Saturday, December 24, 2011

Tak kool pun

Assalamualaikum.

Minggu ni tak berapa busy sangat. Aku rasa lah sebabnya practical dengan tutorial pun tak lah banyak. Seminar pun tajuk dia menarik perhatian, (walaupun pada hakikatnya aku tidur time seminar). Muehehe~ 
p/s: Jangan tiru aksi ini!

So, berakhirnya minggu ni, maka berakhirlah juga Hemopoietic and Lymphoid System. Wohooo!! Seriously, system kali ni best! Aku tetibe rasa nak jadi Hematologist lah pulak. Hahaha~ Macam-macam. Kejap nak jadi neurologist, kejap nak jadi orthopaedist lah, apa lah. Chaitt!! Takde pendirian yang teguh betul. 

Nak dijadikan cerita, practical Khamis lepas tu pasal Bleeding Time (BT), Clotting Time (CT) dengan Blood Group. So, masa buat practical tu aku excited lah jugak, sebab boleh cucuk kawan-kawan. Hahaha. Aura kejam di situ.

Aku serius tak kesah dengan darah-darah ni. Kalau ikutkan, aku nak je derma darah dulu masa Pusat Darah Negara buat kempen derma darah. Tapi berat badan aku tak cukup. Hahaha. Jadi konklusinya, aku memang tak boleh derma darah, bukannya tak mahu. Habis karang, kalau aku jadi anemia macam mana? 

Err.. apahal dah lari tajuk ni? Oh!! Pasal practical tu kan.. Masa buat experiment CT tu, aku pun teruja lah jugak nak tahu. So, bila Dr. Ani tengah explain, aku pun join lah dengar. Tiba-tiba aku rasa macam mual semacam. Aku tak tahu lah apa kes tetiba rasa macam tu. Sampaikan, aku tengok darah dalam capillary tu aku rasa nak makan je.. (Err..adakah aku sedang berhalusinasi ataupun sedang mengalami proses transformasi untuk menjadi pontianak seperti Damon Salvatore yang super kool tu?) 

Mr Damon Salvatore who is super cool and awesome!
Source: Google.com
Lepas tu, aku mula pening. Ah sudah. Apahal pulak ni. Aku serius rasa nak pengsan je time tu. Tapi mana boleh. Jatuh lah saham aku karang. Malu woo.. Takkan darah punya pasal aku sampai nak pengsan pulak! Chaitt!! This-is-so-not-Hani!

Aku pun mengambil keputusan mengundur diri. Aku terus jalan terhuyung-hayang kat kerusi aku, terus cakap dengan Jiha, aku nak pengsan. Jiha terus urut belakang aku, walaupun aku tak mintak. Hahaha~ Like a boss!! Click Me~

Lepas 5-10 minit macam tu, baru aku okey. Aku tak tahu lah pasal apa tetibe aku jadi dizzy macam tu. Maybe sebab perut aku masa tu kosong gila kot. Tu yang tengok darah sampai ada sensation and desire nak makan. Perghh!! Pasnih boleh join in the Salvatore brothers lah kan? Yeay!! 

Kesimpulannya, aku tak tahu apa pasal aku boleh jadi macam tu. 

Ha.. Pastu semalam kelas habis pukul 11 lebih. Perghh!! Memang seronok gila lah kan.. Kelas haritu pulak macam tak berat sangat. Pulak tu hari Jumaat, dan dapat extend cuti sehari sebab Krismas.. Lagi lah ramai orang macam lemau gila datang kelas. 

Lepas habis kelas tu, aku pergi Tesco Extra depan MSU tu dengan Arina dan Georgie sebab aku dengan Arina semangat benau nak masak Soto hujung minggu ni. Hahaha. Sila jealous okay? 

Soto ayam + Begedil. Perghh!!!
Sumber : Google.com

So, tengah nak beli daun sup bagai, tetiba Arina dapat call. Aku yang dok sebelah dia ni pelik juga. Apahal sound formal macam cakap dengan menteri. Musykil aku seketika.

But then, I sensed something. Yeah.. something.. Aku terus pandang dia dan tanya dia, " Duit dah masuk ke?"
Dia terus senyum dan angguk kepala, walaupun sedang berinteraksi dengan orang Account Dept. tu..Aku dah agak dah. Memang aku ada gaya macam Nujum Pak Belalang. Memang berjimba sakan lah member aku hujung minggu ni.  Click Me~

Petang tu, aku pergi ambil cek tu. Pastu pergi Bank Islam dengan CIMB Bank untuk depositkan cek tu. Aku serius tak tahu menahu pasal deposit cek ni. Shame on you! Sebab selama ni aku suruh ayahanda aku je buat. Manja Tak berdikari gila aku. 

Malam tu, hantar Aina Sakina ke bus station sebab Aina nak balik Kelantan. First time aku lalu highway. Serius cuak gila aku. Kecut perut aku. Dah lah bawak kereta orang. Tu satu hal. Pastu nak carik parking pulak lagi lah.. Haih.. Aku ni baru P. Memang bab parking ni aku tak pro mana. So, aku punyalah parking ikut suka aku je. Gasaklah senget ke apa. Janji aku parking kat tempat sebetulnya :)

Pastu, aku, Fatin Azreen dengan Arina decide nak berhuha sebentar. So, kitorang decide lah nak pergi i-City. At first tu macam sesat kejap pergi i-City tu. Lepas tu.. jumpa.. Kitorang decide nak drive-thru je. Tak nak masuk dalam untuk main ke apa. So, lalu je lah. Tetibe kena amik parking ticket. Apa-apa je lah kan. Aku pun drive tahap romantik gila macam apa lah kan. Orang tak pernah jejak i-City lagi lah katakan. Hahaha. Tengok cuci-cuci mata. Banyak lampu. Kalau boleh seludup satu dua pastu letak kat rumah aku pun best jugak. Memang macam fun fair ke apa lah nanti rumah aku. Dibuatnya letak kat bilik aku, memang aku insomnia lah sebulan.

Pastu bila nak keluar, ada orang tu kata kitorang kena bayar juga. RM 10 pulak tu. Aiyoo!! Aku ingatkan RM5 je sebab haritu kawan aku kata benda tu kalau kita parking atau drive-thru ke, just bayor RM5 je. So, aku tak lah kesah mana. Tiba dapat tahu RM10.. Pfffttt..Rasa macam nak patah balik je time-time tu jugak. Cis! Rasa nak bagi penampaq Jepun pun ada! Jadi dengan serta paksanya, kuhulur jua not RM10. Dalam hati rasa nak bakor je i-City tu. Untung gilak kau!! Padahal lampu je pun. Baik aku light-gazing lampu neon atau lampu kalimantang kat rumah aku. View dari rumah aku pun lawa apa, Siap boleh nampak KLCC, KL Tower, KTM Batu 3, Menara Telekom. Lagi class you!!

Pasnih, memang tobat tak nak lagi pi i-City tu. Buat rugi duit aku ja.. RM10 tu boleh tampung duit lunch aku untuk 3 hari kot!!!!! 

Dan pagi ni.. Hari Sabtu. Aku buat lah house chores. Mengemas, menyapu, basuh baju semua tu lah kan. Tiba-tiba, hidung aku bau something. Something yang aku kenal bau tu bau apa. Aku pun mula mencari dan mengihidu.. Dari mana arah bau tu. Dah ada gaya werewolves dah ni.. Tup-tup.. Aku nampak putung rokok kat balkoni rumah. Masih berasap lagi bhaii!! Cis! Kejadah!Click Me~

Apahal ada putung rokok kat sini. Nak kata aku yang merokok.. Memang bukan aku. Rumah aku pun siapa je kaki halau nyamuk. Pulak tu, memang cun dia punya abu putung rokok tu jatuh atas seluar track aku yang baru saja dijemur. Aku memang berasap gila time tu. Memang mood pagi tu hancur! Aku rasa kalau aku jumpa tuan empunya rokok ni, nak je aku bagi habuan kat dia. Sabau je lah. Jadi, terpaksalah aku basuh semula baju-baju aku yang ada bau rokok. Nasib baik ada Cik Mesin Basuh yang sedia berkhidmat untuk aku. Weeee!! 

Seriously, aku benci gila orang merokok ni. Kut ye pun kau nak buang putung rokok tu, tak boleh ke buang kat tempat sepatutnya? Hang tak kan tak dak ashtray kot? Tak pun buang lah kat tong sampah. Yang dok campak kat rumah aku tu awatnya? Uncivilized betoii!!

Stop smoking or stop breathing.
You choose.


Sekian sahaja untuk minggu ni. Memang dull pun. But, who cares?

without wax,
haniyahaya.

nota kaki: Terima kasih Aina Sakina sebab sudi pinjamkan kereta dan beri kepercayaan untuk drive kereta awak. Sorry kalau bawak macam orang nak berlakon Fast & Furious 6!

nota kuku kaki: Minggu depan Community Medicine. Nice!! Jadual tak padat. Sukanya dalam hati..*imagine lagu P.Ramlee tu

nota kuku kaki ku: Hujung minggu ni bakal dihabiskan dengan menonton filem, drama dan anime. Aku dah gelak bagai orang gila tengok How I Met Your Mother.

nota kuku kaki kakakku : Sila abaikan kekasaran bahasa di bahagian cerita tentang rokok. Memang sedang menaip dengan nada marah. Harap maklum.


No comments: