jawab punya jawab.. Alhamdulillah, dapat 47! Terasa macam nak canang satu dunia saja.. ( ni memang ayat tak boleh bla..) Punya lah pulun habisan tahap apa ntah hujung minggu lepas. Nasib tak terbawa-bawa sampai mimpi. Kalau tak, haru sungguh!

Lepas tu, aku pun pergilah ambil slip kat kauter. Penyelia India tu suruh aku bayar RM10 untuk ambil gambar. Aku pun terangkanlah situasi aku yang pada ketika itu tidak mempunyai wang. Dia pun faham sebabnya bila tengok dompet Sonic Underground yang aku pakai sejak aku berumur 9 tahun (Darjah 3) aku tu habuk tak ada! Dia pun cakaplah, tak mengapa..boleh bayar kemudian. Alhamdulillah, lega rasanya kerana ada insan yang begitu memahami. Selepas itu dia bertanyakan aku, bagaimana aku mahu pulang? Balik sorang je ke? Jalan kaki? Aku pun mengiakan. Dia bersimpati terhadap aku terus dia menyuruh aku menunggu teksi di tempat yang berhampiran di situ. Aku pun menurut sahaja katanya dan mengucapkan terima kasih.

Tak sampai 2 minit, aku berjaya mendapatkan teksi. Dalam hati, aku berdoa agar tak jadi apa-apa yang tak elok. Mungkin kerana aku sering membaca tentang gadis dirogol, dibunuh ketika bersendirian sewaktu menaiki teksi jadi, aku risau. Sungguh! Dalam hati aku panjatkan doa kepada Allah agar menyelamatkan aku daripada segala malapetaka. Dan aku juga berdoa agar duit tambang tu cukup kerana aku hanya mempunyai RM8 sahaja dalam tanganku.

Alhamdulillah, aku berjaya sampai di kawasan perumahanku dengan selamatnya. Aku menyuruh pak cik (err..tak tahulah nak bagi pangkat apa..umur dalam 30-an) pemandu teksi tu berhenti di hadapan SMK Jalan Empat yang sememangnya belakang rumah aku sahaja. Dan cuba teka, berapa tambangnya?


jeng..jeng..jeng..


RM7.30!!

wohooo~ Mahal gila bukan? Mungkin selama ni aku tak pernah naik teksi seorang diri kerana biasanya mesti ada ibu di sisi. Ni pula naik seorang dengan duit tak ada.. Haihla.. Aku pun cepat-cepat bayar duit tambangnya dan keluar daripada teksi itu dan menuju ke rumah..


inilah resit tambang teksi..


TAMAT~

Pengajaran:

i)Jangan lupa bawak duit lebih untuk tujuan kecemasan. Kebiasaannya memang aku bawa duit lebih..Tapi entah kenapa hari ini tidak..
ii) Sentiasa bercakap dengan nada lembut dan tolong menolong antara sati sama lain. Aku hairan, kenapa bangsa aku sendiri begitu rendah nilai budi bahasanya berbanding bangsa lain? Bukankah dahulu orang Melayu memang cukup sinonim dengan budi bahasanya yang cukup tinggi itu?


without wax,

haniyahaya :)

Sunday, February 6, 2011

Diriku insan biasa

Salam 'Alaik..
nampaknya sudah lama aku tidak menulis di blog ini.
hehehe~ maaf lah ya.. tidak ada kesempatan untuk menulis..

Semalam tergerak hati untuk lihat semula fail-fail lama yang ada dalam laptop aku ni.

Saja.. nak tengok khazanah lama.. tiba-tiba aku ternampak satu wallpaper yang sudah lama disimpan di dalam fail kepunyaan aku tu..

Tersentap hati aku tatkala membaca madah pujangga itu..
Aku tak tahulah, sekarang ni terasa menusuk kalbu bila baca benda-benda macam ni.. Aku bukan apa..Memandangkan cuti yang masih panjang ni, aku ingin isi dengan perkara berfaedah. Dan tatkala aku membaca bait-bait puisi itu, hati aku bagaikan tersentap.. Sayu je bila baca. Biasalah kan? Hati remaja. Bila berbicara soal hati dan perasaan, memang tidak dapat dinafikan lagi. Remaja dan cinta, dua perkara yang sangat sebati dan begitu lali aku dengar. pergi ceramah, tajuk itu jugak yang dibicarakan. Pergi program mana-mana pun, mesti ada juga terselit persoalan remaja dan cinta. Aku tidak mengatakan diri aku 100% baik, namun aku ingin berusaha untuk menjadi lebih baik daripada diri aku sekarang. Dan bila baca benda ni sebenarnya mengingatkan aku bahawa, memang fitrah nurani manusia ingin menyayangi dan disayangi. Namun, kita tidak seharusnya akur dengan pujukan hawa nafsu bukan?

Aku mengerti, siapalah aku. Diri ini sering bergelumang dengan dosa dan bukanlah insan yang hebat seperti Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda. Sungguh naif dan kerdil bukan insan bernama Hani Yahaya ini?

Oleh itu, bila aku baca aku kata-kata itu, aku dapat rasakan sesuatu..perasaan yang sukar aku gambarkan bagaimana rasanya. Apa yang mampu aku ucapkan ialah aku berharap aku akan menjadi setabah itu dan tidak terjebak dengan perkara-perkara yang menuju ke arah zina. Doakan ya sahabat sekalian! Mungkin sekarang aku masih lagi mampu mengawal hawa nafsuku, namun apabila menginjak ke alam yang lebih dewasa? Masya Allah, mudah-mudahan aku dijauhkan daripada segala perkara yang boleh menjatuhkan maruahku sebagai seorang muslimah.


Apa-apapun, mulai sekarang, kita tanamkan azam baru untuk berubah! Insya Allah~
without wax,
hani yahaya:)
nota kaki: ijtihad asasun najah!

Wednesday, February 2, 2011

Anjing


Salam 'Alaik..
Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk bernafas di bumiNya ini.
Hari ni terlebih rajin online di pagi hari, gaya macam tiada kerja lain pulak ya wahai hani.
walhal,kau ada ujian berkomputer pada isnin depan.. ceh!
ha, hari ini aku ingin berkongsikan pengalaman aku pagi ini..


Okey, pagi-pagi seperti biasa, bangun, mandi.. tapi hari ni berlainan sedikit. Aku terpaksa menghantar adikku, Hadi yakni berusia 9 tahun untuk ke sekolah agamanya dengan berbasikal (memandangkan aku belum boleh memandu). Tapi nak dijadikan cerita, perut aku pula meragam di saat-saat genting ini.. Astaghfirullahalazim.. Sabar je lah..


Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.. Ya! sudah lewat.. Aku terus mencapai tudung yang tidak perlu digosok dan terus menyarungnya di kepala. Ibuku sempat berjenaka denganku.. Macam minah indon hantar anak pergi sekolah, tak pun macam perempuan China yang berbasikal hantar anak. Nampak sangat penampilan aku kelihatan sungguh selekeh pada ketika itu. Aku tersengih sahaja. Yang penting sekarang kena hantar Hadi ke sekolah agama.


Dalam perjalanan pulang, aku terus mengayuh dan mengayuh. Perut dah meragam da.. Tiba-tiba, kelihatan seekor 'bapak' anjing mengejar aku.. Lari punya lari.. Mak datuk!! Laju sungguh! Aku pun mula la mengayuh sekuat hati.. Alhamdulillah, berjaya juga terlepas.. Aku menarik senyum lega. Dan untuk pengetahuan semua, ini adalah kes kedua aku dikejar anjing semasa berbasikal. Kalau jalan kaki agaknya, dah lama kot wassalam kena ngap dek anjing tu.



ha, beginilah rupa anjing tu..




Sebenarnya, sudah banyak rungutan aduan yang dibuat oleh penduduk di sini. Anjing-anjing liar memang banyak berkeliaran di kawasan perumahanku. Anjing ni mencari mangsa tidak mengenal usia. Ada sekali tu, dikejarnya seorang budak lelaki yang ingin ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Budak itu akhirnya terjatuh ke dalam longkang berhadapan dengan rumahku dengan basikal serta sejadahnya. Kasihan bukan?

Macam-macam kes sudah terjadi, namun tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berwajib. Mungkin selepas semua penduduk kat sini sudah dimasukkan ke hospital baru nak ambil tindakan kot.Tak pun tunggu sampai masuk mana-mana surat khabar atau stesen TV. Aku yakin dan pasti, segenap lapisan masyarakat akan turun padang untuk membanteras kes ini..Masa tu lah kita akan lihat, berdedai-dedai orang datang.



Mungkin suara kita begitu kecil.. Tiada siapa yang mahu mendengar. Ya, siapalah kita kan?



without wax,

haniyahaya:)
nota kaki: selepas ini kena training bawak basikal 100km/h la.