Wednesday, December 14, 2011

Makan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah. Hari ni takde kelas. So yeah!! Boleh lah duduk bersenang-lenang di rumah sambil study movie marathon. Amboi.. Minggu ni memang minggu bersantai apakah ini? Hari Isnin lepas memang satu negeri Selangor cuti sebab birthday Sultan Selangor, lepas tu kelas hari Selasa pulak ada lecture dengan Dr. Ani selama satu jam, pastu practical yang gaya macam tak practical tu lebih kurang sejam. Hari Rabu memang langsung takde kelas tapi sebelah malamnya ada IMS 2nd Annual Dinner. Esoknya Khamis pun takde kelas langsung. Jumaat kelas satu jam je dengan Dr Manah. Tu pun belajar pasal Thymus dengan Lymph Nodes. Tapi otak aku menerawang. Ibarat macam masuk, pastu keluar balik. Ala-ala berhenti kejap kat otak tu macam bayar tol je. Err.. lebih kurang la.. -_____-"

Pasal dinner hari Rabu tu. Rasanya okeylah. Err.. tak berani nak komen banyak-banyak sebab aku jadi tukang bayar dan makan dan memenuhkan ruang kat dalam dewan tu je. Walaupun aku sebenarnya tak gemar pergi benda-benda macam tu. Pulak tu ada banyak benda-benda lagha. Tak perlu aku nyatakan kat sini macam mana. Malas nak ulas.

Apa-apa pun, aku punya dress up malam tu tersangatlah simple. Aku bukannya reti bab-bab nak melaram sakan ni. Tak de maknanya. Baik baca Vampire Knight yang osem gila tu. Lagi pun, aku pegang satu prinsip ni. 
Dress up for Allah. Simple. Beautiful.
Betul tak? Buat apa nak melaram bagai. Aku bukan nak halang orang pakai lawa-lawa. Tu hak setiap individu. Ikut citarasa masing-masing lah kan? Tapi bagi aku, aku malas tak suka.

Tentang makanan pulak, entahlah. Kalau ikutkan, memang lah. Makanan tu macam tak setimpal dengan apa yang kitorang bayar *kot! Tapi, before aku pergi dinner tu, aku ada lah terbaca status kat Facebook.

Sumber : facebook.com/DoodleDakwah

"Apabila sesuatu makanan yang dihidangkan itu tidak disukai, tidak sedap atau tidak menyelerakan, maka janganlah makanan itu dicela. Cukuplah sekadar diam ataupun tidak memakannya." - Imam al-Ghazali (Ihya' Ulumiddin)

Bila baca tu rasa macam.. Ya Allah! Sentap kot! Menusuk kalbu habis. Kena beringat ni. Kot lah nanti dinner dorang serve makanan apa ke.. So takde lah nak mengata ke apa. Kena beringat!

Apa-apa pun, masa dinner tu aku tak makan banyak. Mungkin sebab perut dah masuk angin sebab makan pukul 10 lebih. Aku pulak bangsa yang makan awal. So, memang aku tak jamah sangatlah makanan tu. Mujur sebelum pergi dah makan nasi dengan telur goreng satu round. Hahaha. 


Bersama housemates
Menu makan malam
Aku hanya habis appetizer, spaghetti chicken bolognaise
& dessert. Dan bahana minum kopi malam tu,
aku tak boleh tidur sampai pukul 2 pagi!
Bersama housemates lagi.
 Fatin Najihah

Rakan-rakan MARA Express yang vogue gila!
Bersama Dr Israa, lecturer Anatomy kami :)
Sempat lagi singgah funfair sebelum blik rumah.
Alangkah sedihnya, kitorang jejak kaki je, terus dia kata dah tutup.

-____________-

Itu sahajalah bebelan nukilan ikhlas untuk kali ini. Sehingga berjumpa lagi. InsyaAllah.

Sekian, 

without wax,
haniyahaya :)


2 comments:

OrgLainYgBuat said...

nice post..made me miss my home, though :')

haniyahaya said...

thanks! Ala, takpe. Nanti balik Malaysia boleh lah makan sepuas-puasnya!!

p/s: anyway, where do you study? I mean.. your Uni?