Wednesday, December 28, 2011

Adakah masih ada hari esok untuk saya?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih lagi diberikan kesempatan untuk masih lagi bernafas di bumiNya. 

Baru-baru ini, saya telah dikejutkan dengan pemergian junior saya di MRSM TGB, Fathi Ihsan ( Allahyarham berusia 17 tahun). Biarpun tidak mengenali arwah secara personal, namun berita itu cukup untuk membuatkan saya dan rakan-rakan lain terkejut dan bersedih atas pemergiannya. Sungguh awal Allah menjemputnya kembali. Dan sungguh, Allah lebih menyayangi Allahyarham berbanding kita semua. 

Saya tak pasti ini keratan akhbar apa dan bila tarikhnya.
Saya hanya mengambil dari group batch saya. Maaf
-__-

Status terakhir junior saya di Facebook ialah :
"aku syg kawan kawan aku *masuk syurga same same eh :)
selamat malam dunia
harap harap esok masih ada tuk aq"
Serius, tatkala saya membacanya, saya tersa sebak. Jujur saya katakan, saya tidak mengenali arwah, tidak pernah bertegur sapa dan sebagainya. Tetapi jauh di sudut hati kecil saya, saya terasa sebak.
" I keep on remembering Fathi Ihsan and his last words on Facebook. He is considered a family. I don't know him, never met him, in fact might not like him (junior-what'd you expect?), but he's a family." - Tweets from one of my friend, Nurul Afifah

Benar kata sahabat saya itu, dia merupakan sebahagian daripada keluarga kami di maktab dahulu. 

Saya difahamkan Allahyarham merupakan salah seorang anggota Badar di maktab saya dahulu. Sudah semestinya Allahyarham terlibat dalam kerja-kerja dakwah, samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga usahanya berdakwah di jalan Allah diberikan ganjaran pahala untuk dibuat bekalan di hari akhirat. Insya Allah. 

Berita ini membuatkan saya terfikir. Adakah saya sempat untuk berjumpa dengan hari esok? Adakah saya sempat untuk menamatkan pengajian saya? Adakah saya sempat untuk bekerja sebagai seorang doktor kelak? 

Sungguh, kematian itu adalah suatu yang pasti. Firman Allah SWT ;
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
"Every soul will taste death, and you will only be given your [full] compensation on the Day of Resurrection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained [his desire]. And what is the life of this world except the enjoyment of delusion." [Ali Imran 3:185]
Bila bercakap tentang kematian, saya terfikir. Bagaimana agaknya saya mati nanti? Sempatkah saya untuk bertaubat kepada-Nya? Bagaimana dengan bekalan untuk dibuat saham di akhirat kelak? Masya Allah.

Saya bukan lah alim mana. Saya hanya insan biasa yang tak lari daripada khilaf dan dosa. Saya masih cuba untuk memperbaiki diri ini. Untuk sesorang itu berubah secara total dalam sekelip mata, amatlah mustahil. Jadi, tak mungkin saya ataupun kita semua dapat berubah secara total dalam tempoh yang singkat dan mengekalkan momentum itu untuk jangka masa yang lama.

Apa-apa pun, kita semua kena mengambil ibrah atas setiap yang berlaku. Sementara kita masih lagi diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini, maka rebutlah. Ini sebenarnya pengajaran buat diri saya  yang sering lalai dan leka. Selalu leka dengan kesenangan dunia ini tanpa memikirkan hari akhirat yang kekal abadi. Saya terfikir sejenak. Saya perlu berubah. Berubah ke arah yang lebih baik demi mengejar redha Ilahi. Kalau saya tak mulakan, siapa lagi bukan? 
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."  
"Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves." [Ar Ra'd 13"11]
Memang sukar. Siapa kata untuk berubah itu senang? Dan apatah lagi untuk mengekalkan momentum itu? Saya juga menghadapi masalah yang sama. Apa-apa pun, kita sama-sama berusaha ya! Insya Allah. Sama-sama kita doa ye :)



Sekian sahaja untuk kali ini. Al Fatihah buat Allahyarham Fathi Ihsan. Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Sekian, maaf andai kata-kata saya tidaklah begitu puitis dan menusuk kalbu. Mungkin ada salah-silapnya. Apa-apa pun, diharap dapat memberi sedikit ibrah kepada kalian yang membacanya. Yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya daripada Allah jua atas kelemahan diri saya sendiri. 

Allahu 'alam.

without wax,
haniyahaya 

No comments: