Monday, December 5, 2011

Pengalaman ke Gua Tempurung

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah. Syukur kerana sekali lagi diizinkan oleh-Nya untuk terus bernafas di muka bumi ini. 

Okey, sudah lama sebenarnya kan tak mengupdate blog ni. Kalau ikutkan hati, nak je.. Tapi kekangan masa selalunya akan membantutkan usaha tu. Haihh. Selalunya entri-entri yang sudah dikarang akan tersimpan rapi di dalam kotak draft. Maaf lah ye.. *Eceh, bajet gila ramai orang dok baca blog ni..

Alhamdulillah, tamat sudah Pro Test I pada minggu lepas. Susahnya tak payah kata!! Mungkin aku je kot yang rasa macam tu sebab aku study last minute. Orang lain siap dah hafal segala muscle, bones, nerves, veins and arteries.. Tapi aku releks-releks dulu. Haiyaa.. Dah.. Ni jadikan pengajaran. Belajar medik bukan semudah yang disangka. Only one word to describe it : Tough! But, it is very fun! Trust me! And not too forget, you need to have a good memorizing skill! 5 bintang punya!! Hahaha~

Okey, cukup setakat itu. Ha.. Bila nak masuk tajuk kat atas tu? Okey.. Sabtu baru ni aku pergi Gua Tempurung dengan keluarga aku. Bertolak dari Bangi kira-kira pukul tujuh pagi dan sampai sana dalam pukul sembilan pagi. Masa kitorang sampai tu tak ramai lagi. Adalah dalam beberapa kumpulan. Jadi, kitorang pun pergi lah beli tiket masuk. Dia ada 4 pakej tak silap. 2 aktiviti yang melibatkan aktiviti kering (dry) dan 2 lagi aktiviti basah (wet). And of course, we chose wet instead of dry. Hehehe~ 

Laluan sebelum masuk ke gua
Sumber : http://www.guatempurung.com/gua.htm
Tour guide kami tu dia ada cerita sikit pasal stuktur gua tu yang dah unik. Pasal stalaktit dan stalagmit. Ada tu bentuk macam perempuan mengandung. Serius memang nampak macam perempuan mengandung, tapi entah kenapa aku terbayang muka hantu macam kat komik Doraemon. Hahaha. Pengaruh komik banyak betul! Lepas tu ada bentuk monyet bawa kereta. Tapi part tu memang aku langsung tak boleh tengok. Tang mana monyet, tang mana stereng. Haihh
 -_________________-

Keadaan di dalam gua
Sumber : http://www.guatempurung.com/gua.htm
Subhanallah!
Sumber : http://www.guatempurung.com/gua.htm
Tapi yang best kan, ada satu part tu aku nampak macam pelvic gidle. Hahaha~ kelakar betul. Sempat lagi masuk Anatomy. Kalau Dr Israa tahu ni, mesti dia akan cakap, "I love you!" :D

Best tu memang best sebab benda ni challenging. Awal-awal tu kena naik turun tangga. Tu pun agak memenatkan sebenarnya sebab gua ni tinggi. Lepas tu, kena menggelongsor la, redah air yang sejuk.. Memang seronok! Jadi kepada sesiapa yang minat dengan aktiviti lasak, memang sesuai sangat! 

Lepas habis aktiviti kat Gua Tempurung, kami pergi check-in homestay dekat Taiping. Haa.. Lama dah tak pergi Taiping. The last time I remembered when I was in Form 3. That was when I went to MRSM Taiping for Dr Sheikh Muzaphar's talk. Hehehe~ Petang tu sempat ronda-ronda Taiping sampai lah ke Kuala Sepetang. Kuala Sepetang pun last time pergi masa Form 3 lanjutan (Form 4 dah sebenarnya, tapi ni masa program KIKA kat MRSM Gerik dulu). 

Lepas meronda, kitorang pergi Zoo Taping sebelah malamnya. Nak pergi Night Safari. Memandangkan benda tu mula buka pukul 8.30 malam, jadi kami pun solat Maghrib dulu. Ramai juga yang datang. Memang kena berhimpit jugalah nak beli tiket. Cuti sekolah lah katakan.

Kalau orang Taiping / Perak dapat diskaun :) 
Sumber : http://www.zootaiping.gov.my/
Night Safari tu boleh tahanlah, tapi.. Gelap benor. Susah nak cam haiwan-haiwan kat situ. Lepas habis je pusing zoo tu, kami pun balik. Penat. Esoknya nak berjalan lagi. Nak pergi rumah orang kahwin kat Sungai Siput. Lepas tu nak balik Bangi. Memang confirm penat punyalah!

So, basically.. That is how my holiday went. Biasa-biasa je. Takde lah gah mana pun.

Oh lupa pulak, segmen pesanan penaja ikhlas dari hati. Kalau nak pergi Gua Tempurung tu, jangan lupa bawa lampu picit a.k.a torch light sebab keadaan dalam tu gelap. Boleh je nak beli kat situ, tapi kalau siap-siap bawa dari rumah, kan senang dan jimat! Hehehe~ 



Sekian, 

without wax,
haniyahaya :)


No comments: