Saturday, December 31, 2011

PLKN...oh tidak!!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Sedar atau pun tak, tirai 2011 bakal berlabuh tak lama lagi. Dan esok, Insya Allah, kita akan menyambut tahun 2012. Dan sudah semestinya, umur kita juga bakal bertambah. Whoa!! Macam tak percaya, aku dah nak ___ tahun. *Sila isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. Sekiranya betul, anda berpeluang memenangi choki-choki.. Okey, tipu. Choki-choki sekarang dah mahal oh!! -_____-

Okey berbalik pada tajuk asal. Siapa yang tak tahu, apa tu PLKN? PLKN atau nama penuhnya ialah Program Latihan Khidmat Negara. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum dan integriti nasional dan sebagainya. *Sila gunakan perkhidmatan Inche Google untuk memperoleh maklumat lanjut tentang PLKN. Maaf, saya bukan Inche Google.

Sumber: Google.com
Untuk pengetahuan semua, aku dulu pernah masuk program ni. Tapi tak lama pun. Dalam 10 hari je. Hahaha. Sila baca entri ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Tapi serius aku cakap. Program ni memang syok sangat-sangat! Kalau ikutkan hati aku dulu, nak je aku sambung balik PLKN. Tak payah lah pengecualian. Tapi kalau ditawarkan sekarang, kirim salam je lah aku nak join balik. Baik ternak lemak, tanam anggur kat rumah. Hehehe.

Sebenarnya, aku tak sangka pun yang aku dapat masuk program ni. Aku ingat lagi, masa tu kat maktab. Tengah nak tunggu taklimat tentang sponsorship Khazanah ke apa ntah.. Aku duduk memang spot cantik punya kat belakang surau tu. Nak dijadikan cerita, masa tunggu orang tu datang, aku pun beradu sebentar. *Take a nap.. Muehehehe. Pastu, kaunselor aku tiba-tiba buat pengumuman. 
" Di sini ada senarai nama pelajar yang bertuah yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara bagi Kumpulan 1Siri 08/2011. Saya bacakan eh nama-namanya," ujar Kaunselor aku tu.
Tup..tup..
" Hani Yasmin Binti Yahaya. 516." 
Pffttt!!!!!!!!!!! Gila!! Aku memang syok tidur tak sedar apa lah kan. Tahu-tahu je, member aku dah bersorak cakap congrats, tahniah bagai kat aku. Aku yang masih lagi kebingungan cuba mencerna. Apa kes ni? Apahal lah nak congrats aku ni. Ingat aku dapat jackpot atau menang loteri percutian 7 hari 7 malam ke Kerajaan Bersatu ke apa? 

Lepas dua tiga minit, otak aku dah mula proses maklumat. Barulah aku faham. Masa dapat tahu tu rasa macam. Cett!! Saje je nak hancurkan aku punya pelan cuti lepas SPM. Baru cadang nak beronok-ronok kat rumah, mengonline kan diri 24/7. Aduiii!!!

Masa tu, riuh rendah juga lah. Ramai yang mengucapkan tahniah. Ada tu ikhlas, tapi tak kurang juga dengan nada penuh sarkastik. Choii!! Lepas dapat tahu tu juga, ramai lah cerita pasal baik buruk program ni. Aku pun dengan rela hati tadah je lah telinga dengar orang kata itu ini. Ada tu cerita pengalaman abang di lah, kakak dia lah, mak cik dia lah, semua lah yang seangkatan dengannya. Macam-macam cerita yang aku dengar. Ada tu kata best, ada tu kata duduk macam kat penjara dan macam-macam lagi. 

Ada satu malam nak dekat SPM tu, aku dapat SMS dari kawan aku. *Kantoi bawak handphone pergi  sekolah. Hikhikhik Dia kata tempat kem yang bakal kita pergi tu dah boleh check by SMS. Aku masa tu dengan penuh keterujaan, terus je SMS, tanpa menanggalkan telekung yang dipakai selepas solat Isyak dari surau. Setelah 5 saat gitu, aku pun dapat balasan. 

Nokia 2300
Source : Google.com
" Hani Yasmin Binti Yahaya.No K/P: 93XXXX-XX-XXXX
Tahniah! Anda berjaya ...... di KEM PLKN MILLENIUM, BERANANG, SELANGOR.Sila berkumpul di Hentian Kajang, Jalan Reko pada 3/1/ 2011"
Aku sengih je. Pastu terus inform kat mak aku. Dan selang 1 minit 28 saat kemudiaan, aku menerima balasan. 
" Dekat je. Kalau kentut pun boleh bau :) "
Cool betul mak aku kan? Hahaha. Tapi, aku dapat tahu, aku sorang je yang dapat kem tu. Budak batch aku yang lain dapat tempat lain-lain. Ada tu kena pergi Sabah lah, Sarawak, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor. Macam-macam. Aku punya.. Perghh.. Dekat gila!! Dan aku still ingat lagi, malam dapat tahu kem kat mana, ada budak laki batch aku siap buat announcement kat surau untuk canang nama kem kawan kitorang. Haru betul! Mentang-mentang kawan tu dapat kem kat Sabah. Bukan setakat malam tu je. Esoknya lepas habis baca Al-Mathurat masa Subuh pun dibuatnya announcement yang sama. Sabar je la :D

Dan 3/1/2011 tu, aku pun pergi lah berkumpul kat Hentian Kajang. Ramainya manusia!! Haih.. Tak sangka betul. So, lepas mendaftar, aku pun pergi lah ke bas. Aku tengok orang ramai yang touching-touching, menangis sebab kena tinggalkan family. Maybe aku yang dah biasa dok asrama ni dah biasa, so tak de lah nak buat drama air mata kat situ pulak kan. Jatuh reputasi aku woi!

Perjalanan ke kem tu agak mengantuk. Ni semua gara-gara tidur lambat pada malam itu kerana ingin mengonlinekan diri buat kali terakhir sebelum pergi berkhidmat untuk negara. *Wah!! Ayat puitis gila.. Tapi aku tak tahu pasal apa aku tak boleh lelapkan mata. Adrenaline rush mungkin :)

Bila sampai kat kem tu, kitorang diberi taklimat. Pergi serahkan segala borang. Borang medical check-up, borang kebenaran ibu bapa dan segala bagai. Lepas tu, penyerahan handphone dan pemeriksaan beg.

Untuk makluman, kat kem tak boleh pegang handphone. Hujung minggu je boleh pegang. Ala-ala sistem kat maktab aku dulu. Tapi aku dengan selamba badak je pegang handphone 24/7. Masa pemeriksaan beg, segala alat elektronik macam seterika dan cerek elektrik akan diambil untuk simpanan. Begitu juga dengan ubat-ubatan, rokok, maggi dan alatan tajam termasuklah gunting. Benda tu akan disimpan buat sementara waktu je. Nanti bila dah habis masa bulan 3, dapatlah balik :)

Disarankan agar anda tidak membawa beg roda seperti ini.
Ini menyukarkan anda untuk menyimpannya.
Kalau perlu sebab naik flight tu takpelah.
Jangan lupa bawa baldi, penyangkut baju dll.
Baldi tak disediakan. Sekian.

Lepas tu, check in barang. Aku dapat Dorm D. Dorm yang kat tengah-tengah. Jadi senang jugak kalau nak bergerak. So far, dia ada Dorm A - Dorm H. Dan basically, korang akan dicampurkan dengan pelbagai bangsa dan agama dalam satu dorm. Tambahan pulak, kema aku tu ramai budak Sabah dan Sarawak. So, memang macam-macam bangsa kitorang ada. Seronok sebenarnya. Korang dapat expose dengan dunia luar. Mungkin selam ni korang asyik berkawan dengan orang Melayu, *macam aku ni haa.. Jadi, PLKN ni satu platform untuk korang kenali dunia luar :D

Bercakap tentang aktiviti, maybe aku tak lah banyak pengalam sangat berbanding kawan-kawan kau yang lain sebab aku dapat join 10 hari je kan. Tapi apa yang aku tahu, kalau solat tu kitorang kena solat berjemaah. Pagi-pagi ada latihan kawad, ada PT pagi kat Padang Kawad. Lepas tu, breakfast dan ada kelas. Kelas tu dia ada banyak modul. Aku sempat join kelas CB/PK - Character Building/ Pembinaan Karakter. Masa tu aku masuk PK2, dan group aku, Malaya Tiger. Ahli group aku rasanya paling best, sempoi, happening.. Serious!! Aku just ingat ahli group aku, Mazni, Gabrielle, Amir Hakim, Nazeem, Faizal, Endy, Deshriin.. Lagi tu, aku ingat-ingat lupa lah.. Sorry guys. My bad! :(

Lepas tu, yang bestnya, korang nanti akan dibahagikan ikut kompeni; Alpha, Bravo, Charlie & Delta. Aku dapat kompeni Bravo. Serious syok gila sebab kompeni aku selalu je menang! Even masa last day tu tak lah menang kompeni terbaik, tapi dapat menang banyak gila pertandingan and etc..

Actually, if orang kata PLKN tu tak best, aku rasa salah. If orang kata PLKN tu macam wasting time or whatsoever, it is NOT! Serius.. Kalau korang duk rumah, nanti masa terbuang begitu saja. At least kalau masuk situ, dapat juga lah kawan baru. Syok apa.. Terisi juga masa. Korang pun nanti dapat banyak benefits. Dapat elaun, dapat kad pintar!! Serious, jealous gila tengok member yang dapat kad pintar nih tau tak?? Aku tak dapat pun since aku tak cukup sebulan dok kat kem tu. Kad pintar tu banyak benefits dia. Bila korang tahu nanti, baru korang akan rasa heaven

And tell you what.. I felt so grateful that I was chosen to be in there. Really. PLKN tu beri satu impak kat aku untuk buat major turning point dalam hidup aku. Bila kita dah keluar dari kepompong dunia asrama, kita akan rasa macam.. Oh, ini rupanya dunia luar.  Bukan nak kata dunia luar ni jahat. Tak!  Maksud aku, selama ni dok kat asrama ada warden semua nak suruh itu ini. Then sekarang, bila dah bergaul, kau kena pandai bawak arah tuju kau sendiri. Macam mana kau nak handle, nak bergaul dengan orang. It's up to you man! Nobody is going to force you. Heaven isn't it?


Kenapa aku kata major turning point.. Sebab kat sana aku dapat kenal ramai orang, ramai latar belakang yang berbeza. Orang kata, lain rumput, lain belalang. Bila kita kenal ramai orang, maka lebih banyak perangai atau kerenah yang kita dah jumpa. Dan itu sekali gus membuatkan aku terfikir, takkan sampai takat ni je.. Aku kena buat something. Aku kena ubah. Kena banyakkan tarbiyyah diri. Seriously, aku rasa kerdil sangat. Polish up mana yang patut. Macam-macam lagi.

Jadi, buat adik-adik yang bakal ke PLKN nanti. Jangan risau! Seriously, you'll have so much fun there! You'll gain new knowledges, make new friends and much more. So, cheer up! Fix your niat (intention) for Allah. Just ignore what people have said :)

[Al Baqarah 2: 216]
Source : abidasays.tumblr.com
Last but not least...
inspiredbythisfeeling.tumblr.com

Jutaan terima kasih buat rakan-rakan PLKN. Walaupun kenal korang tak lama, tapi pengalaman dengan korang takkan dilupakan. Hopefully, we'll meet again each other. Do keep in touch! 
May Allah bless ^__^

without wax,
haniyahaya :)

nota kaki : kalau anda dapat Kem Millenium, jangan risau. Cikgu-cikgu kat sana semuanya baik-baik! 

No comments: