Saturday, December 10, 2011

Merdeka sudah kita!

Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah syukur. Syukur kerana diri ini telah dianugerahkan kesempatan oleh Allah untuk terus lagi berada di bumiNya. 

Sedar tak sedar, hari ni dah 10 Disember 2011. Maka sudah genap setahun satu hari aku tamat menduduki SPM. Ya! Lambat.. Tahun lepas aku habis SPM 9 Disember 2010. Agak lambat berbanding kawan-kawan yang ambil sembilan subjek yang lain memandangkan paper last aku masa tu ialah PSV. Ye, aku ambil seni. Kenapa? Dosa ke kalau ambil seni? 

Aku tahu, bila aku cakap yang aku ambil 10 subjek untuk SPM dan PSV sebagai subjek ke-10 aku, ramai yang tertanya-tanya. Apahal budak ni ambik Seni? Bukan ke kau ambik pure science? Heh. Apasal kau tak ambik Akaun ke, EST ke? Baru namanya budak science!
Aku pun dah lali dengan soalan tu. Alah bisa, tegal biasa orang kata. Aku pun tak kesah. Lantak lah orang nak kata apa pun kan? Kita pun bukan boleh tutup mulut orang. Tu hak mereka untuk berkata. 

Sebenarnya, aku malas nak ambil Akaun atau EST. Memang malas. Hahaha. Kalau seni at least aku boleh relax-relax sikit. *Tak pun sebenarnya okey? Click Me~

Dan bila mana orang tengok carrier tag aku dulu, mesti orang tanya, kenapa nak ambil seni sedangkan cita-cita nak jadi doktor? Haa.. Tu satu lagi soalan famous. Kalau ikutkan hati, nak je jawab, orang seni pun boleh jadi doktor. Dan doktor pun boleh jadi orang seni. Macam Frank H. Netter. Hahahaha. Tapi takdelah aku jawab macam tu. Tu jawapan dalam hati je. Kalau orang tanya macam tu, biasanya aku akan jawab, 'Dah minat. Nak buat macam mana.' Click Me~

Okay.. Ni sebenarnya dah lari daripada tajuk. Tajuk lain, bebel lain. Hailaa.. Okey, sejak akhir-akhir ni aku selalu tengok status-status Facebook adik-adik junior aku yang dah merdeka SPM. Bukan bermakna aku stalker.. Oh tidak sama sekali!! Dah benda tu naik kat News Feed aku. Aku pun baca je lah kan. Hahaha. 

Sumber : Google.com

Rata-rata semua rasa dah merdeka sebab semua bebanan yang ada kat dalam kepala, bahu semua dah habis. yelah. Perjuangan sudah selesai lah katakan. Yeah, I know those feelings because I used to be in the same boats as you guys! 

I'm free!!! Oh yeaahh!!
Sumber : Google.com
Jadi masa free ni kebanyakkannya akan diisi dengan perkara-perkara yang masuk dalam list qada' atau to-do-list-after-SPM. Antaranya ialah:

1. Drama/Movie marathon. 
Selalunya budak-budak perempuan la yang akan buat benda ni. Laki mungkin jarang kot. Dan of course, drama-drama atau filem Korea menjadi pilihan hati. Dan juga juga tak terlepas daripada aktiviti ini. Err.. tapi bukan Korea lah. Aku bantai semua mat saleh punya cerita dan juga drama Melayu. Hahaha~

2. Membaca.
Biasanya bahan bacaan yang menjadi pilihan ialah novel dan mungkin juga bahan bacaan yang ringan-ringan seperti majalah dan komik. Biasanya novel-novel tu mesti novel cinta yang disimpan sebelum SPM tu akan menjadi santapan. *kecuali aku. Kira qada' baca novel cinta lah ni..Betul tak? Dan seperti biasa, aktiviti ini jugak aku tak pernah miss. Habis semua kad library family aku ditibai oleh aku gara-gara nak pinjam buku kat public library dulu. Balik tu memang tinggi menggunung stok buku cerita aku. Bila baca tu, kadang-kadang sampai jadi psycho sekejap sebab terlalu feel. Ada jugak rasa macam kenyang je bila mengadap cerita tu. Tak payah nak turun makan ke apa. Hahaha. 


Hlovate's writtings are truly inspiring.
And I start loving her masterpieces during
school holidays after SPM was over.
Tunas really reminded me of my college. Seriously :(
Sumber : Google.com

3. Kerja part-time.
Habis SPM ni lah masanya untuk kita mengenal dunia luar dan menimba pengalaman. Salah satu caranya ialah melalui kerja sambilan di mana-mana. Biasanya francais-francais seperti KFC, Mc Donald's, Pizza Hut, 7 Eleven dan lain-lain lah menjadi pilihan budak-budak lepasan SPM ni. Aku tak pernah lagi try buat kerja part-time sebab dulu aku malas. Lagipun aku busy lepas SPM dulu. *Dusta semata. Tapi serius, best sebenarnya aku rasa buat kerja part-time ni. Maybe lah orang kata penat, gaji ciput je.. Tapi cuba fikir balik, pengalaman tu yang aku rasa penting. Dan pengalaman tu lah yang akan mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa dan matang. Insya Allah.

4. Bercuti.
Tak kesah lah sama ada bercuti dengan keluarga atau rakan-rakan, tapi aktiviti ni memang best. tambah pulak kalau duit dalam poket tu banyak. Memang best travel. Destinasi pilihan seperti Europe, rantau Asia, Australia dan pulau-pulau yang menarik sudah pasti menjadi pilihan. Tapi tu bagi yang ada budget besar lah. Tapi kalau bercuti dalam Malaysia pun, apa kurangnya. Malaysia ni pun banyak jugak destinasi perlancongan yang menarik di samping boleh berjimat-cermat demi keamanan sejagat.. -____-"
*aku rasa macam dah boleh jadi duta Kementerian Perlancongan lah pulak. Ngeee~~

5. Belajar memandu.
Yeah!! Basically, inilah perkara yang majoriti budak akan buat. Masing-masing mesti sibuk nak buat lesen kan? Barulah cool kalau ada lesen. Betul tak? *seriously, tak de lah cool mana pun.. Biasa je.
Ecehh!! Alah, mestilah. Nanti boleh lah meronggeng sakan. Boleh lah ke sana ke mari tanpa mak ayah. Boleh hantar adik pergi sekolah. Boleh hantar mak pergi pasar. Hahaha. Tapi yang paling penting, boleh update sakan kat Facebook dan Twitter dan juga Blog tentang diri kita yang sudah pergi ke kelas KPP, dah dapat L, dah passed JPJ test, failed JPJ test, pegawai JPJ tu garang macam singa lah.. Macam-macam. *Aku pun pernah buat gitu jugak. Ngeee~~ Tak malu betul.

6. Belajar memasak
Penting! Sangat penting! Paling penting!Hahaha. Bagi sesiapa yang berhajat untuk meneruskan pengajian ke luar negara, baiklah kiranya anda mula belajar memasak sementara cuti sakan ni. Salin lah resepi siap-siap daripada mak anda buat bekalan. Aku pun mula-mula rasa macam ala.. malasnya masak ni walaupun pada hakikatnya aku perempuan. Cukuplah sekadar tahu teori, praktikal tak perlu kot. Tapi, anggapan tu sebenarnya salah. 
Sebenarnya penting belajar masak. Karang nak makan apa. Tak kesah lah laki ke perempuan, benda ni penting. Nak-nak kalau dah nak fly oversea. Lagi lah kan. Mana ada nasi lemak, ayam masak merah, tom yam bagai. Mana ada mapley 24 hours bukak kat oversea nuunn.. Kan? Lainlah Malaysia. Hahaha. Tu pasai aku belajar kat Malaysia je. Syurga makanan bak kata orang! Kalau nak, buat sendiri lah! Kesimpulannya, belajarlah memasak dari sekarang. Tapi jangan paksa diri nak masak terus jadi. Biasalah tu. Adat belajar. Mungkin awal-awal tu tak sedap, tapi lama-kelamaan sedaplah. Practice makes perfet, don't ya?! 
Tiba-tiba rasa nak makan pai epal pulak. hehehe :)
Sumber : Wikipedia

7. Misi pemantapan diri.
Yang ni paling best. Sangat best! Terlalu paling best! *err..terlalu dan paling mana boleh dalam satu ayat cik kak oii!! Aku rasalah! Aku tak tahu kalau orang lain anggap apa. Tapi bagi aku, masa lepas SPM ni, banyak benda yang boleh dipelajari untuk memantapkan diri. Bagi yang tinggal di asrama macam aku ni haa.. Lepas habis je SPM ni, korang akan rasa sedikit culture shock atau dalam Bahasa Melayu, kejutan budaya. Bukan apa.. Kita dah biasa tinggal kat asrama. Persekitaran kita dulu lain. Dulu ada warden nak tegur kita kalau kita tak pergi solat ke apa. Dulu ada cikgu yang nak nasihatkan kita kalau kita ada buat silap. tapi bila lepas habis sekolah ni.. Dah takde semua tu. Kita dah bebas. Bebas untuk memilih mana arah tuju kita. Bebas untuk memilih untuk menjadi siapa sahaja yang kita mahukan. 
Jadi, di kesempatan yang ada ni, boleh lah cari mana-mana ruang untuk belajar. Bukan bermakna belajar Matematik ke apa. Tapi cubalah belajar ilmu-ilmu yang tak mungkin kita dapat pelajari dalam dewan kuliah tatkala di universiti. Antaranya kita boleh cuba join mana-mana persatuan atau badan NGO untuk pergi tolong anak yatim ke, tolong orang asli ke, atau mungkin kita boleh try pergi dengar ceramah atau kuliah di mana-mana surau atau masjid. Secara langsung atau tak langsung, kita boleh timba ilmu. Ilmu tu bukan hanya ilmu akademik, malah ilmu tu sebenarnya luas cabangnya. 

Sumber : khadimulquran.tumblr.com

Sampai setakat tu je lah kot. Aku pun dah takde idea nak menulis apa lagi dah. Mungkin sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat, cuma aku tak list kan. Dasar pemalas. Click Me~

Okey, sampai sini je lah kot bebelan aku. Mungkin lain daripada biasa, atau mungkin tak seronok. Entah. Aku pun tidak mengerti. Anda baca, anda yang nilai. Yang baik tu ambil, yang buruk tu campak dalam Laut China Selatan jauh-jauh okey? 


Demi Masa. [103:1]
Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. [103:2]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar. [103:3]

By time. [103:1]
Indeed, mankind is in loss. [103:2]
Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience. [103:3]

Surah Al-Asr[103:1-3]


Sekian, 

without wax,
haniyahaya :)


No comments: