Thursday, December 29, 2011

Soto

Salam 'alaik. 
Oh hari tu aku ada cakap pasal nak buat soto kan masa cuti Krismas haritu? 
Hehehe~ Pada awalnya plan tu musnah gara-gara ketiadaan sup bunjut. 
Namun, keesokan harinya, setelah menggeledah kabinet dapur, aku telah mendapati ada satu paket perencah sup sayur. Yeay!!
Maka dengan kepakaran yang ada mengalahkan Masterchef *angkat bakul, aku pun pakai main redah je buat sup. Gasaklah jadi ke idak kan. Aku je pun yang makan dengan Arina dan Fatin Azreen. 

Sup, daun sup, ayam yang dah disiat halus, begedil dan sambal kicap.
Bawang goreng dan nasi himpit tiada dalam gambar.
Kredit : Fatin Azreen

Tara!! Ni lah ghupe soto nya..
Amacam? Agak-agak boleh buka kedai tak lepas ni? :D
Kredit : Fatin Azreen
Terima kasih kepada Arina dan Fatin Azreen yang turut sama memasak. Bukan aku sorang je.. Hahaha. Ada tiga orang semuanya. Arina punya begedil dan sambal kicap memang uummpphhh lah!! Terbaik! Aku pun tak ingat berapa banyak cili api dalam tu. Tapi yang pasti, ianya sedap sampai menjilat jari! Hehehe :)

Sekian,

without wax,
haniyahaya :)

nota kaki 1 : Lepas ni ada plan nak bukak restoran kat Prima ni. Nak kalahkan restoran Kak Yong. Memang keusahawanan kerjaya pilihan, selaras dengan misi ke moto ke apakebenda ntah masa kat maktab dulu. Hahaha. 

nota kaki 2 : Aku suka memasak, tapi tak suka mengemas. Hahaha *sila bayangkan gelak dengan penuh keji dan kejam.

No comments: