Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur pada Yang Maha Esa. Pejam celik-pejam celik, dah masuk tahun baru.
Tahun baru? Aik? Bukan sebulan lagi ke?

Tak dinafikan. Tahun 2011 memang bakal melabuhkan tirai tak lama lagi, tapi kalau mengikut kalendar Hijrah, kita semua sudah memasuki Tahun Baru, yakni Tahun 1433 H. Alhamdulillah :)

Sumber : Google.com
Namun, berapa ramai dalam kalangan kita yang betul-betul ingat 1 Muharram berbanding 1 Januari? Walhal, kedua-duanya sama. Kita menyambut Tahun Baru. Namun begitu, Tahun Baru itu selalu disignifikan dengan 1 Januari, berbanding 1 Muharram. Dan pastinya, konsert-konsert hiburan mewarnai hari yang disebut-sebut sebagai Tahun Baru. 

Cuba kita renungkan sejenak, berapa ramai dalam kalangan kita yang benar-benar tahu dan menggunakan  kalendar Hijrah dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh ;

Situasi 1
A : Hari ni berapa hari bulan ?
B : 8 Mei 2011.
Berapa ramai yang bila ditanya soalan yang sama akan jawab seperti si B tu? Cuba angkat tangan? Mesti ya bukan? * termasuklah aku ni haa

Situasi 2
A : Hari ni berapa hari bulan?
C : 12 Zulkaedah 1432 H.

Dan berapa ramai dalam kalangan kita bila ditanya soalan sebegitu akan menjawab seperti si C? Agak janggal rasanya bukan? Mesti kita akan pandang dengan pandangan krik krik moment. Betul tak?

Dan agak susah nak jumpa setakat ni orang macam si C tu. Tak tahulah, mungkin ramai je kat luar sana, cuma aku je yang tak jumpa-jumpa lagi. -.-

Mungkin sebab biasanya orang akan guna kalendar Hijrah ni bila nak puasa dan raya. Kan?
*Okey, aku lah tu salah sorang daripadanya.

Dalam konteks ni, bukan nak suruh semua orang pakai kalendar Hijrah dalam kehidupan masing-masing dan tolak terus nak pakai kalendar Masihi tu. Boleh je nak pakai kalendar Masihi, bukan salah pun. Cumanya sebagai muslim, kita perlu peka dengan tarikh-tarikh dalam Islam. Betul tak? Pendek kata, kena seimbang. Kiranya kita perlu tahu tentang kalendar Hijrah dan juga Masihi. Baru syok kalau macam tu. Seimbang dua-dua :)

Bercakap tentang Maal Hijrah atau Awal Muharram ni, teringat pulak ceramah ustaz masa kat zaman maktab dulu-dulu. Maal Hijrah atau Awal Muharram ni merupakan hari yang penting bagi umat Islam sebab berlakunya peristiwa penting dalam sejarah Islam yakni penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada 622M. Tujuan Baginda berhijrah adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Selain itu, ianya juga salah satu strategi Nabi Muhammad SAW untuk mengembangkan Islam dengan aman. 

Sebenarnya, kalau nak cerita pasal Hijrah ni memang panjang. Tak larat nak menulis. Jadi, rajin-rajin kan lah diri untuk membaca Sirah Nabi Muhammad SAW ni ye. Jangan malas-malas!

Bercakap pasal tahun baru, mesti orang mula sibuk-sibuk dengan azam tahun baru kan? Bagi aku, mungkin takde azam yang spesifik kot. Entahlah.. But here it goes..

1. Nak baiki diri supaya jadi lebih baik.
Rasanya setiap orang nak dirinya jadi yang terbaik bukan? Tipulah kalau orang tu dia tak nak jadi yang lebih baik. 
So, azam tahun ni, nak jadi hamba Allah yang lebih baik. Yes, I'm learning to be a better muslimah! Dan tak lupa, nak jadi anak yang solehah, pelajar yang baik dan sahabat yang setia. 

2. Perbaiki prestasi ibadah.
Maybe point ni sama je kut dengan point yang atas. Entah lah. Apaper je lah. -.- 
So, tahun ni tak nak lengh-lengahkan solat. Kalau boleh nak solat di awal waktu, so nanti tak de lah terhegeh-hegeh nak solat. Pukul 6.59 baru nak solat Asar lah apa lah.. Haih.. 

Sumber : haniyahaya.tumblr.com


3. Tingkatkan prestasi diri.
Lagi sekali, mungkin sama je dengan point nombor 1 dan 2. Hahaha. Gasak lah cik Hani oii..
So, tahun ni harap-harap aku dapat baiki diri aku tang mana yang lemah, especially when it comes to TIME. Tak nak tangguh-tangguh kerja dan kena punctual. Pastu kena improve lagi, jadi lebih berdisiplin dan positif. Maksudnya, aku dah kena buat peraturan ketat kot kat diri aku nih haa.. Jangan asyik nak main je. Kena belajar. Kau ingat ni zaman sekolah lagi apa Hani? Heh. Sedar diri sikit.

Sumber : haniyahaya.tumblr.com 

Tu je lah kot apa azam tahun baru aku. Entahlah. Maybe nampak macam lame gila. But who cares? I just wish that I could fulfill all those wishes. Insha Allah!

Anyway, lupa pulak. Sempena bulan Muharram ni, jom kita lipat gandakan amalan kita! Antara amalan sunat dalam bulan Muharram ni termasuklah berpuasa, solat sunat, zikir dan sebagainya. Apapun..Kejar yang sunat, tapi at the same time yang wajib pun jangan dilupa, okey? *PERINGATAN INI DITUJUKAN KHAS UNTUK DIRI SENDIRI TERUTAMANYA.

Insya Allah.

Sekian,
Selamat beramal! :D

without wax,
haniyahaya

No comments: